Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 21 December 2012

Selamat pulang warga di perantauan.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dari malam membawa ke siang, dari siang membawa ke malam....hujan yang bertandang datang tak jemu merenjis bakti buat seisi alam. Rezeki dan rahmat Tuhan. Alhamdulillah, syukran.

Nampaknya beraya krismas dalam hujan la yer sahabat2 kita.....Ke ada yang tak dapat cuti  untuk krismas nanti? 

Tadi siang kenderaan dah pun bersusun atas jalan. Dah ramai warga diperantauan pakat2 terjah ke kampung halaman. Cuti raya krismas dah pun bermula. Esok lusa ramai lagi la yang akan tiba. Tadi pun, jalan yang satu lorong tetiba dah jadi dua. 

Tadi juga, nyaris2 seorang penunggang motosikal menjadi mangsa kegopohan pemandu kereta. Sepatutnya kita yang berkereta ni kena la lebih bertimbang rasa. Dah la depa basah ditimpa hujan, kita yang berkereta himpit pula depa ke bahu jalan. Apa yang kita duk kejaq sebenaqnya? Kalau depa ditimpa kemalangan sebab kita kan ke naya.....Depa pun nak pulang dengan selamat kepangkuan orang tercinta sepertimana kita. Jadi, bersopan la di jalan raya.


Gambaq siang tadi.
Tak berapa nak clear snap guna hp cap ayam

Tika ni trafik jadi pelahan.
Kat atas sana gelap gulita awan tunggu masa nak memuntahkan segala muatan


Orang2 lama selalu duk pesan, "biaq lambat, asai selamat"....."pandu cermat jiwa selamat".

Kepada sahabat2 yang akan memulakan perjalanan balik bercuti nanti rancang la masa perjalanan comel2. Periksa kenderaan sebaiknya. Di musim-musim hujan cenggini elok banyakkan bersabaq ketika memandu. Usah tergopoh gapah.....Tak payah la duk tunjuk skill di atas jalan raya....Jadi la pemandu yang berhemah. Sesunggguhnya sabaq itu kan cantik...

Selamat pulang warga di perantauan.

Barakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. serius byk gila kereta kat jalan... terkejut juga, ingatkan disebabkan dapat gaji awal.. rupa2nya, cuti hari selasa nanti.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Tak ke mana pun fie di rumah je. hehe

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.