Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 25 December 2012

Sambung cuti lagi sebab banjir?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sambung cuti lagi kah gara2 banjir? Tadi siang dapat perkhabaran dari rakan yang mengatakan laluan haiway Jerangau-Jabor dinaiki ayaq di kawasan Bukit Besi. Jalan ditutup untuk semua kenderaan berat dan ringan. Perahu dan bot enjin sangkut sahaja di benarkan....Abis, dah jalan tutup macam mana nak lalu kan? Cari laluan alternatif? hmmmm.....ada ke? Esok nak gerak balik sana macam mana ye....Nanti abg long nak godek2 la website info banjir kat SINI.

Rakan tersebut juga memaklumkan laluan ke kaurters penginapan di Padang Kubu, Kemaman juga dah mula dinaiki ayaq.....Naya......

Tadi masa tengah syok lepak sembang kedai kopi tetiba dapat calling2 dari rakan sejawat yang terperangkap kat Padang Kubu. Paras ayaq petang tadi semakin naik. Mahgrib tadi kawasn sekitar dah paras pinggang. Kaurters pula dah jadi macam pulau. Itu pun ayaq kat kaurters dah naik sampai anak tangga ke-2.

Dalam kepala time ni hanya duk kenangkan home theater. Kalau ayaq terus naik memang jadi kapal selam la home theater abg long tu. Aduhaiiiii.....Langsung tak boleh nak buat apa....Hanya mampu berdoa dari kejauhan supaya ayaq yang duk mengepung kaurters tu surut dengan sepantas gaban. Ayaq kat Bukit Besi surut awal tahun 2013 pun tak pa.....Leh sambung cuti dan tunda meeting...HiHiHi..

Kalau tengok gambaq2 kat bawah ni yang rakan sejawat abg long sent tadi.....






Nampak gayanya, terpaksa sambung cuti lagi la nanti ni?? 

Kalau di takdirkan home theater akan jadi kapal selam, abg long redha. Kalau esok tak boleh balik sana sebab jalan tak boleh dilalui kerana ayaq besaq, abg long syukur. Abg long hanya mampu berdoa dan bertawakal.

Banjir ni bukan semata-mata fenomena alam, dalam masa yang sama ia adalah peringatan Allah SWT buat kita hamba2-Nya untuk lebih beriman dan mengingati Dia. Hanya Dia berkuasa ke atas segala-galanya. Ujian dari Dia, nak tengok sekuat mana hati kita. Ke angpa rasa macam mana? 

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

4 comments:

  1. Ya Allah, apa la petunjuk Allah kat kita sebenarnya ni??? hurmmm... sana sini banjir.. hujan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banjir pusingan ke-2 dah
      skrg ni abg long dgn rerakan dan bdk2 tgh tunggu banjir pusingan ke-3 pula
      aduhaiiiiiiiiiiii

      semalam kuar paper skola abg long tapi wartawan silap tulis SMK padang kubu, sepatutnya SK padang kubu

      Delete
  2. Abg Long kita kat Kelantan tapi ta nampak banjir pun banjir pun dekat Besut and Setiu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eika...teruk banjir tahun nih...
      skrg tgh tggu banjir pusingan ke-3 pula
      pusingan pertama dah
      pusingan ke-2 pun dah

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.