Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 17 May 2012

..::alahai....indah khabar dari rupa?::..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




kring! kring! kring! melalak telefon nokia 3310 kaler purple itu berbunyi. baru sudah tahiyat akhir. tengok tang skrin tertera nama bonda tercinta. 

"Assalamualaikum" kedengaran suara tua dihujung talian.

"wa'alaikumusalam.....mak sihat?" tanya aku.

"Alhamdulillah, sihat. along tengah buat apa? dah makan?" tanya si ibu

"alhamdulillah, dah makan tadi. baru je sudah solat" jawab ku

"tadi mak tengok berita kat tv. mak dengar depa cakap cikgu2 dinaikkan pangkat. 1 jun nanti anak mak naik pangkat ye? lepas ni anak mak jadi guru besar ke? mesti gaji anak mak besar lepas ni kan?" bicara si ibu penuh excited.

"mana ada mak. itu bukan naik pangkat. itu kenaikkan gred. bila dah lama berkhidmat maka gred gaji akan berganjak ke satu tahap. kenaikkan ni berdasarkan tempoh perkhidmatan mak. orang yang dah lama berkhidmat akan naik la gred mereka" terang aku panjang lebar supaya si ibu faham dan cerah mindanya.

"Oooooo....awat depa kata naik pangkat? mak ingat kan along betul2 dapat naik pangkat tadi. Kalau naik pangkat mesti gaji besar. kalau betul2 tadi mak ingat nak suruh along belikan mak peti ais baru, peti ais yang lama tu dah banyak kali rosak. abah hang pi repair dah tapi sekejap je baik, lepas tu dia rosak balik" terang si ibu dengan nada sedikit terkilan.

"takpa la mak, cuti nanti along balik. nanti kita pi kedai, kita usya peti ais BESAR PUNYA...nanti macam2 mak boleh taruk dalam badan dia". kata ku memberi harapan.

"Tapi kenapa depa kata naik pangkat? kenapa tak kata naik gred ja? tv3 salah lapor atau TPM salah cakap? Mak ingat anak mak naik pangkat jadi guru besaq dah tadi...hihihi..." terdengar tawa halus dihujung talian

"hahaha...ntah la mak. depa tengah demam kuning kot, sebab tu cakap pun loklaq lagu tu" aku tersenyum. 

Aku sendiri pun kompius memula dengar khabar berita tentang ini tadi. kenaikkan pangkat ke naikkan gred? dari DG41 ke DG44 atau sebagainya itu namanya kenaikan gred. Memang la kenaikkan ini akan berlaku berdasarkan tempoh perkhidmatan. Sapa2 pun faham tentang ini. jadi, tang mana yang indahnya rupa seperti yang cuba di war2 kan kepada seisi dunia??

kalau la kenaikkan gred ini di maksudkan kenaikkan pangkat, bulan depan dah jadi guru besaq la pakcik...hihihi....terbaekkkkkkkkkkk!!


No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.