Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 5 December 2012

Photoshoot | Menggali ilmu dari mereka yang berilmu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Abg long insan baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Alhamdulillah.....Syukur pada Dia atas segala kelapangan dan pemberian yang diberikan. Cuti yang duk ada selama ni tak abis secara sia-sia dan mengkhinzir buta. Ada juga benda manfaat yang terkandung di dalamnya.

Cuti kali ni memang abg long pulun sakan kutip dan cedok ilmu berphotog. Macam2 sahabat yang abg long jumpa. Macam2 tempat yang abg long terjah sini sana. Macam2 rasa juga yang duk ada tang dada. Yang paling teruja, bila tengok keindahan alam ciptaan Tuhan.....jiwa jadi lapang, hati jadi tenang......Rasa kerdil sangat diri yang penuh noda ni disisi-Nya. Allah Maha Besaq....Segala puji hanya bagi Allah...

Dua minggu lepaih abg long ada buat photoshoot. Saja nak mevariasikan potensi diri.  berubah angin seketika dari landscape kepada potret pula. Untuk workshoot ni penghuni2 Hostel Raudhah la jadi mangsa abg long. Mintak depa jadi model tak berbayaq....HaHaHa....Alhamdulillah, depa ni sungguh sporting. 

Walau bagaimanapun, banyak scene and acting yang tak sempat nak ambik. Pertama, masa tidak mengizinkan. Sampai2 lokasi je dah rambang petang. Jadinya, len kali kena set lokasi dan time comei2 supaya tak membazir waktu melilau cari pot yang menarik. Kedua,  tetiba speedlight tak fungsi dengan sweet. Sebelum bertolak dah checking semua kelengkapan.....alih2 sampai waktu nak guna tak menjadi pula. Apa boleh buat....pakat2 redha ja la time tuh. 







Lokasi Photoshoot ni abg long buat kat Pantai Ayaq Tawaq, Kuala besut, Terengganu. Environment dia memang cun. Pantai dia tersangat la sweet. Kalau angpa pi Kuala Besut jangan lupa terjah pantai ni. Berbaloi-baloi.....

Macam warna pelangi pula pakaian model2 tak berbayaq abg long ni ha.....Tersangat la colourful.....HiHiHi...Apesal la diorang pegang buku erk?? Amik mood exam week kah??...HaHaHa...

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan photoshoot ini (masta Arman Fariz, Suzulaiha, Nor Syakila, Syafawati, Kupi Kupy dan semua sahabat2 yang sudi memberi kritikan dan tunjuk ajar). Banyak lagi yang abg long perlu pelajari. Cuti sekolah pun tak banyak berbaki. Harap2 dapat cedok ilmu dari sahabat2 yang sudi berkongsi. Mengali ilmu dari mereka yang yang berilmu. InsyaAllah

Petang nanti jika cuaca cantik abg long akan ke Aman Bali Resort, Pantai Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kelantan untuk sesi photoshoot. InsyaAllah

Barakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. Replies
    1. wa'alaikumusalam (bagi pihak...hihihi). In shaa Allah....esk akan di sampai kan salam sahabat kpd sekalian mereka. (~__^)

      Delete
  2. Lawanyaa .. Abg long mai laa ke JOHO buat photoshoot kat sini hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. JOHO jauh la eika.
      abg long je quite dr sana seawal bln jun ritu.
      in shaa allah ada reseki abg long akn ke sna lg
      nnt leh la hello2 ieka dan sahabat yg ada kt sna

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.