بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Terima Kasih Cikgu!!
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Cool kan gambaq kartun ni? |
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi abg long ilham, idea, ruang dan peluang untuk menconteng di blog yang tak semegahnya ini.
Tanggal 16 Mei, tarikh untuk menghargai jasa bakti para guru yang berkorban masa, jiwa dan segala.....demi merenjis ilmu tanpa jemu buat anak bangsa yang dikasihi selalu. Pada tarikh tersebut maka gempitalah seantero alam dengan ucapan berterima kasih kepada Sang Guru. Tapi, perlukah hanya tarikh2 dan hari2 tertentu untuk kita menghargai jasa guru? Perlukah kita hanya menunggu tarikh 16 Mei untuk kita menzahirkan rasa berterima kasih kita kepada cikgu? Bukankah guru2 merupakan ibu bapa ke-2 setelah ibu bapa kandung kita? Insan yang perlu kita hormati dan hargai jasanya. Jadi, apa perlu kita meraikan mereka dengan hari2 tertentu sahaja?....tepuk dada tanya minda
Dulu...masa abg long jadi murid dan pelajar, abg long tengok kerjaya cikgu cukup cool dan mudah. Itu dulu.....masa abg long belum kenal makna hidup. Tapi, semenjak abg long bergelumang dalam profesion keguruan ini baru abg long sedar betapa langit itu tidak rendah.
Orang luar tidak faham peranan guru. Masih didendang kerja guru ini senang. Abg long tidak menyalahkan khalayak dengan anggap tidak tepat mereka. Mereka tidak tahu hakikat sebenar. Dan mereka berhak untuk terus berpendapat sebegitu terhadap kerja guru.
Abg long rasa, cikgu2 ini tidak minta pun untuk disanjungi, mereka bukan meminta-minta untuk diri dihargai....tapi, cukup la sekadar tugas mereka difahami dan dimengerti.
Bagi abg long, kerja cikgu tiada had waktu. Tak cukup waktu bekerja disekolah, mereka sambung pula buat kerjanya dirumah. Cuba2 la skodeng guru2 kita yang kelat matanya, yang longlai tenaganya, yang ketat jemarinya disini, disini, disini dan juga disini. Intai2 la waktu kerja mereka. Sedang kita dan orang lain lena dibuai mimpi indah, tenaga guru kita masih lagi di kerah.
Guru Oh GuruBerburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Fahamkah khalayak dengan puisi otai kita ini? Atau sekadar buat penyedap halwa telinga tanpa kita tuntasi makna yang nyata?
Nota:
Hari Guru | Pelik Tapi Benar
Kekadang abg long terfikir, betapa canggungnya tingkah kita semua. 16 Mei Hari Guru. GURU menyambut hari GURU. Buat persiapan majlis hari GURU adalah guru-guru. Yang meraikan GURU adalah guru-guru. GURU menyambut Hari Guru....sambutan dibuat oleh GURU untuk guru...hanya GURU menghargai guru?? Macam majlis syok sendiri pula kan? Abg long hanya mampu tersenyum.........Y(^__^)Y -peace-
SELAMAT HARI GURU
sabo cikgu oiiiii....hihi
ReplyDeletesbb sabaq dan kerana cinta kan profesion ini la abg long msih mampu bertahan dgn tersenyum biarpun dunia memandang sepi tugas abg long ang ni ha dik non oiiiii
Delete