AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 16 October 2012

18SX | Pelajar Jual Dara

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


FLORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.


Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina. Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia. Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus, Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.


Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks

Sumber: Agensi



NotaDiari:
Wajah yang sempurna belum tentu akan menyerlahkan akhlak yang cantik. Walau belajar tinggi belum tentu  akan melahirkan akhlak terpuji. Renung-renungkan dan selamat beramal semua....belajar dari SESUATU untuk mengenal 'sesuatu'. InsyaAllah, kelak kita akan tahu apa yang kita mahu.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. Replies
    1. kalau barang boleh lagi modified.
      manusia x tau la tang mana ag yg boleh...
      apa pn x bleh dh..hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. ini hnya sbahagian dari 'macam2' yg bloq perantau perkatakan

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.