Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 29 May 2012

..::BICARA SEORANG AKU::..

Di titian kehidupan ini
Berdiri kaku seorang aku
Menonton opera sumbang kepuraan
Pelakon yang semakin ketandusan
Tersesat dihaluan pencarian


Di titian kehidupan ini
Begitu asyik seorang aku
Menghayati sandiwara kepalsuan
Pada kanvas yang penuh warna kehitaman
Menilai-mentafsir-merungkai jawapan
Realiti kehidupan yang semakin kelam


Pada pentas sandiwara yang kian usang ini
Tompok hitam mula mewarnai-menghiasi
Pencarian sejalur kebenaran
Makna sebuah kehidupan


Dimanakah pegangan?
Dimanakah jati diri insan?
Apakah akan tersesat haluan pencarian?
Apakah akan rebah segalas harapan
oleh kebebalan yang kian bersarang?


Di titian kehidupan ini
seorang aku dikejutkan dari lena yang panjang
Dari ulitan mimpi yang kian menghayutkan


Di titian kehidupan ini
seorang aku semakin disedarkan
tentang pembalasan 'hari depan'
Tentang realiti kehidupan yang dipinjamkan

Thursday 24 May 2012

Pendengki nya orang Melayu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani:

“Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu kepada apa yang telah diberikan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa dengki? Jika kamu dengkikan dia kerana bimbangkan bahagian kamu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah diberikan kepada kamu, tidak akan lesap ke tangan orang lain.”


Pada hakikatnya dengki ialah rasa kurang senang seseorang terhadap kelebihan yang dinikmati oleh orang lain. Seseorang yang jiwanya dikuasai sifat ini, sanggup berusaha untuk memusnahkan dan menghancurkan  kebahagiaan serta kegembiraan yang dinikmati oleh saudara mara, sahabat ataupun jiran.

Sejarah bangsa Melayu banyak membuktikan hasad dengki sesama sendiri sentiasa berputik. Dalam sejarah Islam juga membuktikan bahawa hasad dengki dan iri hati itu membawa kepada kejadian pembunuhan pertama dalam peradaban manusia.

Dalam teks Sejarah Melayu memaparkan perjanjian di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Perjanjian itu untuk mengelakkan permusuhan serta zalim-menzalimi antara pihak istana dengan rakyat keseluruhannya.

Bagaimanapun perjanjian itu tidak dituruti hingga membawa kemusnahan kepada kerajaan dan kerugian terhadap rakyat. Bermacam-macam peristiwa digambarkan dengan jelas mengenai kezaliman, hasad dengki, dendam dan fitnah oleh golongan tertentu yang membawa kerugian rakyat dan kerajaan.

Golongan yang berasa iri hati di atas kerajaan, kebolehan, dan kepintaran orang lain telah berusaha memfitnahkan agar mereka disanjungi oleh raja kerana kepintarannya, menerima hukuman bunuh atau sesuatu tindakan.

Inilah Melayu bangsaku…

Dalam, ‘Peristiwa todak menyerang Singapura’, Sejarah Melayu menyebut:

Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya. Paduka Seri Maharaja kemudiannya telah menitahkan supaya rakyat berkubukan betis bagi mengelak serangan tersebut. Tindakan Paduka Seri Maharaja telah membawa korban kepada rakyat. Tindakan dan cadangan Paduka Seri Maharaja itu tidak dipersetujui oleh seorang budak yang kemudian mencadangkan rakyat berkubukan batang pisang. Kemudian banyak todak dapat dibunuh. TETAPI, kepintaran budak itu menimbulkan rasa iri hati dan cemburu di kalangan pembesar istana. Pembesar mengajukan kepada Seri Paduka Raja agar budak itu dibunuh sebagaimana disebuh: `Tuanku, budak ini terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya. Baiklah ia kita bunuh’. Pandangan pembesar diterima oleh Paduka Seri Maharaja. Budak yang dianggap pintar telah menerima nasib malang. Secara tidak langsung peristiwa itu menggambarkan wujudnya perasaan iri hati dan cemburu terhadap kepintaran dan kebolehan orang lain.

Sejarah Melayu juga menceritakan bagaimana iri hati, dengki dan fitnah menyebabkan puteriSang Rajuna Tapa menerusi cerita ‘Penyulaan anak Sang Rajuna Tapa’ dibunuh. 

Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya. Paduka Seri Maharaja kemudiannya telah menitahkan supaya rakyat berkubukan betis bagi mengelak serangan tersebut. Tindakan Paduka Seri Maharaja telah membawa korban kepada rakyat. Tindakan dan cadangan Paduka Seri Maharaja itu tidak dipersetujui oleh seorang budak yang kemudian mencadangkan rakyat berkubukan batang pisang. Kemudian banyak todak dapat dibunuh. TETAPI, kepintaran budak itu menimbulkan rasa iri hati dan cemburu di kalangan pembesar istana. Pembesar mengajukan kepada Seri Paduka Raja agar budak itu dibunuh sebagaimana disebuh: `Tuanku, budak ini terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya. Baiklah ia kita bunuh’. Pandangan pembesar diterima oleh Paduka Seri Maharaja. Budak yang dianggap pintar telah menerima nasib malang. Secara tidak langsung peristiwa itu menggambarkan wujudnya perasaan iri hati dan cemburu terhadap kepintaran dan kebolehan orang lain.

Kononnya ketika pemerintahan Raja Iskandar Syah anak Sang Rajuna Tapa ini seorang gadis yang cantik dan sangat dikasihi oleh baginda. Ini menyebabkan gundik-gundik lain iri hati dan memfitnah bahawa gadis itu berbuat jahat, menyebabkan raja murka dan memerintahkan gadis itu disula di hujung pasar. Tidakan itu menyebabkan Sang Rajuna Tapa marah dan berpaling tadah dengan membantu bala tentera Betara Majapahit menyerang Singapura.

Begitu juga dalam ‘Hikayat Hang Tuah’ yang kononnya difitnah oleh pembesar lain berbuat jahat dengan seorang dayang istana. Hanya kerana Hang Tuah setia kepada raja. Raja tanpa usul periksa menitahkan Seri Nara Diraja membunuh Hang Tuah.

Banyak lagi kisah-kisah Melayu yang berhasat dengki ini boleh kita perolehi sejak dulu hingga lah beberapa hari lalu. Antara lain anda boleh membaca cerita Si Kitul, Raja mendeliar, Nina Sura Dewana dan Tun Ali. Bacalah juga kisah mengenai Rampasan Kuasa Raja Pasai. Selain beberapa kisah dalam laman-laman blog internet.

Kebanyakan cerita ini mengisahkan bagaimana Melayu hidup dengan hasat dan dengki serta iri hati kepada kebolehan serta kejayaan seseorang. Gambaran terhadap unsur-unsur fitnah dan hasad dengki begitu ketara digambarkan dalam Sejarah Melayu. Golongan yang menimbulkan fitnah sengaja berbuat demikian untuk mencapai sesuatu matlamat. Di samping itu gambaran fitnah dan hasad dengki tersebut turut digambarkan secara tidak langsung yang mungkin berkait dengan rasa cemburu dan egoistik.

Hasad dengki satu sifat keji yang bahaya kepada diri dan masyarakat. la bermakna diri tidak senang apabila orang lain mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat itu luput. Akibat daripada hasat dengki ialah:

* Diri yang dikuasai oleh perasaan itu akan menderita hidupnya. Dia panjang angan-angan mencari jalan bagaimana kebaikan yang ada pada diri orang yang didengkinya itu akan dihilangkan dan dipindahkan kepada dirinya. Dalam mencari helah itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak, kurang selera makan dan hatinya sentiasa gelisah sehingga nikmat yang ada terlucut daripadanya.

* Orang yang hasad itu dimurkai Allah kerana dia tidak redha dengan ketentuan Allah terhadap diri seseorang. Dia memprotes Tuhan kerana memberikan nikmat dan kesenangan kepada orang lain, tidak kepada dirinya.

* Kerana sikapnya yang buruk itu, Allah menghapuskan pahala kebajikan yang pernah dilakukannya. Ini dapat difahami menerusi hadis Rasulullah SAW., maksudnya: “Hasad itu memakan pahala amal-amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

* Apabila seorang pemimpin mempunyai perasaan hasad dengki kepada pemimpin lain, ini akan menyebabkan perpecahan dan timbul komplot yang akibatnya akan melemahkan kekuatan ummah.

Hasad dengki itu sebenarnya berpunca daripada kelemahan manusia, iaitu sifat tidak mahu kurang daripada orang lain.

Jika rasa itu masih pada peringkat iri hati, dapat juga dibendung, tidak sampai disuarakan atau dilahirkan dalam tindakan. Sebaliknya, jika sudah membesar menjadi hasad dengki, sukar dikawal. Akhirnya padah menimpa, bukan saja orang yang didengki dan orang yang dengki, tetapi seluruh bangsa.

Bagi mangsa yang menjadi sasaran pendengki ini disarankan supaya bertenang dan teruskan saja usaha-usaha murni serta kehidupan. Hendaklah lebih bersopan santun selain berwaspada supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap dipasang oleh pendengki. Jangan pula dibalas, kecuali untuk mempertahankan diri daripada binasa.

Jika hendak balas pun perbuatan pendengki itu biarlah mengikut perpatah dan pesan orang tua-tua: “Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipukul jangan lekuk”

Kepada mereka yang selalu bersifat pendengki seperti ini, elok diberi peringatan bahawa ideologi pendengki yang mereka bawa itu akan memusnahkan agama di dalam bangsa sendiri.

kiriman emel: Emri El Wahab

Wednesday 23 May 2012

VIDEO 18SX? | Lelaki Di Nodai Perempuan Cun

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bukan sahaja kaum perempuan perlu berhati2, tetapi orang lelaki juga harus berhati2 ketika tidur di dalam bas. Ini kerana, sebarang kemungkinan yang berlaku tidak mengenal spesis jantina. Zaman sekarang ni dah tak kenal aku engkau siapa. Orang perempuan pun dah sama naik dengan orang laki2. Itu adalah realiti, tidak payah pergi jejauh. Tengok saja yang dah ada depan mata kita. Itu adalah realiti yang amat payah untuk kita perhalusi. Kenyataan yang harus kita terima. 

Dulu2.....zaman kecanggihan belum lagi sampai tahap best. Selalu...kita hanya tahu dengaq kaum perempuan saja sering dinodai, tak kira dalam bas, teksi, keretapi dan sebagainya lagi. Jarang kita dengaq sebaliknya yang terjadi. Tapi sekarang ni, berlambak dan bersepah perkara yang tak pernah kita fikiri. 

Orang perempuan sekarang apa yang orang lelaki buat mereka juga ingin buat. Kalau nak bagi contoh memang banyak, tapi abg long tak mahu cakap. Abg long nak hangpa pikiaq sendiri, abg long tak mahu otak kanan kiri hangpa mati. Sesekali apa salahnya hangpa mengilap akal yang diberi untuk mentuntasi kebesaran Ilahi. Tak gitu?

Jadi abg long harap hangpa jangan terlalu 'yellow' bila tengok gambaq yang boleh gerak2 kat bawah ni. Ini cuma sebahagian dari apa yang nak abg long ceghite. Hangpa pikiaq la sendiri no.

Apa2 pun, nak la juga abg long berpesan pada semua kaum kerabat abg long yang lelaki sejati. Bila hangpa tiduq dalam bas, hangpa pun kena berhati2. Takut hangpa juga sebahagian mangsa yang dinodai....haru dunia laki2 nanti.....kikiki!!!

Hangpa boleh terjah tengok kat bawah ni....Lepas tu, hangpa pikiaq la sendiri!!


PANAS!! MANTAP!! TERBAIK!!


Macam best?

DIARI:
kahkahkah!!! kihkihkih!!! (ketawa dalam kesenakkan ginjal dan pankreas)...Y(^__^)Y -peace-

Tuesday 22 May 2012

Hari Guru | Aduhaiiiiiiiii!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

..::PELIK tapi BENAR::..

Realiti....PPD or JPN nak buat sambutan HARI GURU untuk meraikan guru-guru TAPI minta sumbangan dalam bentuk 'ketetapan'. Sekolah kecil mesti bagi RM100, sekolah besar kena kasi RM200. Ni minta sumbangan ke MEMAKSAKAN menyumbang sumbangan? Nak meraikan guru tapi guru-guru kena keluarkan duit. Lunyai la KELAB GURU. Tetapi, yang hadir untuk konon-konon meraikan guru itu nanti hanya orang2 besar disingahsana. guru-guru kecil pula ke mana? cu cite...cu cite...LU PIKIR LA SENDIRI!!

p/s: bila 'orang kita' itu nak berubah ye? dh mcm majlis syok sendiri pula...Y(^__^)Y -peace-


____________________________
Sahabat mungkin juga suka baca:
 ✿~Hari Guru | Pelik Tapi Benar

Manusia Sanggup Buat Apa Saja Untuk Hidup Mudah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Banyak orang banyak la ragam. Tapi, kalau ragam yang memberi kebaikkan tiadalah hendak di pertikaian. Yang sadisnya jika banyak ragam tu bikin menyusahkan orang. Cuba kita lihat sekeliling kita, berapa kerat sangat yang betul2 boleh beri kita senang lenang. Selebihnya ramai yang bisa buat hidup kita tunggang-langgang dan mengalami sindrom keketatan. 

Ini adalah realiti kehidupan zaman penuh dengan cabaran. Engkau lemah, engkau akan ditindas. Engkau pelan, engkau akan ketinggalan. Zaman sekarang jarang boleh kita berdada lapang. Zaman sekarang orang sibuk berebut peluang. Pijak memijak dah menjadi budaya dan asam garam kehidupan. 

Orang kita sekarang semuanya nak hidup mudah dan senang. Dalam bab mencari rezeki tiada lagi dah hukum halal haram. Yang penting 'aku' senang....kesusahan dan kepayahan orang lain kita mana nak amik endah. Ada lagi ke yang nak kisah? Kita langsung tak pikir, hitam atau putih duit makan family....anak serta isteri yang kita beri.

'Orang kita' dah semakin menipis pertimbangan dalam setiap tindakan. Perikebinatangan menjadi kitab rujukan terkini hidup sebagai manusiawi. Ini adalah realiti...Ini hakikat yang harus kita persetujui. Kita boleh lihat kepincangan ini andai kita tidak buta mata hati. 

Sunday 20 May 2012

Hebat!!! Masih Teruna Anak Dah 14 Orang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai telah menjadi bapa kepada 14 orang anak walaupun tidak pernah mengadakan mempunyai hubungan seks.


Trent Arsenault yang berasal dari San Francisco mendapati dirinya dalam kedudukan yang unik selepas melancarkan laman web pada tahun 2006 di mana dia menawarkan pendermaan sperma secara percuma kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.

Ketika diminta mengulas, dia membuat pengakuan kepada Anderson Cooper pada chatshow AS :"Saya dicipta sebagai 'penderma seksual' dan ia bermakna 100% tenaga seksual saya adalah untuk menghasilkan sperma untuk pasangan yang tidak mempunyai anak untuk mendapat zuriat. Jadi saya tidak mempunyai aktiviti lain di luar itu.

"Saya mungkin akan menjadi teruna berusia 40 tahun dan mungkin akan mempunyai lebih dari 15 orang anak",tambanya lagi.

Arsenault juga pernah bertemu muka dengan salah seorang anaknya, seorang anak perempuan yang berusia 23 bulan dinamakan Analise, untuk kali pertama.

"Saya cuba untuk tidak terlalu emosi," katanya. "Saya amat gembira bahawa dia sihat dan di rumah yang penuh kasih sayang. Saya berharap dia mempunyai gen empati dan ibu bapanya memupuk sikap yang baik padanya."

Arsenault kemudian didakwa pada Disember lalu selepas FDA menuduh beliau gagal untuk mencegah penyebaran penyakit dan mendapati beliau menyalahi undang-undang pembuatan sel-sel manusia dan menerima hukuman satu tahun penjara dan denda sebanyak $100,000.


Sumber: Abg long rembat kat SINI

Gambar Separuh Bogel aktres Zarina Anjoulie

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Mantap habis. Tak taw nak cakap lagu mana lagi. Ternyata artis2 Malaysia ini makin berani. Mereka makin terbuka dalam menghadapi realiti hidup. Tapi, perlu ditanyai...adakah masyarakat merestui dan dapat menerima aksi2 berahi yang dipertontonkan oleh mereka? Adakah akar budaya dan agama anutan khalayak boleh membenarkan aksi2 sebegini? Apa pun, tentu sahaja tuan punya badan ada alasan dan jawapan bagi setiap tindakan serta tomahan yang dilemparkan terhadapnya.

Kat bawah ni beberapa keping gambar panas!! berani!! mantap!! dari tuan punya badan yang abg long rembat dari Majalah FHM Indonesia.




Kat bawah ni antara statement yang tuan punya badan keluarkan bila heboh tentang aksi berani mati beliau dalam majalah FHM heboh diperkatakan.

Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mengakui ia dilakukan atas pilihannya sendiri walaupun sedar akan mengundang kebencian daripada orang ramai.

Zarina memberitahu dia menjalani penggambaran fotografi dua bulan lalu di Singapura selepas pihak FHM Indonesia memberi tawaran sebanyak dua kali.

"Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini"

"Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008.

"Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa," luah Zarina.

Nama aktres yang menempa populariti menerusi drama bersiri "Anak Pontianak" ini tidak pernah sunyi daripada terpalit sebarang kontroversi berbanding dengan kariernya.

Artis adalah idola kepada para remaja. Sepatutnya, mereka perlu menjadi role model kepada peminat2 mereka bukan merosakkan lagi apa yang terlah tersedia rosak. Artis oh artis.....kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis artis sekandang terpalit lumpur sama. ahaks3....tak pasal2 wujud peribahasa sengl dari abg long....kuikuikui.... Y(^__^)Y -peace-

"Wanita" Tidur Dengan 1000 Lelaki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Crystal Warren asalnya seorang lelaki
Crystal Warren, yang nama asalnya Christopher Snowden, menukar jantina pada tahun 2005, lapor The Sun.

"Wanita" berusia 42 tahun itu berkata: "Saya tidak mahu lebih ramai di luar sana yang akan marah tetapi saya perlu memberitahu kebenaran.Ramai akan berfikir saya telah berbohong terutama pada mereka yang telah mengadakan hubungan seks dengan saya. Tetapi saya rasa mereka tidak patut marah kerana ia adalah masa lalu saya."

Crystal, yang tinggal di Brighton, dilahirkan di bandar Somerset. Ibu bapanya yang bercerai ketika dia berusia lima tahun menyebabkan dia terjerumus kepada ketagihan seks yang kronik kerana tertekan dengan penceraian ibu bapanya.

Crystal hilang teruna pada usia 15 tahun dengan rakan sekolah,menjadi ketagih selepas itu dan menjalinkan hubungan sejenis dengan kawan-kawan sebaya dan bertukar ganti teman sekatil setiap bulan.

Ketika berusia 17 tahun, dia pernah tidur dengan 40 orang orang lelaki tetapi jiwanya memberontak dengan naluri kewanitaan dan berasa tidak selesa dengan hubungan sejenis.

Di awal 20-an, Crystal mula menyedari bahawa dia mempunyai nafsu seks yang tinggi.

Pada keadaan yang paling teruk, Cystal pernah melakukan hubungan seks dengan tujuh lelaki berbeza dalam masa 24 jam dan kadang kala beberapa lelaki pada satu-satu masa.

Pada usia 40 tahun, akhirnya Crystal mengambil keputusan menukar jantina menjadi wanita sepenuhnya dan akhirnya berhadapan ketagihan yang lebih teruk selepas menjadi wanita.

"Saya tahu saya seorang penagih seks, tetapi saya tidak boleh mendapatkan bantuan profesional. Seks adalah satu-satunya perkara yang membuat saya merasa lebih baik tentang diri sendiri. Saya adalah salah seorang anggota talian dating CougarLife.com, laman web, yang membantu saya mendapat lelaki yang boleh memuaskan nafsu seks yang saya yang tinggi", kata wanita itu.

"Saya rasa apabila lelaki mula berkata tidak, saya akan berhenti melakukan hubungan seks. Saya tahu sesetengah orang mesti berfikir orang saya seorang yang dahsyat, tetapi saya mahu orang percaya bahawa saya tidak berbangga dengan keadaan diri sendiri", tambahnya lagi.

Sumber: Abg long rembat SINI

Diari: 
Dunia dah semakin celaru.....manusia pula semakin keliru. Abg long harap, spesis2 seperti Crystal Warren yang bersepah kat Malaysia ini menemui hidayah. Semoga mereka berubah ke arah keadaan yang lebih baik. InsyaAllah.

Bakar duit RM183,000 kerana stress?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Apa ke bangang dan bengongnya lelaki ini sampai bakar duit sebanyak itu. Kot ya pun stress, tak kan la sampai bakar duit. Banyak tu........tahu la dia banyak duit. Apa salahnya kalau stress bagai nak rak sekali pun, duit tu dia sedekahkan atau mendermakan saja duit dia yang berlambak-lambak tu kepada spesis2 yang memerlukan. Tak pun kasi je kat abg long yang sengkek ni. Macam ini punya orang pun ada kat planet bumi ni. Apa pun tak boleh....

Orang lain punya la susah payah nak mencari duit buat teruskan hidup, hang cool je bakar duit juta2. Memang la duit tu duit hang, suka suki hati hang nak buat apa dan macam mana. Tapi cara hang tu sikit pun tak betul. 

Tapi apa boleh buatkan. Benda dah berlaku. Nasib dia tak bakaq diri dia bersama duit2 tu pun dah satu rahmat. Abg long harap dia akan sedar nanti. Banyak sangat minum la ni kot...hihihi!!

Apa yang bikin abg long gelak golek dog ialah bila dia jawab soalan. Ketika ditanya mengapa dia membakar wang itu, dia menjawab, "Saya berasa amat gembira membakarnya. Adakah anda mempunyai masalah dengan itu?"

Sebahagian duit RM1.8k yang hangus
Hangpa boleh terjah SINI untuk bacaan selanjutnya.

Realiti di TV3

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Masa duk godek2 pesbuk terjumpa gambaq yang maha cool ini. Ntah siapalah yang punya kreatif dan inovatif tahap gaban sampai mampu menghasilkan seni yang sehebat ini. Hangpa toksah la nak meroyan bagai bila lihat stesen televisyen kesayangan hangpa diperlaku sedemikian rupa. Ini adalah hakikat. Ini adalah realiti. Kalau nak diikutkan, yang ada kat sana lagi teruk dari apa yang terpampang dalam gambaq ni. Kira kritikan tukang edit gambaq ni masih lagi berlapik serta ia masih mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

Jadi, TV3 kena berwasatiah la dalam setiap berita dan info yang ingin disampaikan kepada khalayak. Tak perlu berlebih-lebih sangat. Keadilan dan kebenaran perlulah menjadi keutamaan. 

Seorang tukang ka'bo, "baru ambe prasang upenye key el dok jauh nga kappong ambe" (Ganu kiter lagi)

Apa pun, di petang yang mega mendung ini abg long rasa sangat2 best....dan tersenyum sendiri bila tengok gambaq2 sebegini. 

Kisah Piala FA Yang Perlu Hangpa Taw

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

TANIAH!!! buat pasukan bola sepak The Red Warrior (TRW) atas kejayaan merangkul piala FA semalam dengan mengalahkan pasukan Sime Darby 1-0. Semalam, sejarah telah tercipta dan kemenangan tersebut telah memahat dan mencatat nama pasukan TRW antara pasukan yang telah memenangi piala FA. Kemenangan semalam menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama. TRW menang atau kalah semalam, negeri Kelantan tetap juga cuti hari ini. Bertuah dan beruntungnya orang2 Kelantan. Bermakna, kemenangan semalam adalah bonus buat mereka.


Semalam kelihatan selautan manusia berbaju MERAH di Stadium Bukit Jalil. Abg long tak fikir manusia2 berbaju merah yang memenuhi stadium semalam di upah seratus dua ringgit Malaysia serta sebungkus nasi bagi menyaksikan perlawanan bola paling epik (Kenapa epik? Sat lagi abg long story) berbanding mereka2 yang hadir ke perhimpunan anjurkan sebuah parti politik yang juga bertemakan warna merah di tempat yang sama beberapa minggu yang lalu. Ini bermakna, para penyokong The Red Warrior lagi best dan cool. 

Berbalik kepada 'perlawanan bola paling epik'. Kenapa abg long cakap epik? Meh sini abg long nak ceghita...Hangpa taw kan kes TSAM dengan pengurusan FAM (Football And Money) tuh? (Kalau hangpa tak taw hangpa godek2 la lebai google, InsyaAllah nanti hangpa temui jawapannya). So, semalam adalah perhitungan dan pertarungan antara mereka. TSAM sudah tentu mahu membuktikan beliau adalah individu yang paling best dan cool dalam memajukan bola sepak. Jadi beliau perlu buktikan melalui pasukan Kelantan,  sebabnya beliau kan presiden KAFA. Bila mana TRW menang, musuh2 beliau dalam FAM akan terkucir dan terdiam dengan sendirinya. Gerenti malu alah pandir2 dalam FAM yang mulut bagai longkang mengutuk dan menyalahkan TSAM ekoran teguran beliau terhadap pretasi skuad Harimau Malaya tempohari. Hangpa tengok tak perlawanan semalam? Perasan tak masa kamera suluh tang TSAM tu? Masa tu TSAM ada mengangkat mafla. Lagi epik kalau masa kamera tala ke TSAM tu, beliau bukan saja angkat mafla TRW. Angkat sekali sepanduk 'FAM BANGSAT!", tak gitu...?


Tapi yang paling maha epik, best, sweet dan cool ialah ketika TSAM menurunkan tanda tangan kat atas banner tuntutan royalti minyak negeri Kelantan yang di pasang diluar Stadium Bukit Jalil semalam. Macam pelik tapi benar....hihihi!!

Semalam dianggarkan 85,000 jumlah penonton di Stadium Bukit Jalil. Memang masyuk la pengurusan Stadium Bukit Jalil dan FAM jika dihitung dari segi keuntungan penjualan tiket semalam. Cuma abg long nak la berpesan sikit kat depa2 ni, harap duit tiket malam tadi boleh la buat baiki padang yang macam lahanat tu. Main gitu2 pun ramai yang injured sebab keadaan padang. Abg long rasa, padang sekolah abg long lagi comel dan best dari padang Stadium Bukit Jalil (abg long tengok dah macam tempat kerbau berkubang lagaknya padang SBJ tu). Buat malu je jikalau buat main dengan negara lain. Football And Money (FAM) jangan ingat nak makan duit je tengok2 juga kekurangan yang di depan mata.

Sime Darby bagi abg long tak kalah, cuma mereka tak menang sahaja. Mungkin nasib tak baik telah menyebelahi mereka. Apa pun, kemaraan mereka ke pentas final sudah cukup membuktikan kepada khalayak bahawa mereka bukan pasukan belasahan semata walaupun hanya berstatus kelab. Bermakna, pasukan2 yang ada main bola kat liga Malaysia ni nanti haruslah BEWARE dengan kelab bernama Sime Darby. Sila buka mata bundar2 ye....hihihi!! Tapi apa yang best tentang player Sime Darby ni bagi abg long ialah kejayaan mereka dalam menutup aurat. Kalau hangpa perasan la kan, kurang lebih ada empat orang player mereka yang menutup aurat. Kelas kan gitu....Kalah di padang bola, menang di padang mashsyar. 

Pertarungan dan perjuangan piala FA sudah pun tamat tapi pertarungan kita melawan hawa nafsu masih lagi berjalan, perjuangan kita untuk ke Syurga masih lagi perlu diteruskan. Jadi, selamat beramal buat semua. Bola2 juga solat jangan lupa.


"FIKIRAN KECIL, SEDANG & BESAR"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Menarik untuk mengamati cetusan idea dari Eleanor Roosevelt, bekas Presiden USA yang mengatakan: "Small Minds discuss people, Average Minds discuss events, Great Minds discuss ideas".
"Fikiran Kecil membicarakan orang. Fikiran Sedang membicarakan peristiwa. Fikiran Besar membicarakan gagasan".

Maka sebagai akibatnya ...

FIKIRAN KECIL akan menghasilkan GOSIP.
FIKIRAN SEDANG akan menghasilkan PENGETAHUAN.
FIKIRAN BESAR akan menghasilkan PENYELESAIAN.

Ketiga-tiga jenis fikiran ini ada di dalam setiap otak kita. Fikiran mana yang lebih mendominasi kita, begitulah apa yang dihasilkannya. Kalau setiap saat otak kita dipenuhi oleh Fikiran Kecil, maka kita akan selalu asyik dengan urusan orang lain, namun tidak menghasilkan apa-apa, kecuali perseteruan. Tetapi bila Fikiran Besar yang mendominasi, maka ia akan aktif mencari gagasan atau idea baru.

FIKIRAN KECIL senang menggunakan kata tanya "SIAPA", FIKIRAN SEDANG senang menggunakan kata: "ADA APA", sedangkan FIKIRAN BESAR selalu memanfaatkan kata tanya: "MENGAPA" dan "BAGAIMANA".

Dalam melihat satu peristiwa yang sama, misalnya jatuhnya buah epal dari pokok, akan cenderung menzahirkan pentafsiran yang berbeza.

Si FIKIRAN KECIL akan tertarik dengan soalan: 
"SIAPA YANG SEMALAM TERCICIR BUAH EPAL?"

Si Fikiran Sedang akan bertanya: 
"APAKAH SEKARANG BERERTI SUDAH MULAI MUSIM BUAH EPAL?"

Sedangkan Si FIKIRAN BESAR: 
"MENGAPA BUAH APEL ITU JATUH KE BAWAH, BUKANNYA KE ATAS?".


Dan fikiran yang terakhir itulah yang konon menginspirasi SIR ISAAC NEWTON mencari TEORI gravitinya yang terkenal. Tidak ada satu pun prestasi atau karya di dunia ini yang dihasilkan oleh Fikiran Kecil.

Di samping itu, ketiga jenis fikiran ini juga mempunyai 'makanan' kegemaran yang berbeza.
Si FIKIRAN KECIL biasanya senang melahap TABLOID, INFOTAINMENT dan GOSIP2
Si FIKIRAN SEDANG amat berselera dengan RUANGAN BERITA, POLITIK ....
Si FIKIRAN BESAR memilih BUKU-BUKU/ARTIKEL yang membangkitkan INSPIRASI, TULISAN2 TENTANG  IDEA2 dan MOTIVASI ....

Jadi, apa yang sedang anda fikirkan saat ini?


Kiriman emel: Dewo

Story & Gambar | 'Wanita' Bogel Di Lebuh Raya Malaysia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Amboi...amboi....amboiiiiiiii....kalau tajuk entri abg long yang panas dan sensasi laju je hangpa masuk dan singgah yer. Tapi tak kisah la kan, dah naluri manusia sedemikian apa la nak di heran. Betul tak? hihihi!!

Diari: kepada hangpa yang menyinggah tu, bila lagi nak jadi FOLLOWERS blog abg long yg sweet bagai ni? Bukan abg long kenakan bayaran yuran pun....percuma seumur hidup. Dijamin oleh blogspot.....(◕‿◕)☆™

Terlopong juga abg long bila terpandang gambar dan terbaca artikel yang 18sx bagai ni. Macam tak percaya, kat Malaysia yang makmur dengan hasil bumi dan semakin pesat menuju negara maju terdapat segelintir rakyat yang berkelakuan menghairahkan di khalayak. Sikit pun tidak merasa segan silu dan malu alah. Yang bestnya sempat lagi 'wanita' berkenaan berlari anak-anak sambil melepaskan rambut beliau yang panjang agar ia di sapa angin sepoi2 bahasa. Kejadian ini diberitakan berlaku di lebuh raya DUKE di Kuala Lumpur yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang. 

Pengguna lebuh raya tersebut dah tentulah antara yang beruntungan kerana dapat menyaksikan adengan free show. Adakah 'wanita' yang berbogel ini mengalami masalah mental? Atau ini adalah salah satu protes jalanan bagi memastikan pemansuhan tol? Atau 'wanita' ini sedang buang tabiat ekoran dari terpengaruh dengan cara masyarakat luar yang sering berbogel? konon2 nya sebagai mercu tanda kehidupan yang cool. peehhh...memang tak boleh blah.

Kat bawah ni adalah gambar beliau yang sedang berbogel di lebuh raya DUKE. Untuk lihat gambar lain dan bacaan selanjutnya hangpa boleh la terjah SINI.

Mohon maaf sebab gambaq ni abg long terpaksa sensor atas dasar tidak mahu mengaibkan  beliau

4R | Apa Yang Istimewa?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebetulnya dah lama abg long nak menempel entri ini kat blog abg long. Tapi, atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan terpaksa la abg long hold kan dia kat draf dulu. Nah, hari ini abg long publishkan buat tatapan sahabat2 dan penyinggah blog DIARI SEORANG LELAKI ini. Abg long harap makcik2 dalam gambar ni kembang kempis lobang idungnya bilamana mengetahui cerita tentang mereka ada dalam blog abg long yang maha sedap ini (sesedap kuih muih bikinan makcik2 juga...hihihi...terbaekkkkk!!)

Abg long saja war2 kan iklan kuih segera ni kat sini. Mana la tau kan kot2 dapat membantu usaha murni makcik2 yang ada dalam gambar ni. Siapa lagi nak tolong orang melayu kalau bukan melayu kan? Bangsa lain sibuk tolong bangsa mereka, tapi orang kita (melayu) kebanyakkannya galak menjahanamkan bangsa. Ekoran dari itu, abg long nak la tolong makcik2 ini setakat yang abg long terdaya. Satu sen pun abg long tak amik upah. Kira kerja amal la ni. Sesungguhnya, niat yang baik akan di balas dengan kebaikkan. InsyaAllah.

Sejarah kuih segera 4R?
Tertubuhnya bisnes ini adalah hasil dari inisiatif kerajaan 1Malaysia melalui RISDA yang mana objektif penubuhannya adalah bertujuan untuk meningkatkan sumber pendapatan dan taraf hidup orang melayu di kawasan2 kampung. 


Untuk menjayakan hasrat murni ini RISDA telah membantu dari segi sumber kewangan, logistik, kepakaran serta pengkongsian ilmu melalui khusus2 dan bengkel2 yang diadakan. Nama 4R adalah gabungan pangkal huruf nama mereka yang bermula dengan huruf 'R'. Manakala nombor 4 pula membawa maksud kerjasama antara mereka berempat.


So, itu adalah serba sedikit sejarah penubuhan kuih segera 4R ini.


Antara sijil pengiktirafan dari badan2 kerajaan terhadap usaha gigih mereka
Menurut puan Rafe'ah selaku leader bagi program ini, antara kuih segera yang disediakan oleh rangkaian Kuih Segera 4R ialah Sardin Gulung, Karipap Inti Sardin, Karipap Inti Kentang, Roti Canai Segera dan banyak lagi.


Menurut beliau lagi, inti ikan sardin keluaran 4R adalah menggunakan ikan sardin yang segar serta dimasak dengan ramuan rahsia. Beliau menegaskan bahawa inti sardin yang dimasa tidak di campur dengan sardin yang terdapat di dalam tin.




Kebersihan kawasan dan penghasilan produk amat dititikberatkan. Ini bagi memastikan produk yang terhasil adalah yang terbaik. 




Bagi pasaran di kedai2 kat kawasan sekitar, mereka akan memasukkan kuih2 tersebut ke
dalam plastik bercover (oren), manakala untuk pemborong mereka hanya menggunakan plastik lutsinar. Plastik yang digunakan adalah dari bahan yang selamat dan tahan lasak. 



Puan Rafe'ah memberitahu bahawa mereka berempat akan dihantar berkhusus setiap masa secara bergilir2 oleh pengurusan RISDA bagi meningkatkan kemahiran membuat kuih, pengurusan kewangan dan juga pemasaran. Menurut beliau lagi, pemborong utama bagi produk mereka ialah seorang peniaga dari negeri Selangor. Manakala selebihnya adalah untuk pasaran di dalam negeri.








Kuih segera yang dihasilkan memang sedap dan lazat. Penghasilannya ibarat seperti ingin dinikmati oleh diri sendiri dan bukan untuk dijual. Kalaulah setiap pengeluar produk menghasilkan produk mereka seperti ini bermakna penggunalah yang dapat keuntungannya.


Kepada sesiapa yang ingin merasai kesedapan kuih segera keluaran 4R ini serta menjadi pemborong bolehlah pukul no telefon 012-6252428 (Puan Rafe'ah) untuk keterangan lanjut atau terjah sendiri tempat penghasilan produk seperti yang tertera pada papan kenyataan di atas sana.


"Mencari yang HALAL itu adalah WAJIB bagi orang Islam"

Saturday 19 May 2012

Wahai wanita, jangan humbankan suami hangpa ke neraka

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Peringatan ini bukan sahaja untuk wanita2 yang sudah dinikahkan tetapi sesuai juga untuk bacaan wanita2 diluar sana yang belum menjadi isteri dan bercita2 untuk menjadi isteri. Kekadang sebagai isteri kita banyak menuntut itu ini dari sang suami tanpa memikiri keupayaan  sang suami untuk mengadakan apa yang kita pinta. Maka, jadilah kita seorang isteri yang tidak bertimbang rasa. Rasa2 boleh ke bau syurga?

Abg long bukan apa, sekadar nak berkongsi. Tiada salah kita saling nasihat menasihati, Ingat mengingati. Bukankah amalan sedemikian tingkah yang baik lagi terpuji?  "Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang berpesan2 untuk kebaikkan dan beramal soleh". Yang baik kita ambil sebagai pedoman, yang buruk kita jadikan sempadan tika kita menghayun derap langkah di pentas kehidupan yang dipinjamkan.

Sebagai seorang isteri, hangpa berperanan untuk menjadikan suami hangpa seorang anak yang soleh dan diredhai oleh ibu bapa kerana dengan redha merekalah, Allah akan meredhai kehidupan suami hangpa malahan kehidupan hangpa juga. Walaupun suami hangpa tidak mempunyai tanggungjawab sepenuhnya kepada ibu bapanya, apalah salahnya jika hangpa benarkan SEBAIKNYA HANGPA SEBAGAI ISTERI, MENDORONG AGAR SUAMI HANGPA melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.

Walaupun suami hangpa perlu mengutamakan keperluan hangpa dan anak-anak, apalah salahnya jika hangpa berkongsi hasil pendapatan tersebut dengan ibu bapa mertua sekiranya mereka memang tidak berkemampuan. Rezeki yang sedikit, jika dikongsi dengan setulus hati akan berkat dan tidak akan habis, insyaAllah. 

Perlu diketahui, membantu ibu bapa dengan seikhlas hati walaupun dengan sedikit cuma, Allah akan memberkati rezeki kita. Kalau ibu bapa mertua nyata dah mampu untuk keperluan dan perlukan hasil pendapatan suami untuk kemewahan, memanglah tidak perlu disokong.

Jadi, kalau hangpa mampu melakukan ini bermakna hangpa telah mendorong suami hangpa ke syurga. Ini bermakna, hangpa juga berpeluang untuk mengekorinya. Pilihlah jalan yang terbaik....kehidupan yang terbaik dan syurga yang sememangnya terbaik.

Untuk bacaan lanjut hangpa boleh terjah SINI

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.