Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label Diari Bizz. Show all posts
Showing posts with label Diari Bizz. Show all posts

Monday, 15 August 2016

4 Tips Super Hebat Untuk Peniaga Online Elak Kena Tipu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

4 Tips Super Hebat Untuk Peniaga Online Elak Kena Tipu | Semalam aku ada posting pasal kekecohan iklan perkhidmatan penipuan untuk membuat resit Maybank fake untuk tipu peniaga online kat SINI.



Untuk entri kali ini, aku nak share 4 Tips Super Hebat Untuk Peniaga Online Elak Kena Tipu Pembeli Online Guna Resit Palsu. Korang² yang peniaga online tu WAJIB khatan khatam entri aku ni setawaduk yang boleh. Kalau tidak, buang karen aku je menaip entri yang aku kira sedap dan enak ini.

Well, apa yang perlu korang buat selaku peniaga online yang sweet dan genius adalah seperti  ketetapan berikut.


1. Minta dengan customer supaya mereka snap gambar resit depan-belakang untuk pastikan resit tu original.

2. Minta customer berselfie dengan resit sebagai bukti transaksi berlaku. (Kalau dia tipu kurang² face dia dah terpampang kat skrin hp kesayangan korang. Silap² bukan sahaja korang dapat customer tapi dapat jodoh....Ngeh³ 😅😅😅) 

3. Galakkan customer korang untuk guna online transfer sebab resit mak nenek online transfer semua details yang amat.

4. Customer yang bank in guna machine deposit, korang boleh guna business account like Maybank2U sebab mende alah tu ada tunjuk time mana pelanggan bank in ke acc korang.
Well, itu sahaja tips super hebat yang termampu aku share kan dengan korang untuk waktu ini. Harapan merah hati aku yang menyala² ini mudah²an tips super hebat ini mampu memberi manfaat buat korang peniaga² online yang kacak dan cantik semua . 

Jika korang ada nak tambah perisa dan sharing buah fikir korang, dipersilakan humban serembrum korang diruangan komen yang comei dan cool di bawah.

Ok gais.
thanks for reading.

#chamilamis



___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday, 1 November 2014

Hostel Raudhah - Penginapan Pelajar Politeknik Kota Bharu







Hostel Raudhah | Penginapan untuk pelajar Politeknik Kota Bharu menyediakan kemudahan penginapan yang awesome buat para pelajar Politeknik Kota Bharu yang tidak mendapat tempat di asrama dan terpaksa menyewa di luar kampus politeknik.

Kenapa Hostel Raudhah perlu menjadi pilihan?
  • Berdekatan dengan Politeknik (berdekatan Kampus Politeknik Kota Bharu).
  • Berhampiran akses komuniti seperti klinik, kedai buku, kedai makan, kedai runcit, Pasaraya Econjaya, stesen minyak, bank, 7 Eleven.
  • Laman berpagar dan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.
  • Kawasan komuniti yang harmoni serta persekitaran yang bersih.
Apakah kemudahan yang disediakan di Hostel Raudhah?
  • Katil dan Tilam : Setiap Individu
  • Almari Besi Berkunci : Setiap Individu
  • Cadar disediakan untuk setiap katil.
  • Tiada masalah ketiadaan air - Hostel Raudhah menggunakan enjin air dan tangki air simpanan yang fleksibel untuk mengatasi masalah gangguan air memandangkan kawasan Kok Lanas sentiasa terputus bekalan air. 
  • Kemudahan Asas Yang lain : 3 bilik, Kipas Siling (di ruang tamu, dapur dan di setiap bilik), 2 bilik air, ruang solat, ruang study, ruang memasak, dapur memasak, tong gas, hilter, peti ais, mesin basuh, kuali, periuk, pinggan, gelas, rak pinggan, television, rak pinggan, rak kasut, papan gosok baju, meja tulis, meja makan & ampaian pakaian.
Adakah harga sewa di Hostel Raudhah berpatutan?

Ya. Harga sewa adalah berpatutan. Harga paling rendah berbanding yang lain. Berdasarkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ianya berbaloi² untuk anda. 

Bagaimana hendak melihat kemudahan yang disediakan?

Anda boleh datang dan lihat sendiri faksiliti yang disediakan di alamat PT 1647, Taman Desa Permai, Kampung Kok Lanas, 16450 Kok Lanas, Kelantan. Anda juga boleh klik link di bawah untuk melihat faksiliti yang disediakan. 
  1. Hostel Raudhah 1
  2. Hostel Raudhah 2
  3. Hostel Raudhah 3
  4. Hostel Raudhah 4
  5. Hostel Raudhah 5
  6. Hostel Raudhah 6

Bagaimana untuk menempah Hostel Raudhah?

Anda hanya perlu mendail talian di bawah untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
  • 012-6252428 [Pn. Rafe'ah]
  • 013-9712530 [En. Kamaludin]
  • 019-2038292 [En. Kamarul Amir]

InsyaAllah, anda akan rasa beruntungan memilih Hostel Raudhah sebagai destinasi penginapan anda sepanjang menuntut ilmu di Politeknik Kota Bharu kerana tagline Hostel Raudhah adalah,

❝Keselesaan anda keutamaan kami❞

Well, jangan tunggu² dan bertangguh² kerana tempat adalah terhad kepada 10 orang pelajar sahaja. Kepada yang berminat boleh hubungi no talian yang tertera di atas dengan kadar segera. Bak kata orang² lama, ❝Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada tempat penginapan.❞

Sharing is caring.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 28 January 2014

Rezeki Hostel Raudhah



Rezeki ni kan, bila2 masa Allah nak tarik Dia boleh tarik.....bila2 masa Dia nak bagi, Dia akan bagi pada kita hambaNYA tanpa banyak songeh tanpa banyak bicara.....tak macam kita, time nak ke Dia je kita bersungguh2 mengadap Dia....sujud dan tadah tangan beria-ria bagai apa......Kita acapkali lupa Dia, tapi Dia sedikit pun tak melupakan kita. Sentiasa ada untuk kita.....sentiasa mendengar rintihan dan keluh kesah kita.....cuma kita jer kekadang tu leka....lupa dan alpa tetang kewujudanNYA.

Tadi dapat panggilan dari student Politeknik Kota Bharu. Diorg nak booking Hostel Raudhah untuk next semester. Memula tu kompius juga......maklum la kan, semester baru je buka......tak kan dah ada yang book untuk next semester.....Cuak juga memula terima panggilan tadi. Bila student poli tu bagitau apa yang patut aku tau, lapang sikit fikiran.....Syukur, rezeki Hostel Raudhah tak penah putus. Belum lagi Dia hijab rezeki untuk aku yang satu ni...Alhamdulillah..

Aku memang begitu.....suka membuat pesepsi awal dengan sesuatu yang negatif. Jarang sekali aku nak menerima sesuatu berita itu dengan nilaian positif. Nampak gayanye lepas ni aku kena lebih kritis la kot.....

Sebetulnya Hostel Raudhah ni biasa2 jer. Takde pun yang istimewa. Selain kemudahan yang tersedia ada......service kena juga cemerlang. Aku jika ada apa2 masalah berkenaan dengan Hostel Raudhah, cepat2 aku kasi settle. Walaupun aku jauh.....aku usahakan juga agar masalah penghuni dapat dimaksimumkan. Kalau tak boleh settle on the spot, berterus terang dengan penghuni. Baru diorang tak kelam kelibut. Lagi satu.....sebolehnya gaps antara penghuni dengan owner jangan menjarak sangat. Buat seperti kawan2. Supaya senang nak berurusan. Tapi jangan sampai hubungan baik tu nanti diorg amik kesempatan....berpada2 dalam perhubungan...

Untuk semester ni pun dah banyak juga penambahbaikan di Hostel Raudhah yang telah aku lakukan....antaranya ganti tv lama dengan tv led 32" Philips.....cadar tilam yang comei berwarna warni dan juga papan pengosok....Atap rumah juga aku dah ganti baru....Semua ni semata-mata untuk patuh pada tagline Hostel Raudhah "Keselesaan anda keutamaan kami"....Aku pun bab2 bayaran sewa ni tak berkira mana pun dengan student2 ni. Aku dulu pun pernah bergelar student.....memang azab sikit la sesape yang hanya bergantung harap pada PTPTN semata.....Jadi, pengalaman pernah bergelar mahasiswa dulu2 menjadi pemangkin untuk aku lebih toleransi dengan student2 yang menghuni Hostel raudhah..



Bila kita buat baik dengan orang, orang pun segan nak buat tak baik pada kita....betul tak?? Tapi, jika dia nak buat tak baik pada kita itu dah ketentuan dari Dia. Hanya mampu berusaha dan berdoa. 

Well....untuk penghuni Hostel Raudhah next semester aku dah tak payah nak sakit2 kan kepala pikir lagi. 

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Tak akan pernah berhenti meminta dariNYA. 

Jazakallah.





Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Saturday, 5 January 2013

Honda Civic EK

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kepada peminat dan pencinta tegar kereta keluaran Honda, terutamanya Honda Civic EK kat sini abg long nak habaq mai kat angpa semua. Ada selai kereta Honda Civic EK yang hendak abg long hayun (jual). 

Body dia masih gilos mantap. Kalau nak dibanding dengan body Neelofa tu abg long kira sama padan kot...HaHaHa... Enjin kereta Honda Civic EK memang gila meletop. Fuhhhhh....memang mengiurkan la mata yang memandang.

Sedikit fakta menarik tentang beliau.
  • Kereta Honda Civic EK B16a manual EJ6
  • Bodypart original EK (palsu2 abg long tak main...HiHiHi)
  • Depan belakang conplete lampu stanley
  • Seat Bucket (mantap siot)
  • Rim Enkie RS two piece origanal Japan (jauh siot mai dari Japan...nek belon ni...HiHihi)
  • Tayar 4 biji dijamin 95% berbunga
  • Ekzos twin loop dc2 original
  • Carpet integra
  • Gear short shift type R
  • Cam type R
  • Cermin depan virs 2000
  • Adjuster absober EK9





Untuk buyer Kelantan dan Terengganu sahaja sebab kereta ni ada kat KB. Yang tinggal jauh nun di Asmterdam jika berminat boleh juga contact abg long tapi kos pergi balik angpa untuk tengok kereta ni adalah tanggungan secara sendirian berhad. Setakat nak belanja makan minum in shaa Allah abg long cuba usahakan.

Harga buka RM38.5k. Boleh runding lagi. Tapi setakat yang abg long termampu la....Nak banyak-banyak memang tak daya la. Nanti tak lepaih pula abg long nak beli beras, susu, gula untuk rakyat jelata.

Hanya buyer yang betul berminat sahaja abg long layan. Setakat nak berkenalan dengan abg long buang karan ja....HaHaHa....Untuk urusan dan pertanyaan lanjut (walaupun abg long bukan kaunter pertanyaan) angpa boleh pukul no telepon tak bebas tol abg long di talian 019-2038292. SMS atau watsapp tidak akan dilayan kerana jejari abg long luka dilukai, jadi tak boleh nak text bagai. Kepada sahabat yang berminat dengan abg long kereta yang nak jual ni boleh la calling2 me.

Talian dibuka dari jam 8:00am - 12:00pm waktu Malaysia. 

Jazakallah fiikum.



___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

Tuesday, 7 August 2012

Kambing Cun [dot] Com

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebetuinya tajuk kat atas tu abg long main redah jer. Tak taw nak taruk mende alah apa. Otak seakan beku nak pikiaq sbb cuaca sejuk yg melanda. Ujan turun dari pagi bawa ke malam. Tanda rahmat dari Tuhan bersempena sambutan meraikan Nuzul Al-quran. 

Abg long bukan nak cite pasal Nuzul Quran mahupun cuti kat entri ni. Yang tu nnt abg long post kat entri lain yer. Kali ni abg long nak story morry pasal kambing. Angpa kenai makhluk  bernama kambing ni? Law angpa tak kenai ada eloknya angpa hempok kepala angpa kat perut mak angpa biar mak angpa hempok pula kepala angpa dgn lesung batu pusaka arwah nenek angpa...hahaha.....


Angpa taw tak yg kambing ni byk suku kaum? Ada bani kambing susu, bani kambing janapari, bani kambing boe dan byk la lagi nya. Kalau angpa nak taw lebih lanjut psl bani2 kambing ni elok rasanya angpa tanya incik google. Abg long malas nak karang pepanjang. Tapi dalam banyak2 kambing, kambing kampung paling best. Kenapa? Sbb nama dia kambing kampung la kot, bebas dari pencemaran udara dan bebas dari gejala sosial. Kambing kampung la katakan, lemah lembut serta bersopan santun bagai....hahaha....langsung takdak kaitan kan? Lantak la, cite abg long, abg long punya suka la...kuikuikui.....Angpa duk diam2 baca entri ni sampai abis dah la. Nak komen/komplen/kritik boleh conteng kat bwh sana, tak payah nak mengomel dalam hati na. Takut nnt angpa mengidap barah hati plak....ahaks3....Naauzubillah....^^

Abg long nak cite pasal kambing yg Pakcik Din (bukan nama samaran) ni bela. Ramai kambing dia. Berkoyan-koyan. Macam2 kambing ada. Tapi yg paling banyak kambing kampung la. Biri2 pun ada. Mengikut kata beliau, sudah lama beliau berkecimpung dalam bidang ternak menternak ni. Sebelum bela kambing, beliau bawa teksi sesudah tamat berkhidmat dalam tentera. Atas sbb ekonomi negara yg rancak meningkat maka ramai la rakyat Malaysia yg mampu beli kereta dan tak hingin lagi lagi naik teksi beliau. Jadinya, beliau pun tukar la profesion jadi pengembala kambing pula. Al-kisahnyaaaaaaaaaaaaaa......^^





Mengikut beliau, 2 hektar tanah diperuntukan utk kambing2 dan biri2 beliau lepak dan merayau cari makan. keluasan tanah amat perlu utk memberi keselesaan dan kegembiraan kepada haiwan peliharaan beliau bermain polisentri, nyorok2 serta permainan yg bdk2 zaman skrg x reti nak main. Walaupun kambing2 beliau tdk reti main permainan PSP, Java Games & sebagainya mcm bebudak skrg main tapi kambing2 beliau tetap awesome coz boleh tepek muka kat blog abg long ni ha...hahaha....

Dalam pada itu, beliau juga menanam pelbagai spesis pokok buah-buahan....Nak taw pokok apa, angpa terjah la gambaq kat bawah na. Malas la abg long nk taip pepanjang...hihhihi...




Dipendekkan cerita la kan, kepada angpa yg berminat atau memerlukan kambing boleh la cuba mencontact Pakcik Din yg ensem ini. Kat bawah ni antara khidmat yg akan beliau cuba berikan pada sesiapa yg berminat.
1. Kambing dan biri2 untuk aqiqah dan korban
2. Daging kambing segar dari ladang untuk restoran/hotel
3. Baja Organik tahi kambing bulat2
4. Belulang (apa benda ntah ni)
5. Bulu biri2 ( coming soon)
Kepada sesape yang berminat boleh lah (bkn boleh blah) hubungi talian tak bebas tol beliau di 019-9712530 [En.Kamaludin]

- Ramai2 kambing kat sana, yg ni paling ensem dan awesome..hahaha..knp? tak percaya?
NotaDiari:
Angpa boleh buat temujanji utk terjah ladang ternakkan kambing beliau. Permintaan berdasarkan bekalan yg ada. Nak lagi bestan angpa boleh terjah masa musim buah-buahan. Syok dapat makan buah segar dari ladang. Angpa petik dan makan la sepuaih hati angpa selagi perut angpa mampu utk menampungnya.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” 
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sunday, 20 May 2012

4R | Apa Yang Istimewa?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebetulnya dah lama abg long nak menempel entri ini kat blog abg long. Tapi, atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan terpaksa la abg long hold kan dia kat draf dulu. Nah, hari ini abg long publishkan buat tatapan sahabat2 dan penyinggah blog DIARI SEORANG LELAKI ini. Abg long harap makcik2 dalam gambar ni kembang kempis lobang idungnya bilamana mengetahui cerita tentang mereka ada dalam blog abg long yang maha sedap ini (sesedap kuih muih bikinan makcik2 juga...hihihi...terbaekkkkk!!)

Abg long saja war2 kan iklan kuih segera ni kat sini. Mana la tau kan kot2 dapat membantu usaha murni makcik2 yang ada dalam gambar ni. Siapa lagi nak tolong orang melayu kalau bukan melayu kan? Bangsa lain sibuk tolong bangsa mereka, tapi orang kita (melayu) kebanyakkannya galak menjahanamkan bangsa. Ekoran dari itu, abg long nak la tolong makcik2 ini setakat yang abg long terdaya. Satu sen pun abg long tak amik upah. Kira kerja amal la ni. Sesungguhnya, niat yang baik akan di balas dengan kebaikkan. InsyaAllah.

Sejarah kuih segera 4R?
Tertubuhnya bisnes ini adalah hasil dari inisiatif kerajaan 1Malaysia melalui RISDA yang mana objektif penubuhannya adalah bertujuan untuk meningkatkan sumber pendapatan dan taraf hidup orang melayu di kawasan2 kampung. 


Untuk menjayakan hasrat murni ini RISDA telah membantu dari segi sumber kewangan, logistik, kepakaran serta pengkongsian ilmu melalui khusus2 dan bengkel2 yang diadakan. Nama 4R adalah gabungan pangkal huruf nama mereka yang bermula dengan huruf 'R'. Manakala nombor 4 pula membawa maksud kerjasama antara mereka berempat.


So, itu adalah serba sedikit sejarah penubuhan kuih segera 4R ini.


Antara sijil pengiktirafan dari badan2 kerajaan terhadap usaha gigih mereka
Menurut puan Rafe'ah selaku leader bagi program ini, antara kuih segera yang disediakan oleh rangkaian Kuih Segera 4R ialah Sardin Gulung, Karipap Inti Sardin, Karipap Inti Kentang, Roti Canai Segera dan banyak lagi.


Menurut beliau lagi, inti ikan sardin keluaran 4R adalah menggunakan ikan sardin yang segar serta dimasak dengan ramuan rahsia. Beliau menegaskan bahawa inti sardin yang dimasa tidak di campur dengan sardin yang terdapat di dalam tin.




Kebersihan kawasan dan penghasilan produk amat dititikberatkan. Ini bagi memastikan produk yang terhasil adalah yang terbaik. 




Bagi pasaran di kedai2 kat kawasan sekitar, mereka akan memasukkan kuih2 tersebut ke
dalam plastik bercover (oren), manakala untuk pemborong mereka hanya menggunakan plastik lutsinar. Plastik yang digunakan adalah dari bahan yang selamat dan tahan lasak. 



Puan Rafe'ah memberitahu bahawa mereka berempat akan dihantar berkhusus setiap masa secara bergilir2 oleh pengurusan RISDA bagi meningkatkan kemahiran membuat kuih, pengurusan kewangan dan juga pemasaran. Menurut beliau lagi, pemborong utama bagi produk mereka ialah seorang peniaga dari negeri Selangor. Manakala selebihnya adalah untuk pasaran di dalam negeri.








Kuih segera yang dihasilkan memang sedap dan lazat. Penghasilannya ibarat seperti ingin dinikmati oleh diri sendiri dan bukan untuk dijual. Kalaulah setiap pengeluar produk menghasilkan produk mereka seperti ini bermakna penggunalah yang dapat keuntungannya.


Kepada sesiapa yang ingin merasai kesedapan kuih segera keluaran 4R ini serta menjadi pemborong bolehlah pukul no telefon 012-6252428 (Puan Rafe'ah) untuk keterangan lanjut atau terjah sendiri tempat penghasilan produk seperti yang tertera pada papan kenyataan di atas sana.


"Mencari yang HALAL itu adalah WAJIB bagi orang Islam"

Friday, 4 May 2012

HOSTEL RAUDHAH | Penginapan Pelajar [Politeknik Kota Bharu]

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 


HOSTEL RAUDHAH|Penginapan Pelajar [Politeknik Kota Bharu]




Kemudahan yang disediakan:


• Katil dan Tilam : Setiap Individu
• Almari Besi Berkunci : Setiap Individu
• Kemudahan Asas Yang lain :3 bilik, Kipas Siling (di ruang tamu, dapur dan di setiap bilik ), 2 Bilik Air, Ruang Solat, Ruang Study, Ruang Memasak, Dapur Memasak, Tong Gas, Hilter, Peti Ais, Mesin Basuh, Television, Rak pinggan, Rak Kasut, Meja Tulis, Meja Makan & Ampaian Pakaian, Rice Cooker
• Berdekatan dengan Politeknik, Kolej Komuniti, Klinik, Kedai Buku, Kedai Makan, Kedai Runcit, Pasaraya Econjaya, Stesen Minyak Esso (Jarak 100 Meter dari Kampus Politeknik Kota Bharu)
• Laman Berpagar dan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.
• Kawasan Komuniti Yang Harmoni




*****************************************************************

Bayaran sewa yang dikenakan: [ RM550.00 semester ]
• Sewa : RM500.00 satu semester
• Hemat Diri : RM 50.00 sekali sahaja sepanjang tempoh menginap di hostel dan akan dikembalikan setelah tamat semester bergantung kepada kerosakkan/kehilangan kemudahan yang diberikan.




*****************************************************************


**TERHAD KEPADA 10 PELAJAR SAHAJA**


Pat Pat Siku Lipat
Siapa Cepat Dia Dapat


Yang berminat sila pukul no. hanphone ini : 019-2038292 [En.Amir]

Atau

Datang dan lihat sendiri kemudahan fasiliti di alamat:
PT 1647, Taman Desa Permai, Kampung Kok Lanas, 16450 Kok Lanas, Kelantan.

"KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"
















____________________________
Sahabat mungkin juga suka baca:

Tuesday, 24 April 2012

Perniagaan Satu Ibadah | Hostel Raudhah


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ramai dikalangan kengkawan yang duk berbahas pasal gaji baru yang bakal masuk dalam akaun lagi dua hari. Macam2 komentar yang dibalingkan kat wall pesbuk, twitter, tagged, blog serta laman sesawang yang sewaktu dengannya....kecoh...hangat...hangit.....mereka berdiskusi. Pendek kata, isu gaji ni berada pada carta paling top buat masa ni. Ada yang berdiskusi hot bagai.....tak kurang juga yang suam2 kuku. 

Aku pun turut teruja sama.....hihihi....Biasa la kan, dah keje mesti la nak gaji. Mana ada orang kerja free2. Nak masuk toilet pun pakai money...No money apa pun tak menjadi.....betul tak apa aku kata ni?? Baru sekejap duk skodeng slip gaji sendiri kat laman sesawang e-gaji. Usya tengok angka yang melepak kat situ.  Tak dapat tunggakan juta2 cukup la dapat ribu2. Hmmmmm....ok la tu kot dengan apa yang aku dapat, bersyukur apa adanya. Tapi ramai juga yang macam tak puas hati dengan apa yang diperolehi. Tersalah congak barangkali. Tak apa lah kawan, dah itu je rezeki terimalah dengan redha hati. 

Aku sebetulnya tak tahu nak conteng apa untuk santapan minda siaran kali ini. Mata dah kelat, Otak dah ketat. Tapi, demi kengkawan nak juga la aku berkongsi apa yang aku ada, apa yang aku punya. Hidup di zaman sekarang kadang2 buat kita tak pernah berdada lapang. Tak pandai mengambil peluang kita akan ketinggalan. Apa kata kawan2 libat kan diri dalam perniagaan. Tak kisah la berniaga apa barang, janji halal dan tidak  haram. Bukankah rezeki dari berniaga tu 9/10, bukan aku yang cakap tapi semua tu ada dalam Al-quran. Nabi Muhammad SAW pun ahli perniagaan. Cuma kita sahaja tak mahu buat jadi ikutan. Lebih suka kerja makan gaji dari menghadapi risiko rugi. Kawan, mana ada berniaga tak rugi. Cuba belajar dari orang Cina berniaga, Walaupun kedai tak laku mana tapi mereka tak akan closes perniagaan macam tu sahaja. Mereka ada target dan juga matlamat, tak macam bangsa Melayu kita.....asal tak maju sikit mula la berputus asa. Sikap phD orang kita juga menebal dalam kepala, sebab tu orang kalau berniaga kebanyakkannya tak sampai ke mana.

Nak berniaga ni tak semestinya perlu modal berjuta. Cuba tanya abang2 yang jual air kat pasar malam atau tepi jalan, berapa modal mereka. Tapi untung mereka berlipat kali ganda. Nak berniaga ni jujur dan ikhlas perlu ada. Jujur dan ikhlas bukan dalam bercinta semata, dalam berniaga pun sama. Nak pula kita ni Melayu  yang Islam, jadi kena la ikut hukum2 agama dalam berniaga. Itu salah satu sebab kalau nak berjaya dalam berniaga. Jujur dengan diri, jujur dengan pelanggan. Ikhlas dengan diri, ikhlas dengan pelanggan. Barulah perniagaan mendapat berkat dari Tuhan sekalian alam.

Lokasi perniagaan juga memainkan peranan. Kena pandai memilih barulah hati tak berkalih walau dugaan-cabaran datang bersilih. 

Malas la aku nak merapu, meraban....meroyan pepanjang. Aku tahu u all pun dah tau teori2 tentang perniagaan. Cuma kat sini aku nak kongsi dengan u all semua tentang pengalaman aku. Kalau u all nak tahu lebih lanjut boleh jer bertanya. Bukan aku kenakan cas perkhidmatan pun. Kita kan kawan, kenapa perlu aku ambil kesempatan. Orang lama2 selalu berpesan, "Malu bertanya sesat jalan" (dh taw sesat jalan tak pandai2 ke nak balik ke pangkal jalan??...hihihi..).

- Hostel Raudhah lama-Dalam proses pengubahsuaian
HOSTEL RAUDHAH (ada kawan2 yg dah taw pasal Hostel Raudhah ni...tapi tak kisah la kan korang kena baca lagi tentang ini.....u ar my freinds kan.....hihihi....) Bizz ni sebelumnya aku buat suka2....tapi tak tau pula boleh bagi aku site income yg boleh dikatakan lumayan la juga. Tak ada la sampai boleh jadi millionair tapi orang kata boleh la buat beli susu dengan gula. Idea ni aku dapat masa aku pergi hantar adik aku futher study kat Kolej Komuniti Putra, Segamat. Masa hantar dia kat hostel penginapan aku dapat idea ni, masa ni aku baru je beli rumah dan tak tahu nak buat apa dengan rumah aku tu. Nak duduk aku pula merantau kat JB. Dari biar rumah tu kosong baik aku sewakan. Tapi, kalau bagi sewa family atau orang perseorangan tentu sahaja harga dia rendah dan murah. Kalau aku buat hostel dan quest house lagi masyuk. Masa tu la otak aku memecut buat kira wang negara....hahaha....Time tu aku tengok hostel adik aku punya la meriah (dah macam ikan sardin pula aku tengok tempat diorang tinggal).  Satu level di tempatkan 10 katil double decker, bermakna muat 20 penghuni. Satu kepala kena bayar RM650. Cuba korang darab dengan 20 kepala, berapa angka keluar. Itu untuk satu semester sahaja. Bermakna, kalau tolak bayaran hutang bank pun fulus untuk duit kopi masih lebat lagi dalam poket. Duit bayaran ansurans bank dah settle, dapat lagi duit kopi untuk buat belanja bulan2. Tak ke sedap hidup. Tapi macam aku bagitau tadi la, lokasi kena la cun.

-  Hostel Rauhdah berwajah baru
Alhamdulillah la, coz rumah yang aku dah beli tu terletak beberapa kangkang dinasour sahaja dari pusat pengajian tinggi Politeknik KB. (nak buat hostel penginapan kena la dekat dengan student baru tak pening kepala nanti). Selain dekat dengan pusat pengajian diorang, aku juga bagi service baik punya. Pendek kata, kalau ada masalah je berkaitan dengan hostel tu sepantas gaban ia akan disettlekan. Walaupun aku beribu batu nautika jauhnya tapi aku tak risau sebab aku dah 'sediakan payung sebelum hujan' (nak taw macamana korang kena la bertanya....kihkihkih....). Selain service aku yang konon2 best, aku juga menyediakan kemudahan2 yang cun untuk penghuni2 Hostel Raudhah agar mereka dapat keselesaan, sesuai la dengan motto aku "KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI". Harga yuran penginapan juga berpatutan, mereka student jadi kena la bertimbang rasa (aku dulu student juga...jadi aku taw pahit, kelat, masin, manis hidup sebagai siswa ni). Dalam perniagaan ni perlu ada strategi, nak pula kalau ada persaingan. Biar harga rendah dan murah, yang penting pelanggan sentiasa ada dan tak putus, biar mereka setia dengan kita. Itu yang aku amalkan. Alhamdulillah, dah masuk tahun ke-3 sekarang ni. Tidak pernah ada masalah dari segi ketiadaan penghuni. Kekadang tu aku pula mengalami 'Dizziness Flies' coz banyak yang nak masuk sedangkan tempat adalah terhad.

Jadi, bagi aku, peluang itu kat mana2 sentiasa ada. Cuma tinggal bagai mana kita merebut peluang yang dah tersedia. Macam aku cakap awal2 tadi la. Hidup zaman sekarang ni, peluang tidak pernah memberi kita ruang untuk berdada lapang. Siapa lambat merebut peluang dia kan ketinggalan.

Antara kemudahan2 yang tersedia di HOSTEL RAUDHAH.

- Ampaian. Penting untuk menjemur apa2 yg patut dan apa2 yg tak patut...hihihi
- Televisyen untuk berhibur setelah ketat otak mengadap buku2 dan nota2
- Papan pengosok supaya pergi kelas tak ada yang pakai baju kedut2
- Meja jepun. Boleh dijadikan meja study atau meja untuk letak laptop...buat meja makan pun boleh....kihkihkih 
- Katil dan tilam untuk rehatkan badan dan otak...tempat beradu
- Sudut pandang bilik yang lain
- Kawasan dapur untuk aktiviti masak memasak. kebiasaannya maggi yg selalu dijadikan mangsa. betul tak?

Ni semua gambar2 sebelum HR start beroperasi. Sekarang ni dah banyak perubahan dan kemudahan ayng telah aku sediakan. Aku ingat buka untuk semester akan datang aku nak masuk kan wifi pula.

Ok la kot untuk kali ini. Lain kali aku share lagi. Kalau u all ada pertanyaan or ada idea nak kongsi bersama boleh la komen atau emel kat aku. InsyaAllah, aku akan balas. Tak cepat, lambat sikit aku balas. Al-maklum, banyak komitmen la katakan (konon2 busy punya orang...ahaks3....kuikuikui...)

Selamat malam dan selamat beramal....Assalamualaikum.
_________________________
Anda mungkin juga berminat:


HOSTEL RAUHDAH | Penginapan Pelajar

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.