بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Semak!! Semak!! Semak!! Aduhaiiiiiiiiiii.....Apa punya malang ntah. Ini betul2 April fool punya cerita. Lahanat punya anjing, tak pasal2 kasut sukan abg long kena samak. Punya la bersepah toilet kat sekolah abg long, tengah padang juga tempat dia nak melepaskan niat. Langsung tak ada amalan ke-5 prinsip rukun negara.
Dah la abg long tinggal kat kotaraya metropolitan JB. Kan dah menyusahkan abg long nak cari tanah yang best untuk menyamak kasut abg long. Bikin semak jer rasa tang pala time tu. Rasa nak je abg long santau bontot anjing yang dah mentaikkan kasut abg long....Tuan punya anjing pun sama gak, tak ada kesedaran sivik. Nak membela binatang sangat, tapi serabai biarkan haiwan peliharaan berfoya2-melilau tak tentu hala. Kan dah menyusahkan abg long.
Nak tak nak terpaksa la abg long merempit ke kampung tercinta bagi mendapatkan bantuan. Tak kan nak membangkulsampahkan lagi kasut. Lunyai la kad debit abg long kalau asyik duk pakai buang kasut. Masuk ni dah kali ke-3 terpijak najis haram ni. Apa punyai nasib daaaaaaaa!!
Well, inilah 1st time yang pertama abg long mempraktilkan ilmu agama bab samak menyamak (sertu) ni. Tapi, yang sebetulnya abg long banyak jadi tukang tengok je la. Sambil2 tu jadi camera man. Tukang samak abg long serahkan pada orang tua abg long. Maklum la kan, kita orang muda ni kena lah dahulukan orang2 lama macam ibu bapa kita. Itu tanda hormatnya abg long terhadap orang2 yang 'makan garam dulu'....hihihi!!...poyo je ayat kan?
Hangpa tau tak macam mana nak samak ni? kalau tak tahu meh sini abg long nak story. Caranya mudah saja. Tak susah mana pun. Bergantung pada hangpa, sama ada geli atau tidak je. Maklum la kan, najis tu kan haram. Pastu pula kena jirus ngan air selut (tanah). Kalau spesis hangpa yang geli gelemannya tahap dewa memang hancus la.
Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Muqallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak), bau dan rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut.
- kehenseman beliau sebelum di sertu |
- Di jirus dengan air selut (tanah) sekali dan di gosok
|
- Berselut
*masa ni orang tua abg long guna sabut nyioq untuk gosok kasut tu
|
- Dah tak hensem..huhuhu!!! |
- Kalau hangpa la kan, rasa nak sarung lagi tak kasut cenggini? |
- Di jirus dengan air mutlak sebanyak 6 kali |
- Inilah rupa terkini kasut abg long selepas di sertu.
Masa ni tengah tunggu nak dibasuh dengan BERSIH.
|
Nota:
Islam adalah agama yang memberikan keselamatan kepada umatnya dalam semua amalan ibadah. Setiap perkara yang diwajibkan atau diperintahkan Allah ada tujuan dan maslahahnya. Sertu adalah merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan kuman-kuman (virus-virus) yang terdapat daripada anjing dan babi yang sudah terbukti dapat membahayakan manusia. Wajib dibersihkan kepada pakaian, kenderaan atau tubuh yang terkena najis anjing dan babi. Begitu juga dengan orang yang tersentuh barang yang diperbuat daripada kulit babi dan wajib dibersihkan dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.