Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label Yasmin Bt Johan. Show all posts
Showing posts with label Yasmin Bt Johan. Show all posts

Friday, 22 November 2013

BELANGSUKAWA AHMAD AMMAR AHMAD AZAM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selalunya......orang yang baik2 ni Allah sayang. Sebab tu Allah selalu sahaja menjemput orang yang baik2 ni untuk pulang bersama dengan Dia lebih awal. Bukan yang lambat dijemput 'pulang' tu tidak baik, tapi kebiasaannya yang 'pulang' awal tu lebih istimewa dari kita yang masih diberi pulang bernafas dan menghirup udara. Dalam hal ini arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam tidak terkecuali. Apa yang semasa kehidupannya sehingga la saat kematian tiba, sesungguhnya arwahyarham sememangnya insan yang teristimewa.

Jarang ada anak melayu yang berpendirian sepertinya.......hidup bukan semata2 untuk dunia......apa yang ada di dunia la bekal untuk di bawa ke 'di sana'.......agar 'di sana' hidup  tidak sengsara dan boleh bersenang2 sentiasa.

Tapi........segelintir sahaja yang punya kotak fikir seperti arwahyarham Ahmad Ammar ni. Yang banyak kita jumpa kebelakangan ini hidup hanya untuk dunia......bagaikan hidup mereka mampu menongkat langit untuk selamanya.

Tanggal 2 November 2013 jam 1.30 petang berakhir la hubungan arwahyarham dengan seisi dunia......dia kembali menemui Tuhannya......meninggalkan segala apa yang ada di dunia.....apa yang dibawa hanya amalan kebaikkan serta doa orang2 kesayangannya serta doa dari kita.....Arwahyarham pergi dalam usia yang muda.....Perginya dia ketika sedang berusaha untuk mengubah ummat agar ummat kembali dipersada.

Banyak kebaikkan yang dilakukan oleh arwahyarham semasa hayatnya......jika tidak manakan Allah nak memuliakan arwahyarham ketika matinya. Dengan keistimewaan dan kebaikkan yang ada pada diri arwahyarham matinya dimuliakan......Masyarakat setempat berebut2 nak mengusung jenazah arwahyarham sehingga ke tanah perkuburan. Malah arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam juga diberi penghormatan untuk disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan. 

Itu tandanya Allah SWT telah memuliakan arwahyarham Ahmad Ammar......kebesaran Allah SWT itu ada.....Dia Maha Pengasih.....Dia Maha penyayang.....Dia nak buka mata kita seluruh warga supaya melihat peristiwa ini sebagai satu peringatan. Buat pedoman kita yang masih hidup......bahawa mati itu pasti.....tidak kira tua atau muda......kematian itu ada dan akan tiba bila2 masa. 

Sungguh beruntungan si bapa yang mendidik arwahyarham dan si ibu yang mengandungkan arwahyarham selama sembilan bulan. Sekurang-kurangnya Ahmad Ammar sudah menanti mereka dipintu syurga.....inshaAllah.

Mereka tidak menangis atas kepulangan arwahyarham Ahmad Ammar kepangkuan Tuhannya......malah mereka berasa berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh arwahyarham semasa hayatnya. Walaupun rasa sedih itu mencucuk ulu hati....mereka tetap tabah dan kuat diri. Mereka tidak seperti sesetengah ibu bapa yang lain, yang sanggup meratap tangis atas terkeluarnya anak dari rancangan realiti tv yang tidak memberi apa2 makna di sisi Ilahi. 

Sememangnya arwahyarham seorang insan yang teristimewa......Sesiapa yang membaca kisahnya juga merasa hiba. Yang tidak mengenali juga seakan jatuh hati dengan perjuangan dan peribadinya. Itu la arwaryarham Ahmad Ammar Ahmad Azam. 

Banyak pengajaran dan pedoman yang boleh kita kutip dari kisah perjalanan hidup arwahyarham Ahmad Ammar......keistimewaannya.....kebaikkannya......serta cita2nya........arwahyarham telah pun aman bersemadi di sana......giliran kita tak tahu lagi bila masanya akan tiba. Jadi, perlukah kita terus lupa.....alpa dan leka??? 

Meminjam kata2 Nurul Ashikin, "Sudah tiba masanya kita menjadikan kejadian ALLAH yang sebaik AHMAD AMMAR sebagai IKON dan IDOLA kita. AHMAD AMMAR adalah lambang anak muda yang menginfakkak dirinya berjuang ke jalan ALLAH. Dalam usia 20 tahun beliau telah berfikir sejauh orang dewasa yang berusia sekali ganda dirinya"

Ya benar......jarang sekali kita....terutamanya anak-anak melayu-islam nak menjadikan idola insan2 seperti arwahyarham Ahmad Ammar. Kebanyakkan kita lebih suka dan mudah menjadikan yang langho itu pegangan dan ikutan......nauzubillah.

Kepada sahabat2 sekalian......ekori la denai kehidupan yang dilalui oleh arwahyarham Ahmad Ammar......tuntasi la segala kebaikkannya yang ada.....kutip la segala pengajaran yang ada dari kisahnya.

Jika anda baca kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam dengan mata hati.....keistimewaan arwahyarham akan anda temui. Jika anda baca kisah arwahyarham dengan akal tuli, maka anda akan beranggapan kematian arwahyarham hanyalah manifestasi sebahagian dari kehidupan warga bumi.

Anda boleh baca lanjut kisah arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam di Al-fatihah: Ahmad Ammar Ahmad Azam dan Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Klik untuk juga untuk melihat video Ahmad Ammar dalam kenangan. 

Catatan terakhir arwahyarham Ahmad Ammar ketika dibumi Syam buat renungan kita bersama.



"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.

Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!
Semoga cita2 arwahyarham akan terlaksana....mudah-mudahan beliau ditempat dikalangan hamba2 Allah yang soleh dan solehah. Syurga buatnya.........InshaAllah.



Al-fatihah untuk arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam.

Al-fatihah.


kredit Photo: Sumber
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Thursday, 14 November 2013

Ada apa dengan Yasmin J Hunwick

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ada apa dengan Yasmin J Hunwick?? 

Tiada apa2 pun bagi mereka2 yang tidak pernah untuk berlapang dada dan mengambil sesuatu kebaikan darinya. 

Bagi aku, secara personal.....arwahyarhamah adinda Yasmin bukan sahaja remaja yang hidup dalam dunianya tapi insan yang serba boleh dan istimewa ketika hayatnya. Ketika waktu ini juga aku dapat rasakan yang arwahyarhamah adinda yasmin turut memberi 'sesuatu' kepada kita yang masih hidup walaupun hakikatnya dia tidak lagi bersama kita difana dunia.

Namun, aku cukup tak faham kenapa ada segelintir dalam kalangan kita yang harus mencari keburukkan sedangkan banyak kebaikkan yang kita boleh cari dan ketengahkan. Jika kita lihat sesuatu itu dari sudut negetive maka keputusan yang negetive la yang akan kita dapat. Begitu la jika sebaliknya.....segalanya bergantungan pada apa yang minda kita fikir dan mahukan.

Begitu juga dalam perihal penghasilan novel Love Yasmin yang dinukilkan oleh Syimir serta pages Territory Yasmin J Hunwick yang didirikan oleh insan misteri..... Bukan sedikit cemuhan yang mereka dapat......bukan setitis airmata untie saz dan uncle johan gugur ke pipi.....bukan sedikit kedamaian adinda2 arwahyarhamah diragut oleh segelintir mereka yang hanya mencari salah dan berperasaan hasad. 


Berat mata aku memandang, berat lagi mereka sekeluarga menanggung beban kehilangan insan tersayang.
Kepermergiannya tidak pernah dipinta. Tragedi itu tidak terdetik pun hendak didamba. Tahu dan sedarkah kita betapa lelas diri dan lelah hati bonda dan ayahanda arwahyarhamah memperjuangkan hak dan mencari kebenaran buat arwahyarhamah serta rakan2 arwahyarhamah adinda Yasmin yang terlibat dalam 'malam tragedi' itu?

Sudah tertakdir arwahyarhamah adinda Yasmin pergi mengadap Ilahi dengan cara sedemikian. Siapa kita untuk mempertikaikan? Kepada yang mempertikaian penghasilan novel Love Yasmin,  Syimir.......untie Saz serta uncle Johan sudah pun menjelaskannya.  Ia dihasilkan bukan untuk keuntungan semata2. Kenapa masih ada juga yang memekakkan akal dan membutakan hatinya?

Blog arwahyarhamah sememangnya biasa2 sahaja.....cerita pun sarat dengan kisah2 remaja yang arwahyarhamah lalui semasa hayat sehingga ke penghujung denyut nadinya. Namun harus anda sedar, anda juga akan melaui (bagi yang muda dari arwahyarhamah) dan telah pun melalui (bagi yang tua bangka tahap senja) fasa yang arwah lalui. Tinggal lagi kematian sahaja yang belum anda hadapi.

Sebenarnya, banyak benda kita boleh belajar dan amik dari kisah yang arwah tulis dalam blognya. Aku sendiri walaupun kian melepasi garis 'senjakala' tidak segan silu mengambil ikhtibar dan pengajaran serta kebaikkan apa yang arwahyarhamah adinda Yasmin tulis. Dan aku tidak pernah jemu membaca......'di sana' ada keceriaan....'di sana' ada kasih sayang......'di sana' ada penghormatan.....'di sana' kemungkinan tiada pada remaja2 yang seusia dengannya.....'di sana', aku yakin ada seribu satu kebaikkan.

Aku baca.....baca.....dan baca......sedikit pun tiada aku berasa jemu bersimpuh diri di 'teratak' itu. Just mengambil apa yang comel.....apa yang bermanfaat.....aku sendiri bukannnya perfect. Begitu juga dengan korang bukan? 

Ada apa dengan Yasmin J Hunwick???......Jawapan itu hanya ada dalam hati mereka2 yang menghayati kisahnya......Bukan sedikit remaja2 diluar sana yang telah sedar dan mengenal Tuhan mereka setelah mereka membaca.....mengenali dan menyayangi arwahyarhamah adinda Yasmin. Aku yakin.......ianya terlalu ramai. Walaupun ramai yang mengenali arwahyarhamah setelah ketiadaannya.

Tidak perlu aku meletakkan bukti di sini, cukup andai korang yang punya hati dan berperasaan singgah menyantuni blog peninggalan arwahyarhamah adinda Yasmin untuk mengenal 'sesuatu' melalui tulisan2nya yang sepi dan bisu itu...


Tangan itu sarat dengan kerinduan.....adakah kita mampu meletakkan diri untuk merasai??
Perlukah korang yang konon2nya hebat dan awesome mempertikaikan orang yang dah meninggal dunia? Perlukah kondem usaha yang dicita2kan oleh arwahyarhamah adinda Yasmin??.....Jika syimir tidak memulakan, adakah korang akan melakukan???

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Al-fatihah untuk arwahyarhamah adinda Yasmin dan dua sahabatnya yang terlibat dengan malam malang itu. Al-fatihah

Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday, 8 July 2013

Yasmin J Hunwick | Kisah hidup seorang blogger remaja yang meninggal dinovelkan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Syukuran.

Apa yang dinanti selama ini telah pun ada disisi. Tinggal lagi untuk menghadami dan mentuntasi setiap ayat yang terpatri.

Yasmin J Hunwick, rasanya angpa semua sedia maklum tentang kisah pemunya nama tersebut. Jika masih belum maklum angpa boleh baca Belangsungkawa Yasmin J Hunwick.

LOVE YASMIN
Kisah ketika hidup dan mati arwahyarhamah Yasmin banyak memberi impak kepada orang ramai, terutama sekali para remaja. Kemalangan tragis yang berlaku ke atas arwahyarhamah Yasmin serta dua rakan arwahyarhamah yasmin benar2 mendatangkan impak yang bukan kecil kepada para remaja. Peristiwa yang berlaku lewat malam 3 Jun 2012 itu mengingatkan kita semua bahawa kematian itu datang ia bila2 masa.....tak kenal usia....tak mengira siapa. 

Kini, kisah hidup arwahyarhamah Yasmin telah dinovelkan. Penulis novel tersebut, Syimir Yunusi merupakan seorang jejaka yang kuat semangat serta berprinsip dalam hidupnya. Berkat kesungguhan dan kesabaran beliau maka lahirlah novel LOVE YASMIN ini menemui pembacanya.

Usaha penghasilan novel ini bukan kecil. Setiap pembelian melalui novel ini kan disalurkan kepada saudara Islam kita di Palestine sana. Jadi, ia bukan untuk keuntungan semata. Ia dilakukan demi meneruskan cita2 arwahyarhamah Yasmin membela saudara kita di sana.

Yasmin J Huncwick, pergi mu bagai satu tanda. InshaAllah.....lahir ke dunia, bangkit di syurgaNYA.

Abg long berkira2 untuk menghadiahkan baki buku yang abg long order kepada sahabat2 yang sudi berkunjung ke blog abg long ni. InshaAllah dalam masa terdekat abg long kan maklumkan pada semua, cuma sekarang ni abg long perlukan cadangan dari sahabat semua bagaimana untuk beri baki novel yang abg long ada pada sahabat yang berkunjung ke blog. 


Novel dan cd 
Abg long tak mampu nak bagi pada setiap org, jadi abg long perlukan satu mekanisme untuk merealisasikan hasrat ni. Harap sahabat2 ada buah fikiran dan jalan buat abg long. Ada cadangan boleh tinggalkan diruangan komen. Abg long nak bagi FREE je baki novel ni. Semoga kebaikan dari isi novel garapan Syimir Yunusi berkenaan arwahyarhamah Yasmin ini memberi kebaikan buat semua.

Marilah kita sedekahkan al-fatihah untuk arwahyarhamah Yasmin dan dua rakan beliau serta semua saudara Islam seluruhnya. Semoga roh mereka berada disisi Allah swt dan syurga buat mereka.

Al-fatihah.

Abg long stop dulu entri ni, nak bagi laluan untuk halwa telinga menghayati alunan piano dari arwahyarhamah Yasmin sementara menunggu lena.

Terima kasih buat angpa sahabat2 abg long yang kacak dan cantik coz sudi singgah sini.

Syukran.

Jazakallah
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 2 July 2013

Novel Yasmin J Hunwick

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah...tadi pagi check inbox muka buku ada mesej dari penulis novel Yasmin. Khabarnya percetakan novel tersebut telah pun sempurna dan siap. Sekarang masa untuk pengedaran oleh pihak penulis dan keluarga untie Saz kepada para penempah yang melata di bumi Allah.

tang no tepon terpaksa diblackoutkan demi kesejahteraan....^_^
Kepada yang menempah dan mengorder novel tersebut harap bersabaq la na.....bukan kerja senang sebetuinye nak mengepos dalam kauntiti yang berkoyan2. Mau pening lalat kepala yang bukan lalat punye.

Dah lama tak baca novel......Minat tu ada, cuma masa je macam takdak. Angpa paham2 je la law dah mengadap novel ni, Lepas selak selai.....selak lagi selai......perasaa ingin tahu kesudahan cerita tu meluap2 macam gunung berapi Karakatua lagak dia....Dah cuba nak stop untuk buat kerja lain tapi tak juga jadi2.....Last2 dok mengadap dia je la....

Nak pula kalau novel tu marbeles.....pendek kata, tak makan tak minum pun takpa.....Dulu memang hantu novel, sekarang ni dah makin slow sikit.....maybe rasa 'jiwang' tang merah ati tu dah kecut sikit.....HaHaHa.....*korang pun tumpang gelak yer....citttttt!

Alaaaaa.....baca novel tak semestinya angpa perlu jadi jiwang, betul tak? Tapi kan......Mamat rock kapak pun boleh ada taman dalam ati......Kenapa? Tak percaya?? (^_^)

Dia mai dah.....dia mai dah baq ang....HiHiHi
Abg long punya dah on the way? Angpa ada??? HaHaHa......Tapi angpa jangan gundah gulana, sabaq itu cantik. Angpa tak tempah??? Rugi wooooo tak tempah.....limited edition je nih.....lepaih nih kemungkinan takdak lagi cetakan dia.....HiHiHi...padan muka angpa.....sape suh tak nak menabung dulu.....kan dah terlepas tempahan......Ahaks3!

Tapi kan, angpa jangan sedey......untuk pengetahuan angpa, abg long ada buat pengorderan sebanyak empat buah novel ni. Jadi, tak kan abg long nak baca semuanya kan? So, angpa ada cadangan yang best dan cool tak untuk abg long kongsi novel ni dengan angpa semua?? Law angpa mintak jual memang abg long tak jual.....abg long law boleh just nak bagi je kat angpa.....tapi kena la ada mekanisme dia cara nak bagi tu....tak kan nak bagi buta kayu cenggitu......tak best pula kan? Well.....any idea bebeh?? 

Law angpa ada idea leh lontarkan kat bahagian komen. Nanti abg long buat selection idea sape yang bernas.....lepaih tu kita usahakan la bersama yer....

Abg long gerenti Novel Yasmin J Hunwick ini lebih sedap dari ayam kentaki. Ayam kentaki pun tak sesedap Novel Yasmin J Hunwick ni....HiHiHi....

Macam mana la rupa novel tu yer?? Tak sabaq wei tunggu ketibaannya diribaan. Oooohhh......sabaq itu cantik.

Jazakallah.

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.