بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Tadi godek2 paper on9 (paper bercetak memang dah lama tak baca....berpantang) untuk baca info tentang banjir. Godek la Harian Metro online. Ada gambaq besaq dia tepek dan tulis "Kemaman jadi laut".
Abg long punya la teruja nak baca, maklum la kan...sekarang musim monsoon semua benda orang duk sembang pasai banjir....Dua tiga kali juga la klik tang 'berita penuh' bawah tuh, pastu back.....klik lagi, pastu back.....Ingatkan laptop or tenet abg long yang sengal, rupanya tidak. Memang betul2 apa yang abg long tengok dan baca.
___________________________________________________________
Tadi godek2 paper on9 (paper bercetak memang dah lama tak baca....berpantang) untuk baca info tentang banjir. Godek la Harian Metro online. Ada gambaq besaq dia tepek dan tulis "Kemaman jadi laut".
Abg long punya la teruja nak baca, maklum la kan...sekarang musim monsoon semua benda orang duk sembang pasai banjir....Dua tiga kali juga la klik tang 'berita penuh' bawah tuh, pastu back.....klik lagi, pastu back.....Ingatkan laptop or tenet abg long yang sengal, rupanya tidak. Memang betul2 apa yang abg long tengok dan baca.
-Cu angpa tengok, gambar cerita lain....yang coretan kat bawah cerita benda lain. |
Bila ja abg long klik, dan klik , dan klik, dan klik beriban (takdak pun sampai riban, cuma nak gambarkan yang abg long klik banyak kali...angpa ni, abg long nak bermetafora pun tak boleh) kali tapi benda sama gak yang keluar. Gambaq benda len tapi last2 lain pula cerita yang keluar untuk tatapan mata dan santapan minda. Adoiiiiiiiiiiiii.......sekali abg long kena konar baring dengan wartawan der. Angpa tengok la kat bawah ni ha.....Lepas baca banyak kali baru abg long terperasan tang gambaq yang abg long kotak2 kan kaler merah tu. Awal2 lagi dah menampakkan ketidakserasian antara gambaq dengan story.
Macam bimbo je rasa. Ntah nape boleh tak perasan....HaHaHa...
Sekali keluar cerita pasai agih tilam dan bantal kat Kuantan. Alahai, lawak Jumaat ke apa depa ni buat. Patut la akhbar edisi cetak tak laku....Jangan sampai edisi on9 bungkus juga dah la yer....Hilang semangat abg long nak baca....Kalau ada penegasan atau sedikit cerita dalam artikel tu tentang banjir kat Kemaman pun boleh diterima lagi, ini tidak....Langsung takdak....Memang tak sama.....Berbeda. Jadi, yang mana satu betul ni? Last2 nanti "kesilapan teknikal".....Abg long juga yang terkeliru.....hampagas!
Itu nasib baik abg long cari maklumat pasai banjir kat Kemaman ja, andai maklumat penting lain yang di cari macam mana? Naya beb.....
Hari tu abg long dah teguq depa pasai artikel cerita len, gambaq cerita len. Pandelela Rinong menang pingat gangsa acara terjun di sukan Olimpik 2012 tapi depa tulis bawah gambaq kata menang emas. Tak patut...tak patut.....Depa kan wartawan, patutnya depa la lagi advance dalam melapor berita dan cerita, bukan cuba bermain silap mata....Kalau spesis yang mudah paham takpa....Kalau yang payah nak paham macam mana? Haru dunia....HiHiHi....
Len la laporan blogger cabuk macam abg long ni. Ikut suka jemari je apa nak story. Maklum la kan, ngaji tak tinggi dan bukan ada sijil pun dalam bidang kewartawanan. Jadi, depa jangan la letak standard depa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan abg long.
Nanti kan tak pasai2 orang ramai pakat duk caya kat blogger dan blog pula......Tapi kan, abg long rasa la kan, lebih ramai blogger dan blog yang boleh dipercayai muktahir ini.....HiHiHi...Angpa pikiaq la na!
Barakallah fiikum.
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
tak lama lagi la tu nk gulung tikar.. mesti tak ada idea dah nk tulis tu.. hahaha sabar je la...
ReplyDelete