بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Abg long bukan apa, sekadar nak berkongsi. Tiada salah kita saling nasihat menasihati, Ingat mengingati. Bukankah amalan sedemikian tingkah yang baik lagi terpuji? "Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang berpesan2 untuk kebaikkan dan beramal soleh". Yang baik kita ambil sebagai pedoman, yang buruk kita jadikan sempadan tika kita menghayun derap langkah di pentas kehidupan yang dipinjamkan.
Sebagai seorang isteri, hangpa berperanan untuk menjadikan suami hangpa seorang anak yang soleh dan diredhai oleh ibu bapa kerana dengan redha merekalah, Allah akan meredhai kehidupan suami hangpa malahan kehidupan hangpa juga. Walaupun suami hangpa tidak mempunyai tanggungjawab sepenuhnya kepada ibu bapanya, apalah salahnya jika hangpa benarkan SEBAIKNYA HANGPA SEBAGAI ISTERI, MENDORONG AGAR SUAMI HANGPA melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.
Walaupun suami hangpa perlu mengutamakan keperluan hangpa dan anak-anak, apalah salahnya jika hangpa berkongsi hasil pendapatan tersebut dengan ibu bapa mertua sekiranya mereka memang tidak berkemampuan. Rezeki yang sedikit, jika dikongsi dengan setulus hati akan berkat dan tidak akan habis, insyaAllah.
Perlu diketahui, membantu ibu bapa dengan seikhlas hati walaupun dengan sedikit cuma, Allah akan memberkati rezeki kita. Kalau ibu bapa mertua nyata dah mampu untuk keperluan dan perlukan hasil pendapatan suami untuk kemewahan, memanglah tidak perlu disokong.
Jadi, kalau hangpa mampu melakukan ini bermakna hangpa telah mendorong suami hangpa ke syurga. Ini bermakna, hangpa juga berpeluang untuk mengekorinya. Pilihlah jalan yang terbaik....kehidupan yang terbaik dan syurga yang sememangnya terbaik.
Untuk bacaan lanjut hangpa boleh terjah SINI
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.