بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Seminggu dua yang lalu terasa amat ketat otak bila memikirkan perihal Hostel Raudhah. Walau pun macam-macam daya usaha dah dilakukan (banner, banting, flayers, media sosial) namun semacam ianya tak berkesan. Mula la duk buat kira2 dalam kepala. Tambah.....tolak....kali......bahagi.....Last2 duit gaji dan2 lepaih celah gigi. Tak ke naya macam tu nanti.
Tetiba perasaan give up tumbuh bercambah dalam hati....Nauzubillah.....Sungguh senang iblis setan nak masuk menguasai hati kita, hanya dengan sedikit rasa berputus asa dan putus harap pada Yang Esa. Maka bertambah senang la depa nak menyesatkan keturunan Adam dan Hawa.
Alhamdulillah.....nasib baik abg long sedar diri dan waras untuk berfikir kembali. Abg long ingatkan pada diri bahawa sesungguhnya rezeki, ajal dan pertemuan adalah rahsia Allah. Abg long hanya perlu berusaha.....berdoa dan bertawakal pada Dia. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan....Bukankah dia Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi.
Syukur sangat2 pada Dia, akhirnya kesulitan dan kesukaran yang melanda Hostel Raudhah dipermudahkan oleh-Nya. Hostel Raudhah akan kembali beroperasi seperti sedia kala. Buat julung kalinya Hostel Raudhah mengalami perubahan. Hostel Raudhah kini dah terima masuk penghuni baru. Kali ni spesis berlainan dari yang biasa. Harap keluarga baru Hostel Raudhah ini nanti pun baguih2 duk ada macam yang lepaih2.
Lihat la betapa bijaksana dan baik hatinya Allah swt, tika abg long hampir mengalah dengan masalah dia beri juga kelapangan buat abg long dari terus berasa lelah.
Jika kita ingat Dia, Dia juga akan ingat kat kita.....In Shaa Allah.
Jadi, sahabat2.....jangan sesekali kita leka, lupa dan alpa atas segala nikmat (sweet & pahit) yang Dia beri pada kita. Rezeki Allah datang tanpa kita jangka. Senantiasa la ingat pada Dia.
___________________________________________________________
Seminggu dua yang lalu terasa amat ketat otak bila memikirkan perihal Hostel Raudhah. Walau pun macam-macam daya usaha dah dilakukan (banner, banting, flayers, media sosial) namun semacam ianya tak berkesan. Mula la duk buat kira2 dalam kepala. Tambah.....tolak....kali......bahagi.....Last2 duit gaji dan2 lepaih celah gigi. Tak ke naya macam tu nanti.
Tetiba perasaan give up tumbuh bercambah dalam hati....Nauzubillah.....Sungguh senang iblis setan nak masuk menguasai hati kita, hanya dengan sedikit rasa berputus asa dan putus harap pada Yang Esa. Maka bertambah senang la depa nak menyesatkan keturunan Adam dan Hawa.
Alhamdulillah.....nasib baik abg long sedar diri dan waras untuk berfikir kembali. Abg long ingatkan pada diri bahawa sesungguhnya rezeki, ajal dan pertemuan adalah rahsia Allah. Abg long hanya perlu berusaha.....berdoa dan bertawakal pada Dia. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan....Bukankah dia Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi.
Syukur sangat2 pada Dia, akhirnya kesulitan dan kesukaran yang melanda Hostel Raudhah dipermudahkan oleh-Nya. Hostel Raudhah akan kembali beroperasi seperti sedia kala. Buat julung kalinya Hostel Raudhah mengalami perubahan. Hostel Raudhah kini dah terima masuk penghuni baru. Kali ni spesis berlainan dari yang biasa. Harap keluarga baru Hostel Raudhah ini nanti pun baguih2 duk ada macam yang lepaih2.
Lihat la betapa bijaksana dan baik hatinya Allah swt, tika abg long hampir mengalah dengan masalah dia beri juga kelapangan buat abg long dari terus berasa lelah.
Jika kita ingat Dia, Dia juga akan ingat kat kita.....In Shaa Allah.
-Susah senang bersama dengan Allah.....baru comel ツ |
Barakallah fiikum
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.