AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 7 October 2012

Phua Chiken Kang....•♫•♫•lalala•♫•♫•

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Angpa ingat dak, masa skola dulu kita penah di ajar oleh cikgu-cikgu yang ohsem dan awesome tentang simpulan bahasa?

Antara peribahasa yang selalu kita jumpa dan guna masa skola dolu2 ialah BERKAKI AYAM. Angpa tau dak maksud simpulan bahasa ni? Bukan kaki Si Sam dan Si Dol tu macam kaki ayam tau. 

Maksud simpulan bahasa ni ialah seseorang yang tidak memakai alas kaki. Example, tak pakai kasut or selipaq. Sebab tu la orang tak pakai alas kaki depa dikatakan berkaki ayam. Maklum la kan, ayam mana pakai alas kaki. Kalau tak susah pulak bani ayam nak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Naya beb! 

Hmmm...kenapa ayam yang dijadikan subjek? Bukan berok mat yeh, bukan lembu Ahmad Albab atau bani hewan-hewan yang sewaktu dengannya (berfikir 5 saat sambil melihat siling).

Kalau la simpulan bahasa untuk mengambarkan orang tak pakai alas kaki guna 'berkaki berok mat yeh' macam tak comel pula kan? 'Berkaki lembu' pun macam tak best je bunyi dia.....Berkaki tenuk-macam hampeh juga. Jadinya, bani ayam suka ke tak suka.....kaki depa tetap menjadi topik pengajaran dan pembelajaran sepanjang zaman. 

Tapi kan.....Jika suatu hari nanti, bani ayam ini mengalami kemajuan dan modenisasi apa patut BERKAKI AYAM masih relevan diguna pakai? Cu angpa tengok gambar dan pesanan dari incik Phua Chiken Kang kat bawah ni.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


‎"sapa yang selalu bandingkan manusia tak beralas kaki sebagai 'berkaki ayam' tu mintak muhasabah diri sikit yer...gua dah maju la beb.....tengok kasut gua, cantik tak?."

Ha Ha Ha......Phua Chiken Kang....•♫•♫•lalala•♫•♫•.....Kah Kah Kah.....


NotaDiari:
Sila pakai alas kaki walau ke mana anda pergi. 
[pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh incik Phua Chiken Kang]


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

2 comments:

  1. Haha. Ayam berkaki phua chu kang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha Ha Ha....bkn berkaki phua chu kang la fie, tapi berkasut phua chu kang....Kih Kih Kih

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.