Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 24 May 2012

Pendengki nya orang Melayu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani:

“Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu kepada apa yang telah diberikan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa dengki? Jika kamu dengkikan dia kerana bimbangkan bahagian kamu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah diberikan kepada kamu, tidak akan lesap ke tangan orang lain.”


Pada hakikatnya dengki ialah rasa kurang senang seseorang terhadap kelebihan yang dinikmati oleh orang lain. Seseorang yang jiwanya dikuasai sifat ini, sanggup berusaha untuk memusnahkan dan menghancurkan  kebahagiaan serta kegembiraan yang dinikmati oleh saudara mara, sahabat ataupun jiran.

Sejarah bangsa Melayu banyak membuktikan hasad dengki sesama sendiri sentiasa berputik. Dalam sejarah Islam juga membuktikan bahawa hasad dengki dan iri hati itu membawa kepada kejadian pembunuhan pertama dalam peradaban manusia.

Dalam teks Sejarah Melayu memaparkan perjanjian di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Perjanjian itu untuk mengelakkan permusuhan serta zalim-menzalimi antara pihak istana dengan rakyat keseluruhannya.

Bagaimanapun perjanjian itu tidak dituruti hingga membawa kemusnahan kepada kerajaan dan kerugian terhadap rakyat. Bermacam-macam peristiwa digambarkan dengan jelas mengenai kezaliman, hasad dengki, dendam dan fitnah oleh golongan tertentu yang membawa kerugian rakyat dan kerajaan.

Golongan yang berasa iri hati di atas kerajaan, kebolehan, dan kepintaran orang lain telah berusaha memfitnahkan agar mereka disanjungi oleh raja kerana kepintarannya, menerima hukuman bunuh atau sesuatu tindakan.

Inilah Melayu bangsaku…

Dalam, ‘Peristiwa todak menyerang Singapura’, Sejarah Melayu menyebut:

Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya. Paduka Seri Maharaja kemudiannya telah menitahkan supaya rakyat berkubukan betis bagi mengelak serangan tersebut. Tindakan Paduka Seri Maharaja telah membawa korban kepada rakyat. Tindakan dan cadangan Paduka Seri Maharaja itu tidak dipersetujui oleh seorang budak yang kemudian mencadangkan rakyat berkubukan batang pisang. Kemudian banyak todak dapat dibunuh. TETAPI, kepintaran budak itu menimbulkan rasa iri hati dan cemburu di kalangan pembesar istana. Pembesar mengajukan kepada Seri Paduka Raja agar budak itu dibunuh sebagaimana disebuh: `Tuanku, budak ini terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya. Baiklah ia kita bunuh’. Pandangan pembesar diterima oleh Paduka Seri Maharaja. Budak yang dianggap pintar telah menerima nasib malang. Secara tidak langsung peristiwa itu menggambarkan wujudnya perasaan iri hati dan cemburu terhadap kepintaran dan kebolehan orang lain.

Sejarah Melayu juga menceritakan bagaimana iri hati, dengki dan fitnah menyebabkan puteriSang Rajuna Tapa menerusi cerita ‘Penyulaan anak Sang Rajuna Tapa’ dibunuh. 

Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya. Paduka Seri Maharaja kemudiannya telah menitahkan supaya rakyat berkubukan betis bagi mengelak serangan tersebut. Tindakan Paduka Seri Maharaja telah membawa korban kepada rakyat. Tindakan dan cadangan Paduka Seri Maharaja itu tidak dipersetujui oleh seorang budak yang kemudian mencadangkan rakyat berkubukan batang pisang. Kemudian banyak todak dapat dibunuh. TETAPI, kepintaran budak itu menimbulkan rasa iri hati dan cemburu di kalangan pembesar istana. Pembesar mengajukan kepada Seri Paduka Raja agar budak itu dibunuh sebagaimana disebuh: `Tuanku, budak ini terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya. Baiklah ia kita bunuh’. Pandangan pembesar diterima oleh Paduka Seri Maharaja. Budak yang dianggap pintar telah menerima nasib malang. Secara tidak langsung peristiwa itu menggambarkan wujudnya perasaan iri hati dan cemburu terhadap kepintaran dan kebolehan orang lain.

Kononnya ketika pemerintahan Raja Iskandar Syah anak Sang Rajuna Tapa ini seorang gadis yang cantik dan sangat dikasihi oleh baginda. Ini menyebabkan gundik-gundik lain iri hati dan memfitnah bahawa gadis itu berbuat jahat, menyebabkan raja murka dan memerintahkan gadis itu disula di hujung pasar. Tidakan itu menyebabkan Sang Rajuna Tapa marah dan berpaling tadah dengan membantu bala tentera Betara Majapahit menyerang Singapura.

Begitu juga dalam ‘Hikayat Hang Tuah’ yang kononnya difitnah oleh pembesar lain berbuat jahat dengan seorang dayang istana. Hanya kerana Hang Tuah setia kepada raja. Raja tanpa usul periksa menitahkan Seri Nara Diraja membunuh Hang Tuah.

Banyak lagi kisah-kisah Melayu yang berhasat dengki ini boleh kita perolehi sejak dulu hingga lah beberapa hari lalu. Antara lain anda boleh membaca cerita Si Kitul, Raja mendeliar, Nina Sura Dewana dan Tun Ali. Bacalah juga kisah mengenai Rampasan Kuasa Raja Pasai. Selain beberapa kisah dalam laman-laman blog internet.

Kebanyakan cerita ini mengisahkan bagaimana Melayu hidup dengan hasat dan dengki serta iri hati kepada kebolehan serta kejayaan seseorang. Gambaran terhadap unsur-unsur fitnah dan hasad dengki begitu ketara digambarkan dalam Sejarah Melayu. Golongan yang menimbulkan fitnah sengaja berbuat demikian untuk mencapai sesuatu matlamat. Di samping itu gambaran fitnah dan hasad dengki tersebut turut digambarkan secara tidak langsung yang mungkin berkait dengan rasa cemburu dan egoistik.

Hasad dengki satu sifat keji yang bahaya kepada diri dan masyarakat. la bermakna diri tidak senang apabila orang lain mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat itu luput. Akibat daripada hasat dengki ialah:

* Diri yang dikuasai oleh perasaan itu akan menderita hidupnya. Dia panjang angan-angan mencari jalan bagaimana kebaikan yang ada pada diri orang yang didengkinya itu akan dihilangkan dan dipindahkan kepada dirinya. Dalam mencari helah itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak, kurang selera makan dan hatinya sentiasa gelisah sehingga nikmat yang ada terlucut daripadanya.

* Orang yang hasad itu dimurkai Allah kerana dia tidak redha dengan ketentuan Allah terhadap diri seseorang. Dia memprotes Tuhan kerana memberikan nikmat dan kesenangan kepada orang lain, tidak kepada dirinya.

* Kerana sikapnya yang buruk itu, Allah menghapuskan pahala kebajikan yang pernah dilakukannya. Ini dapat difahami menerusi hadis Rasulullah SAW., maksudnya: “Hasad itu memakan pahala amal-amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

* Apabila seorang pemimpin mempunyai perasaan hasad dengki kepada pemimpin lain, ini akan menyebabkan perpecahan dan timbul komplot yang akibatnya akan melemahkan kekuatan ummah.

Hasad dengki itu sebenarnya berpunca daripada kelemahan manusia, iaitu sifat tidak mahu kurang daripada orang lain.

Jika rasa itu masih pada peringkat iri hati, dapat juga dibendung, tidak sampai disuarakan atau dilahirkan dalam tindakan. Sebaliknya, jika sudah membesar menjadi hasad dengki, sukar dikawal. Akhirnya padah menimpa, bukan saja orang yang didengki dan orang yang dengki, tetapi seluruh bangsa.

Bagi mangsa yang menjadi sasaran pendengki ini disarankan supaya bertenang dan teruskan saja usaha-usaha murni serta kehidupan. Hendaklah lebih bersopan santun selain berwaspada supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap dipasang oleh pendengki. Jangan pula dibalas, kecuali untuk mempertahankan diri daripada binasa.

Jika hendak balas pun perbuatan pendengki itu biarlah mengikut perpatah dan pesan orang tua-tua: “Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipukul jangan lekuk”

Kepada mereka yang selalu bersifat pendengki seperti ini, elok diberi peringatan bahawa ideologi pendengki yang mereka bawa itu akan memusnahkan agama di dalam bangsa sendiri.

kiriman emel: Emri El Wahab

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.