بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Alahai...gula ni rasa saja manis tapi merbahaya. Kalau orang yang manis macam abg long ni apa cerita pula?? Hihihi.... Berbalik pada topik asal, faktor penyebab ramai orang Malaysia jadi obese ialah budaya banyak makan dan minum yang manis. Betul tak? (abg long ada juga terbaca artikel tentang kesihatan yang mengatakan obesiti ni mungkin juga disebabkan oleh keturunan...elok la usya2 tgk family dia tlebih dahulu. sebolehnya cari yang slim melim yer....kihkihkih)
- SAKIT JANTUNG
- KENCING MANIS
- DARAH TINGGI
Kini, penyakit keempat yang melanda peminat makanan manis ialah PELUPA. Bila banyak lupa sedangkan masih muda, maka peluang peningkatan kerjaya menjadi SEMPIT. Bagaimana nak jadi produktif kalau ada banyak penyakit?
Nak beribadat lagilah susah. Duit banyak habis kat kedai ubat dan kepada jurujual supplement. Lambat laun banyak hutang tak tertunai.
Nasihat percuma dari abg long buat hangpa:
☆ Kurangkan gula
☆ Kurangkan makan
☆ Kurangkan minuman gas
☆ Elakkan Fast Food
☆ Kalau nampak Corn-Syrup pada label produk di pasaraya, cari produk alternatif.
☆ Jangan tertipu bahawa Minuman Fructose buah tanpa gula itu selamat. Ia tetap manis.
☆ Jangan anggap madu itu selamat, ia tetap manis dan harus diminum secara berhemah.
Untuk info lanjut hangpa boleh terjah SINI
Kurangkan manis dalam minuman, Lebihkan manis dalam senyuman |
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.