AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 8 July 2013

Yasmin J Hunwick | Kisah hidup seorang blogger remaja yang meninggal dinovelkan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Syukuran.

Apa yang dinanti selama ini telah pun ada disisi. Tinggal lagi untuk menghadami dan mentuntasi setiap ayat yang terpatri.

Yasmin J Hunwick, rasanya angpa semua sedia maklum tentang kisah pemunya nama tersebut. Jika masih belum maklum angpa boleh baca Belangsungkawa Yasmin J Hunwick.

LOVE YASMIN
Kisah ketika hidup dan mati arwahyarhamah Yasmin banyak memberi impak kepada orang ramai, terutama sekali para remaja. Kemalangan tragis yang berlaku ke atas arwahyarhamah Yasmin serta dua rakan arwahyarhamah yasmin benar2 mendatangkan impak yang bukan kecil kepada para remaja. Peristiwa yang berlaku lewat malam 3 Jun 2012 itu mengingatkan kita semua bahawa kematian itu datang ia bila2 masa.....tak kenal usia....tak mengira siapa. 

Kini, kisah hidup arwahyarhamah Yasmin telah dinovelkan. Penulis novel tersebut, Syimir Yunusi merupakan seorang jejaka yang kuat semangat serta berprinsip dalam hidupnya. Berkat kesungguhan dan kesabaran beliau maka lahirlah novel LOVE YASMIN ini menemui pembacanya.

Usaha penghasilan novel ini bukan kecil. Setiap pembelian melalui novel ini kan disalurkan kepada saudara Islam kita di Palestine sana. Jadi, ia bukan untuk keuntungan semata. Ia dilakukan demi meneruskan cita2 arwahyarhamah Yasmin membela saudara kita di sana.

Yasmin J Huncwick, pergi mu bagai satu tanda. InshaAllah.....lahir ke dunia, bangkit di syurgaNYA.

Abg long berkira2 untuk menghadiahkan baki buku yang abg long order kepada sahabat2 yang sudi berkunjung ke blog abg long ni. InshaAllah dalam masa terdekat abg long kan maklumkan pada semua, cuma sekarang ni abg long perlukan cadangan dari sahabat semua bagaimana untuk beri baki novel yang abg long ada pada sahabat yang berkunjung ke blog. 


Novel dan cd 
Abg long tak mampu nak bagi pada setiap org, jadi abg long perlukan satu mekanisme untuk merealisasikan hasrat ni. Harap sahabat2 ada buah fikiran dan jalan buat abg long. Ada cadangan boleh tinggalkan diruangan komen. Abg long nak bagi FREE je baki novel ni. Semoga kebaikan dari isi novel garapan Syimir Yunusi berkenaan arwahyarhamah Yasmin ini memberi kebaikan buat semua.

Marilah kita sedekahkan al-fatihah untuk arwahyarhamah Yasmin dan dua rakan beliau serta semua saudara Islam seluruhnya. Semoga roh mereka berada disisi Allah swt dan syurga buat mereka.

Al-fatihah.

Abg long stop dulu entri ni, nak bagi laluan untuk halwa telinga menghayati alunan piano dari arwahyarhamah Yasmin sementara menunggu lena.

Terima kasih buat angpa sahabat2 abg long yang kacak dan cantik coz sudi singgah sini.

Syukran.

Jazakallah
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

7 comments:

  1. susah jugak nak pilih nak bagi sape..yg penting niat ikhlas..inshaAllah pahala pun dapat..

    ReplyDelete
  2. ade lagi tak novel tu? saya nak tp x sempat beli sbb baru tau. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lg stoknye...dgn abg long ni ingt nk kasi free je kat kengkwan...tpi kna bt kontes dlu kot coz x byk yg ada

      Delete
  3. ade lagi tak novel tu? nak beli tp x sempat sbb baru je tau pasal novel tu. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah boleh kayari link bawah ni
      https://www.facebook.com/pages/Novel-Yasmin-J-Hunwick/388337427940556?ref=stream&hc_location=stream

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.