AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 8 October 2012

Gangnam Style | Kita Bangsa Ikut-ikutan [Part One]

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Abg long ingat demam gangnam style ni dah kebah. Rupanya makin melarat pula jadinya. Ntah la, payah lagi susah nak cakap dengan bani melayu yang spesis ikut-ikutan ni. Cakap salah, tak cakap pun salah....betui2 buat merah hati ini rasa serba salah. 

Tadi tengok iklan kat TV9 berkenaan uji bakat Idola Kecil. Sedutan iklan tu duk tayang anak2 kecil duk terlompat-lompat.....tergedik-gedik menari macam kuda mabuk ayaq daun ketum. Maaf la kalau terkasaq bahasa kata. Tapi realitinya memang itu yang duk ada depan mata. Ayat lagu mana lagi yang boleh abg guna? 

Jadi, abg long pun godek2 la lebai google dengan pakcik Utube untuk pencerahan minda. Maka jumpa la abg long pada jawapannya. Idola kecil digangnam stylekan....Nauzubillah...



Abg long pelik juga dengan segelintir ibu bapa yang bani melayu a.k.a islam ni, depa lebih suka anak depa pandai menari-menyanyi dari anak-anak depa pandai mengaji (al-quran). Depa lebih suka anak-anak depa bergelumang dengan hiburan dari mendekatkan anak-anak dengan kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

Pelik tapi benar. Itulah realiti kehidupan yang boleh kita perati. Abg long nak la bertanya, adakah dengan mencorak anak-anak dengan budaya hiburan ia boleh dijadikan penanda aras sebuah kemodenan? Atau kita ini sememangnya bangsa ikut-ikutan?

Apa la yang bestnya tarian kuda melompat itu dibudayakan kepada anak-anak kecil. Kalau setakat gangnam style yang tarinya macam orang mabuk ayaq ketum, mana uniknya? 



Sebahagian sedutan tarian gangnam style idola kecil


Kalau nak juga anak jadi penari-penyanyi tak ada ke tarian melayu yang lebih bersopan santun serta bertatasusila? Kalau tanya pendapat abg long, kalau nak sangat tengok budak2 tu menari bagai apa salahnya suruh depa buat tarian mak yong, tarian kuda kepang atau pun tarian zapin. Bukan ke lebih sweet dan comel? Tarian zapin bagi abg long lagi la punyai nilai2 estetika yang maha kaya karya dari segi seni itu sendiri dan budaya bani melayu yang telah terbudaya sejak sekian lama. Jadi, apa salahnya jika menengahkan konsep akar budaya bangsa?


Tarian Zapin Pantun Budi (Galang Maya)




Bila Si Cilik Berzapin


Cuba buka tengok bidio si cilik kat atas menari zapin, tersangat la sweet dan comel jika nak dibandingkan dengan tarian gangnam style yang terkinjal2 ntah apa-apa ntah tu.

Nah, di sini la responsibility kita untuk mengangkat budaya bangsa sendiri. Bukannya mencedok budaya dari luar yang belum tentu baik dan comel untuk kita anuti. 

Bagi abg long, stesen TV dan pihak penganjur perlulah lebih prihatin dan perlu juga berjiwa besar dalam memartabatkan budaya seni bangsa. Kalau bukan kita mengangkat budaya kita, siapa?. Sudah cukup sudah....cukup sampai di sini saja....kita jadi bangsa ikut-ikutan, yang tak tahu hala tujuan. Hah....kan dah tercilok lagu nirwana band.....Ha Ha Ha!



Abg long tau, akan ada yang tak suka dengan apa yang abg long utara. Abg long tepek apa yang Ustaz Azhar Idrus sebutkan ni pun pasti akan ada yang merah cuping telinga. Sebabnya, ada blogger yang pertikaikan apa yang Ustaz Azhar Idrus katakan. Tang yang ni nanti abg long conteng lagi. 

Kata biaq terasa - nasihat ini tak pernah abg long lupa.

To be continue...

_______
NotaDiari:
Mungkin angpa perlu juga baca tentang Gangnam Style ini di SINI.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

4 comments:

  1. Parents sekarang rasanya lebih ramai yang hantar anak pergi ke kelas piano, swimming, dancing dari hantar ke kelas quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu kat Malaysia ni dh mcm2.

      murid x hormat guru
      anak x syg dan kasih ibu bapa
      manusia makin jauh dari Penciptanya

      Delete
  2. setuju dengan Aiman..
    sgt different mereka yg sekarang nie dgn kita dulu..
    urm.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. aini shahroni tau dak,

      ada sebahagian shbt2 abg long dimuka buku dan diluar sana selalu cuba menegak benang yg basah dlm soal ini. bg mereka kita perlu ikut trend semasa. antara zaman skrg dan dahulu dh byk beza. mereka selalu kata, "zaman dah berubah".

      mmg ya zaman dah berubah, tapi mereka lupa dan alpa bahawa....KANDUNGAN DALAM AL-QURAN TIDAK PERNAH BERUBAH.

      itu mesti kita pegang dan ingat smpai bila2

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.