بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Apa ke bangang dan bengongnya lelaki ini sampai bakar duit sebanyak itu. Kot ya pun stress, tak kan la sampai bakar duit. Banyak tu........tahu la dia banyak duit. Apa salahnya kalau stress bagai nak rak sekali pun, duit tu dia sedekahkan atau mendermakan saja duit dia yang berlambak-lambak tu kepada spesis2 yang memerlukan. Tak pun kasi je kat abg long yang sengkek ni. Macam ini punya orang pun ada kat planet bumi ni. Apa pun tak boleh....
Orang lain punya la susah payah nak mencari duit buat teruskan hidup, hang cool je bakar duit juta2. Memang la duit tu duit hang, suka suki hati hang nak buat apa dan macam mana. Tapi cara hang tu sikit pun tak betul.
Tapi apa boleh buatkan. Benda dah berlaku. Nasib dia tak bakaq diri dia bersama duit2 tu pun dah satu rahmat. Abg long harap dia akan sedar nanti. Banyak sangat minum la ni kot...hihihi!!
Apa yang bikin abg long gelak golek dog ialah bila dia jawab soalan. Ketika ditanya mengapa dia membakar wang itu, dia menjawab, "Saya berasa amat gembira membakarnya. Adakah anda mempunyai masalah dengan itu?"
Sebahagian duit RM1.8k yang hangus |
Hangpa boleh terjah SINI untuk bacaan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.