AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 13 January 2013

Bantuan Banjir Tiba


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Petang tadi berlangsungnya majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir tempohari kat tempat abg long lepak sekarang. Majlis tersebut telah dihadiri dan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Malaysian Minister of Youth and Sports. Merangkap ahli parlimen Kemaman.

Ramai juga yang hadir tadi. Penuh dewan. Sebelum ni YB MB Ahmad Said dah pun mai bagi bantuan. Untung mangsa-mangsa banjir ni......Berebut orang nak mai tolong dan huluq bantuan kat depa. Harap depa tabah dalam menempuh segala musibah pemberian Allah. Mungkin Allh turunkan banjiq tu sebab nak uji depa. Nak uji juga orang-orang yang nak huluq tangan kat depa. 

Allah nak tengok yang kena banjiq tu ikhlas dan redha tak dengan Dia. Manakala yang mai nak menolong pula Allah nak tengok depa ni ikhlas menolong atau ada agenda disebaliknya. Bagi abg long la kan.....ikhlas kita tak payah duk habaq kat orang, biaq pi orang dan Allah yang nilai ikhlas yang duk ada. Kadang2, manusia ni.....tang mulut ja kata ikhlas....Ini realiti kehidupan yang duk ada la ni. Semua orang penah lalui situasi macam gini......Kita tak maksum....Kalau tak betui apa abg long cakap kan ni angpa tolong la betui kan an...Kadang2, bila kita bersuara kita lupa nak kontrol intonasi dia...


Semasa majlis bersiaran abg long tak turun pun, tengah siapkan kerja sambil mengadap muka buku dibilik guru. Lagi pun dah diluaq bidang tugas dan kerja. Tapi wakil2 Padang Kubu dah duk ada kat sana. Tak la ralat sangat dipangan mata. Tapi, masa on the way nak balik tuh, singgah la juga kat dewan....Sebab dah janji dengan kawan2 malam ni nak up gambaq majlis siang tadi. Namun, perancangan Allah tiada siapa mampu menduga....

Pasang speed light, pasang bateri grid....setting apa yang patut......bila nak snap gambaq YB Dato' tetiba bateri gelong....dengan sendirian berhad dia padam......ish..ish..ishhhhh.....Abis bateri.....Apa punya nasib daaaaaaaaaaaa.....Maka dengan itu YB Dato' tak dapat la nak merasa kena snap dengan dslr abg long yang ohsem itu.

Dengar cerita setiap orang dapat RM500 untuk setiap keluarga, YB Dato' kata mungkin akan di up kan lagi sebab kawasan abg long baru2 ni teruk juga dilanda banjir, sampai dua kali banjir duk mai ligan kami. Yang banjir gelombang ke-2 memang sempat abg long merasa. Yang gelombang pertama abg long tengah sedap main salji kat negeri serambi mekah....HaHaHa...angpa percaya ka tang salji tu? Jangan percaya, abg long konar baring telinga atas tar je cite tu...HiHiHi...Apa pun ada tips ketika waktu banjir untuk kita hadapi ia dengan tenang jiwa dan redha. Elakkan menjadi mangsa banjir.

Walaupun takdak gambaq, tapi abg long memang boleh cakap yang majlis tadi tu memang meriah. Tapi kan, macam tak best je bila entri takdak gambaq kan. Macam hilang seri....Jadi, bersempena dengan bantuan banjir yang disampaikan....Dan, gambaq YB Dato' tak dan nak snap maka abg long tepek juga gambaq yang terkait dengan majlis yang diadakan hari ini....HiHiHi...Sila klik gambaq untuk tumbesaran. Harap maklum.




Well, macam mana hasil seni abg long tika musim banjir? Angpa rasa ok ke ko? Hanya ini yang termampu.

Terim kasih sebab sudi singgah dan baca cerita abg long kat sini.

Jazakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di at

1 comment:

  1. tak sempat merasa banjir. baru balik kampung. haha

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.