Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 22 December 2012

Angkara seorang blogger bernama HH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, Syukur pada Allah. Setelah dua tiga hari hujan tak henti-henti hari ini sinar mentari hadir menjenguk seisi bumi. Masih ada belas kasihan dari Allah buat kita hamba-Nya. Cuma kita sahaja yang kadang2 lupa dan alpa nak panjat syukur pada Dia. Hujan tak kena, panas pun tak kena....ada sahaja rungutan dari kita. Sedangkan jika kita perhalusi setiap apa yang terjadi, sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi. 

Pagi ini abg long dikejutkan dengan sesuatu yang tak abg long sangka. Langsung tak abg long menduga.....rupa2nya cempedak itu seakan-akan nangka dan dari susur galur keturunan yang sama. Beza cuma bau dan rasa.....Lolllss.....Apa pula perkaitan buah nangka-buah cempedak-blogger berkenaan dengan blog abg long erk? Ntah, saja2 abg long nak merapu-meraban dek kerana atom2 dalam badan seakan bergerak secara rawak sebab seorang blogger yang maha legems ini. Sanggup dia perlakukan blog hingusan abg long ini sedemikian rupa. Tetiba rasa sebak tang dada (Kalau abg long nangis aci dak?)

Sungguh tak sangka blogger ini yang buat pasal pada blog abg long. Tak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana blogger ini melakukan hal sedemikian pada blog abg long. Abg long akui, memang blog abg long ni tak semengah blog beliau dan blog blogger2 yang lain. Namun, apa daya abg long untuk menghalang atas apa yang telah pun terjadi ini. Rela dan syukur atas apa yang terjadi. Macam abg long katakan di awal mukadimah tadi, "jika kita perhalusi setiap apa yang terjadi, sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi".

Angpa nak tau ke siapa blogger yang abg long maksudkan? HuHuHu....Blogger yang abg long maksudkan adalah incik HH, siapa HH nih? Beliau ialah incik Hasrul Hassan, pemilik mutlak blog Hasrul Hassan | Panduan Menulis Blog


- Imej: Rembat lebai Google punya
Abg long memang tak sangka....Terbeliak biji mata abg long yang comei ini bila check blog abg long seusai solat subuh tadi pagi. Sebagai menguatkan hujah abg long dengan apa yang telah blogger Hasrul Hassan perlakukan terhadap blog abg long maka abg long tepek bukti2 kat bawah sini. Angpa lihat dan nilai la sendiri.....semuanya kerana beliau terjadinya semua ini. Angpa boleh klik tang gambaq untuk tidak sakitkan mata angpa.






Angpa tengok.....yang abg long kotak2 kan dengan kaler merah tu. Sebelum ni bagai bermimpi di siang hari la kalau blog abg long nak capai jumlah 3k lebih pageviews dalam satu hari. 

Macam yang abg long cakap kat perenggan ke empat baris ke lima dan ke enam la (sila rujuk kat atas sana). Rezeki dari Allah buat abg long yang Dia beri melalui incik Hasrul HassanBeliau memang femes....memang seorang legems+masta+sifu dalam dunia berblog. Blog beliau juga ohsem abis jika nak dibandingkan dengan blog abg long. Bak kata abg long la kan, "bagai pengemis dengan ferrari"....HiHiHi..

Terima kasih  tidak terhingga dari abg long buat beliau. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa2 beliau terhadap abg long dan blog Amir Aiman Akashah | Diari Seorang Lelaki ini. Terima kasih daun keladi buat bro yang baik hati. 

Bila tengok dashboard - start|overviews tadi tersangat la teruja dibuatnya. Rasa nak senyum sampai tang telinga ja.....


Abg long teringat orang lama berpesan, "orang berbudi kita berbahasa.....orang memberi, kita merasa". Terima kasih sekali lagi buat incik bro blogger Hasrul Hassan | Panduan Menulis Blog

Angpa mesti teruja kan baca entri ini dari awal sampai akhir?.....Y(^_^)Y for me.

Nak tahu bagaimana semua ini terjadi? Sila klik SINI.

Jazakallah fiikum.


Nota Diari:
Sebelum ni abg long penah juga murah rezeki dari blog satu lagi. Walaupun Si Dia telah tiada, namun auranya tetap ada buat selamanya. Angpa boleh tekan SINI untuk baca.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

4 comments:

  1. perghh naik mendadak, sampai beribu2.. untung la.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la Ainaa, terkezut gak abg long bila tengok. pe pun terima kasih utk bro HH, kerana beliau semua ini bisa berlaku.

      Delete
  2. As-Salam. Sebagai balasan join segmen HH ... maka sedikit yang boleh dibuat untuk bantu mana2 blog merasa trafik tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumusalam bro HH
      terima kasih banyak2 bro HH
      sudi tepek link blog saya
      terima kasih sekali lagi

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.