Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 18 October 2012

Gila! | Sanggup aniaya ayah sendiri demi kekasih

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Gila!....ini betul-betul sikap orang gila. Kalau orang gila tau tentang ini sure depa akan bertambah gila. Kerana, tugas mengila itu kini telah diambil alih oleh orang yang tak gila tapi buat kerja gila. Memang gila la sapa yaang baca perenggan pendahuluan yang macam sikit punya gila ni....HaHaHa...

Ok...berbalik kepada isu. Bukan ke sikap sanggup menganiayai ayah sendiri demi kekasih adalah sikap orang gila (adoiiiiiiiiiiiii......gila lagi...sambil tepuk dahi)

Tak tahu nak kata pa lagi  dah kat remaja2 tonggak harapan negara sekarang ni. Sikap mereka memang sudah jauh terbabas dari normal2 hidup insan yang sempurna. Bukan semuanya tak baik. Tapi, kerana setitik nila, habis susu sebelangga.

Gara-gara tidak tahan dikongkong dan dilarang keluar bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan membuat laporan palsu mendakwa bapa kandung merogolnya. Sanggup remaja ini mencemarkan nama dan maruah insan yang membesarkan dan menjagai dia sedari sebesar telapak tangan semata-mata terlalu mengikut nafsu muda yang bermaharajalela dalam jiwa. 

Sebelum ni heboh anak-anak kita tiada lagi rasa hormat kepada guru yang memberi ilmu. Tapi, siapa yang peduli semua ini? Kini, lihat la sendiri....mereka semakin berani, dengan ibu bapa sendiri pun mereka betah menderhakai. Sekarang, sanggup pula mereka menjadi  Si Tanggang yang derhaka. 

Salah bapa atau salah ibu yang mengandung? Atau salah guru yang mendidik? Jadi, siapa harus kita tunding kan jari dengan apa yang terjadi ini? Tak boleh kita nak harapkan pemantauan sepenuhnya dari guru-guru. Batas mereka setakat mana sahaja? Dirumah ibu bapa perlu memain peranan sama. Tapi, bagaimanakah dengan ibu bapa zaman ini? Mampu ke ibu bapa sekarang nak memantau anak-anak mereka jikalau keluar mereka sebelum mentari menjelma, pulang mereka tika mentari tidak lagi bercahaya. Semua orang patut memainkan peranan memasing, peranan masyarakat dan pihak kerajaan juga penting. Abg long rasa, menjaga tepi kain orang ada eloknya dipraktikkan semula dalam kehidupan bermasyarakat pada hari ini. 

Jadi, kepada angpa yang dah jadi ibu bapa (juga kepada sahabat2 yang bakal menjadi ibu dan bapa) ingat la orang lama-lama berpesan, "sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangan kan". Anak-anak jangan terlalu dimanjai, apa yang almarhum P.Ramlee garap dalam cerita Anakku Sazali relevan dari dulu sehingga la dunia ini mati. Sungguh mahal maknanya maha benar. 

Alangkah indah jika kita semua berbalik kepada fitrah. Apa yang DIA larang dan apa yang dia suruh itu sememangnya sweet dan comel untuk panduan kita sebagai hambanya. Tapi, kita sahaja yang leka.....lupa dan alpa dengan perjanjian yang telah kita patri 'di sana'.

Bagi abg long, biaq pi kita rugi di dunia jangan kita pula rugi 'di sana'. Biar kita terpenjara di fana dunia, asal kita bebas di syurgaNYA. InsyaAllah

Barakallah fiikum


NotaDiari:
Klik gambaq untuk tumbesaran bagi pembacaan yang memuaskan. 

Sumber: Akhbar Berita Harian



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. apa la nk jadi ngn dak2 skang...mende cmni pon dia boleh wat main2...

    [Gadget & Aksesori Steampunk Yang Cool]

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila agama sudah tiada.
      nafsu pula beraja dijiwa dan bersultan dihati

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.