بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Banyak orang banyak la ragam. Tapi, kalau ragam yang memberi kebaikkan tiadalah hendak di pertikaian. Yang sadisnya jika banyak ragam tu bikin menyusahkan orang. Cuba kita lihat sekeliling kita, berapa kerat sangat yang betul2 boleh beri kita senang lenang. Selebihnya ramai yang bisa buat hidup kita tunggang-langgang dan mengalami sindrom keketatan.
Ini adalah realiti kehidupan zaman penuh dengan cabaran. Engkau lemah, engkau akan ditindas. Engkau pelan, engkau akan ketinggalan. Zaman sekarang jarang boleh kita berdada lapang. Zaman sekarang orang sibuk berebut peluang. Pijak memijak dah menjadi budaya dan asam garam kehidupan.
Orang kita sekarang semuanya nak hidup mudah dan senang. Dalam bab mencari rezeki tiada lagi dah hukum halal haram. Yang penting 'aku' senang....kesusahan dan kepayahan orang lain kita mana nak amik endah. Ada lagi ke yang nak kisah? Kita langsung tak pikir, hitam atau putih duit makan family....anak serta isteri yang kita beri.
'Orang kita' dah semakin menipis pertimbangan dalam setiap tindakan. Perikebinatangan menjadi kitab rujukan terkini hidup sebagai manusiawi. Ini adalah realiti...Ini hakikat yang harus kita persetujui. Kita boleh lihat kepincangan ini andai kita tidak buta mata hati.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.