AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 16 May 2012

Hari Guru | Pelik Tapi Benar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Cool kan gambaq kartun ni?
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi abg long ilham, idea, ruang dan peluang untuk menconteng di blog yang tak semegahnya ini. 

Tanggal 16 Mei, tarikh untuk menghargai jasa bakti para guru yang berkorban masa, jiwa dan segala.....demi merenjis ilmu tanpa jemu buat anak bangsa yang dikasihi selalu. Pada tarikh tersebut maka gempitalah seantero alam dengan ucapan berterima kasih kepada Sang Guru. Tapi, perlukah hanya tarikh2 dan hari2 tertentu untuk kita menghargai jasa guru? Perlukah kita hanya menunggu tarikh 16 Mei untuk kita menzahirkan rasa berterima kasih kita kepada cikgu? Bukankah guru2 merupakan ibu bapa ke-2 setelah ibu bapa kandung kita? Insan yang perlu kita hormati dan hargai jasanya. Jadi, apa perlu kita meraikan mereka dengan hari2 tertentu sahaja?....tepuk dada tanya minda

Dulu...masa abg long jadi murid dan pelajar, abg long tengok kerjaya cikgu cukup cool dan mudah. Itu dulu.....masa abg long belum kenal makna hidup. Tapi, semenjak abg long bergelumang dalam profesion keguruan ini baru abg long sedar betapa langit itu tidak rendah. 

Orang luar tidak faham peranan guru. Masih didendang kerja guru ini senang. Abg long tidak menyalahkan khalayak dengan anggap tidak tepat mereka. Mereka tidak tahu hakikat sebenar. Dan mereka berhak untuk terus berpendapat sebegitu terhadap kerja guru.

Abg long rasa, cikgu2 ini tidak minta pun untuk disanjungi, mereka bukan meminta-minta untuk diri dihargai....tapi, cukup la sekadar tugas mereka difahami dan dimengerti. 

Bagi abg long, kerja cikgu tiada had waktu. Tak cukup waktu bekerja disekolah, mereka sambung pula buat kerjanya dirumah. Cuba2 la skodeng guru2 kita yang kelat matanya, yang longlai tenaganya, yang ketat jemarinya disinidisinidisini  dan juga disini. Intai2 la waktu kerja mereka. Sedang kita dan orang lain lena dibuai mimpi indah, tenaga guru kita masih lagi di kerah.

Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Fahamkah khalayak dengan puisi otai kita ini? Atau sekadar buat penyedap halwa telinga tanpa kita tuntasi makna yang nyata?

Nota:
Hari Guru | Pelik Tapi Benar
Kekadang abg long terfikir, betapa canggungnya tingkah kita semua. 16 Mei Hari Guru. GURU menyambut hari GURU. Buat persiapan majlis hari GURU adalah guru-guru. Yang meraikan GURU adalah guru-guru. GURU menyambut Hari Guru....sambutan dibuat oleh GURU untuk guru...hanya GURU menghargai guru?? Macam majlis syok sendiri pula kan? Abg long hanya mampu tersenyum.........Y(^__^)Y -peace-

SELAMAT HARI GURU
Terima Kasih Cikgu!!

2 comments:

  1. Replies
    1. sbb sabaq dan kerana cinta kan profesion ini la abg long msih mampu bertahan dgn tersenyum biarpun dunia memandang sepi tugas abg long ang ni ha dik non oiiiii

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.