Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 31 December 2012

Banjir Pusingan Ke-2 Tahun 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi pagi sesi pendaftaran student berlangsung dalam keriuhan hujan yang bertandang datang. 

Gerak kerja tadi pagi tak sempat nak disettlekan, ibu bapa dengan guru-guru serta staf yang ada terpaksa bergegas menyelamatkan kenderaan dan diri kerana air yang naik semakin meninggi.  

Sekelip mata, air banjir mulai melimpah ruah saujana mata memandang. Jalan keluar masuk ke kuarters dan sekolah lumpuh. Air di luar kawasan kediaman warga pendidik berada pada paras pinggang. Ramai warga yang terkandas dan terperangkap, termasuk la abg long angpa ni ha....Adoiiiiilalala.....

Nasib baik Black Warrior sempat alih letak kat atas jalan yang tinggi tadi. Jika tidak , maunya jadi kapal selam Black Warrior abg long tu....HuHuHu....Naya...


GB dan Cikgu Mazliza menongkah arus banjir

Dari tingkat tiga bangunan sekolah, air banjir saujana mata memandang
Kelihatan air banjir mengepung bangunan surau, asrama student dan kuarters warga pendidik.
Air banjir tengah tunggu masa nak menakluk je ni.

Hujan dah mulai reda namun langkah berjaga-jaga dan berwaspada telah ditingkatkan memandangkan siren amaran banjir telah pun dibunyikan. Kat atas sana awan hitam masih menyelubungi seluruh alam. Petanda yang hujan kan kunjung tiba bila2 masa. Angpa doa2 kan la abg long angpa ni na.....Supaya selamat dan tidak kesejukkan dek kerana air hujan....Kalau kena air banjir mau kembang abg long ni macam baulu cicah milo...HiHiHi..

Hari ni betul2 rezeki abg long untuk bersua mata dan berasimilasi dengan air banjir ni. Teruk banjir melanda minggu lepas. Hari ni boleh tahan juga. Harap air banjir ni surut cepat. Esok sekolah nak buka dah. Jika tidak, semua orang kena harung air banjir la untuk ke sekolah. 

Musim2 banjir ni apa yang penting utamakan keselamatan. Dan, sila baca tips ketika banjir di SINI






Abg long harap sahabat2 di Bandar Chukai, Kemaman turut berjaga2 takut banjir pusingan ke-2 ini akan melanda juga ke sana. Memandangkan air banjir minggu yang lepas bermula dari  sini, besar kemungkinan ia akan membadai bandar Kemaman untuk sekian kali lagi. Alhamdulillah, dah maklum kan pun mereka yang tinggal di sana.

Doakan abg long dan semua warga di sini.

Barakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.