بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Mantap habis. Tak taw nak cakap lagu mana lagi. Ternyata artis2 Malaysia ini makin berani. Mereka makin terbuka dalam menghadapi realiti hidup. Tapi, perlu ditanyai...adakah masyarakat merestui dan dapat menerima aksi2 berahi yang dipertontonkan oleh mereka? Adakah akar budaya dan agama anutan khalayak boleh membenarkan aksi2 sebegini? Apa pun, tentu sahaja tuan punya badan ada alasan dan jawapan bagi setiap tindakan serta tomahan yang dilemparkan terhadapnya.
Kat bawah ni beberapa keping gambar panas!! berani!! mantap!! dari tuan punya badan yang abg long rembat dari Majalah FHM Indonesia.
Kat bawah ni antara statement yang tuan punya badan keluarkan bila heboh tentang aksi berani mati beliau dalam majalah FHM heboh diperkatakan.
Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mengakui ia dilakukan atas pilihannya sendiri walaupun sedar akan mengundang kebencian daripada orang ramai.
Zarina memberitahu dia menjalani penggambaran fotografi dua bulan lalu di Singapura selepas pihak FHM Indonesia memberi tawaran sebanyak dua kali.
"Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini"
"Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008.
"Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa," luah Zarina.
Nama aktres yang menempa populariti menerusi drama bersiri "Anak Pontianak" ini tidak pernah sunyi daripada terpalit sebarang kontroversi berbanding dengan kariernya.
Artis adalah idola kepada para remaja. Sepatutnya, mereka perlu menjadi role model kepada peminat2 mereka bukan merosakkan lagi apa yang terlah tersedia rosak. Artis oh artis.....kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis artis sekandang terpalit lumpur sama. ahaks3....tak pasal2 wujud peribahasa sengl dari abg long....kuikuikui.... Y(^__^)Y -peace-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.