Rezeki ni kan, bila2 masa Allah nak tarik Dia boleh tarik.....bila2 masa Dia nak bagi, Dia akan bagi pada kita hambaNYA tanpa banyak songeh tanpa banyak bicara.....tak macam kita, time nak ke Dia je kita bersungguh2 mengadap Dia....sujud dan tadah tangan beria-ria bagai apa......Kita acapkali lupa Dia, tapi Dia sedikit pun tak melupakan kita. Sentiasa ada untuk kita.....sentiasa mendengar rintihan dan keluh kesah kita.....cuma kita jer kekadang tu leka....lupa dan alpa tetang kewujudanNYA.
Tadi dapat panggilan dari student Politeknik Kota Bharu. Diorg nak booking Hostel Raudhah untuk next semester. Memula tu kompius juga......maklum la kan, semester baru je buka......tak kan dah ada yang book untuk next semester.....Cuak juga memula terima panggilan tadi. Bila student poli tu bagitau apa yang patut aku tau, lapang sikit fikiran.....Syukur, rezeki Hostel Raudhah tak penah putus. Belum lagi Dia hijab rezeki untuk aku yang satu ni...Alhamdulillah..
Aku memang begitu.....suka membuat pesepsi awal dengan sesuatu yang negatif. Jarang sekali aku nak menerima sesuatu berita itu dengan nilaian positif. Nampak gayanye lepas ni aku kena lebih kritis la kot.....
Sebetulnya Hostel Raudhah ni biasa2 jer. Takde pun yang istimewa. Selain kemudahan yang tersedia ada......service kena juga cemerlang. Aku jika ada apa2 masalah berkenaan dengan Hostel Raudhah, cepat2 aku kasi settle. Walaupun aku jauh.....aku usahakan juga agar masalah penghuni dapat dimaksimumkan. Kalau tak boleh settle on the spot, berterus terang dengan penghuni. Baru diorang tak kelam kelibut. Lagi satu.....sebolehnya gaps antara penghuni dengan owner jangan menjarak sangat. Buat seperti kawan2. Supaya senang nak berurusan. Tapi jangan sampai hubungan baik tu nanti diorg amik kesempatan....berpada2 dalam perhubungan...
Untuk semester ni pun dah banyak juga penambahbaikan di Hostel Raudhah yang telah aku lakukan....antaranya ganti tv lama dengan tv led 32" Philips.....cadar tilam yang comei berwarna warni dan juga papan pengosok....Atap rumah juga aku dah ganti baru....Semua ni semata-mata untuk patuh pada tagline Hostel Raudhah "Keselesaan anda keutamaan kami"....Aku pun bab2 bayaran sewa ni tak berkira mana pun dengan student2 ni. Aku dulu pun pernah bergelar student.....memang azab sikit la sesape yang hanya bergantung harap pada PTPTN semata.....Jadi, pengalaman pernah bergelar mahasiswa dulu2 menjadi pemangkin untuk aku lebih toleransi dengan student2 yang menghuni Hostel raudhah..
Bila kita buat baik dengan orang, orang pun segan nak buat tak baik pada kita....betul tak?? Tapi, jika dia nak buat tak baik pada kita itu dah ketentuan dari Dia. Hanya mampu berusaha dan berdoa.
Well....untuk penghuni Hostel Raudhah next semester aku dah tak payah nak sakit2 kan kepala pikir lagi.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Tak akan pernah berhenti meminta dariNYA.
Jazakallah.
Well....untuk penghuni Hostel Raudhah next semester aku dah tak payah nak sakit2 kan kepala pikir lagi.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Tak akan pernah berhenti meminta dariNYA.
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.