بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Hari ini sedikit ketaklaratan. Dari pagi tadi duk mengadap pomen repairkan Black Warrior abg long sampai bawa ke zohor. Sempat juga la abg long melelapkan mata barang sejam dua masa beliau tengah merepair. Tak tertahan beb dengan godaan tahap kemengangtukkan yang maha lazat. Alhamdulillah, akhirnya Black Warrior abg long berubah wajah....Tapi, tak ada la sampai bertukar menjadi gaban. Boeh tahan la dari yang sebelum ni tak boleh blah....Terasa cumey teramat sangat la pplak. Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh.....he lihat bertambah cumey rasa sayang nak jual eh.....Aduhaiiiiii....Cobaan betul la.
Tadi siang duk melanggut temankan si pomen repair kereta sampai tak sempat nak manja2kan perut ni dengan makanan yang berkhasiat. Lepas asar tadi rasa nyilu jer usus2 kat dalam. Malas nak kuar, abg long godek2 je apa yang ada kat dapur, yang ada maggi tom yam....cepat di masak sedap di makan. Apa pun boleh, janji kenyang...hihihi....kenyang ke? hmmm......kenyang la kot, 2 bungkus sekali harung. Selesa....hihihi!
Sambil2 layan Versus (ulangan) kat TV3 lipat kain baju yang dah berkurun tak berlipat. Sampai raga baju tu pun dah tak sudi nak terima bebanan lagi. Abg long ni bukan kedekut tau. Bukan tak nak amik bibik. Tapi, nak upah bibik selesaikan urusan hidup orang bujang ni pun masalah juga, ye la kan....abg long ni kan sweet. Nanti kan tak pasal2 beliau kejatuhan cinta yang maha dasat terhadap diri abg long pula. Naya engkau....Haru seluruh persatuan blogger kat Malaysia ni nanti.....Lebih baik macam gini aja la buat sementara. Ala....apa nak diherankan kan, ulat dalam batu pun boleh survive...kan? kan? kan? Betul tak?
Malam ni malas pula nak masak. Kejap lagi merempit ke Johor Jaya la kejap. Cuci mata sambil menjamu selera. Lagi pun bukan syok mana pun mengadap makanan sesowang ni. Macam kera duku kena demam kapialu je rasanya. Siang tadi dah seharian kat rumah, malam ni kena la kuar kan..kan..kan??. Kasi refresh sama serebrum. Lagipun, esok dah start kerja. Hmmmm.... Macam tak best je kan bila esok dah kerja. Hangpa makan apa malam ni? Jangan makan hati dah la yer......hihihi!
Ok la, abg long nak kacak2 kan diri dulu. Jap lagi nak kuar kutip hutang and melawat kawasan. Malam ni tak boleh lepak lelama kat luar. Banyak lagi kerja yang perlu abg long mesrai dan santuni. Lagipun, esok dah naik kerja.........huuuuwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
p/s: Bujang senang ke tak senang? Pe pendapat hangpa?
p/s: Bujang senang ke tak senang? Pe pendapat hangpa?
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.