Heboh pasal takwin persekolah 2020 berubah gara² penularan wabak Covid-19 (Corona Virus) yang melanda negara dan seluruh dunia.
Kini, hidup normal yang dinikmati sebelum ini sudah menjadi tidak normal lagi.
Pelbagai 'rasa' telah dizahirkan dimedia sosial oleh para guru dan juga ibu bapa. Ada yang bersetuju dan majoritinya tentu sahaja tidak menyokong.
Perubahan takwin persekolah tersebut merencat perancangan guru² dan ibu bapa dalam merancang percutian dan life mereka.
Sejujurnya.
Tahun² sebelum ni pun memang tak pernah aku merasai nikmat cuti. Terkadang tu, tak sedar pun bila cuti. Jadi, tiada hal pun jika takwin berubah dan cuti semester berubah. Bagi aku la.... (dah kata minta pendapat aku kan.....ngeh³ 😅)
Bila kerajaan umum perubah takwin dan perubahan cuti semester, aku tak ralat sikit pun. Sebabnya, kalau takwin tak berubah dan cuti semester tak berubah asbab covid19 sekalipun, benda² tu semua alah bisa dah bagi aku.
Sebelum² ni seawal jam 7 pagi aku dah terconggok kat padang. Habis kelas pdpc (akademik) belah pagi, seawal jam 3.30 petang dah terpacak semula kat padang sampai jam 6.45 petang paling awal, paling lewat jam 7 petang. Begitulah rutin seharian aku sebelum kuman corona datang menyerang. Jumaat dan Sabtu pun bekerja, nak² time pra competition phase.
Cuti raya Cina bertahun dah tak merasa nikmat dia. Cuti semester pun sama. Orang lain best je bercuti, aku kekal berjihad. Baik di kem latihan pusat (daerah/negeri) mahupun kem latihan pusat untuk anak² atlet Team Jaguars serta program² yang sewaktu dengannya.
Orang² je tahu macam mana kerja buat aku seketul kuli. Cuti perayaan (kecuali raya puasa dan raya korban) dan cuti² semester biasanya banyak dihabiskan dengan bekerja, bekerja dan bekerja. Tiada masa nak bercuti dan tiada masa untuk diri sendiri.
Jadi, takwin berubah atau tidak.....untuk aku sikit pun tidak memberi kesan. Hidup mesti terus.
____________________________
Benar, ada yang terkilan dengan pengumuman perubahan tersebut walhal pada awal²nya menteri pernah buat pengumuman bahawa takwin persekolahan kekal asal dan tiada perubahan.
Tetiba menteri umum pula cakap ada perubahan, mau tak terkejut berok mat yeh dan tersentap jiwa raga seluruh marhean yang bergelar guru dan yang bertitle bapa serta ibu.
Terkilan tu sebab ada sebahagiannya telah pun merancang itu ini begitu begini tentang cuti perayaan mahupun cuti semester persekolah yang akan datang.
Budak² hipters kata, ini kerja flip flop....bahasa kasar dia, cakap tak serupa bikin. dua kali lima je dengan yang lepas². Jenis tak belajar 😂
Mungkin masing² punya alasan tersendiri kenapa takwin persekolahan perlu berubah dan kenapa tak patut ia diubah secara mabuk ketum.
Bagi aku la kan, sesi persekolahan bulan Disember tu rasa² atas kertas je kot, aplikasinya belum tentu sukses terutamanya bagi negeri² pantai timur serta kawasan² yang sewaktu dengannya. Musim tengkujuh wei!
Dekat bawah ni aku sertakan takwin baru persekolahan bagi sesi 2020 pasca Covid-19.
Korang rancang la cuti korang serta aktiviti² korang nanti cantik² dan comel².
Buat masa sekarang ni hadap je la apa yang ada depan mata.
Kita boleh bagi cadangan tapi kita marhean bukan kerajaan apa lagi seorang menteri.
Imho.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.