بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Ajal maut, pertemuan dan rezeki itu sesungguhnya adalah rahsia Allah SWT. Kita yang kelas hamba-Nya toksah duk pikiaq sangat mende2 ni. Apa yang perlu kita lakukan adalah terus beriman dan bertakwa kepada-Nya. Dalam masa yang sama usaha jangan di lupa. Buat apa yang Dia suruh buat, jangan buat apa yang Dia tak bagi buat.
Gambar dan cerita kat bawah ni adalah retetan tragedi yang memperlihatkan betapa Maha Berkuasanya Allah SWT terhadap kita. Jika belum ajal dan selagi Dia tak mengizinkan, maka terselamat la kita dari Malaikat Maut kerjakan.

Banjir-Tukang rumah nyaris maut
SETIU 25 Dis. - Seorang tukang rumah yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja dengan bermotosikal hari ini nyaris maut setelah dihanyutkan arus deras ketika sedang melintas di Jalan Permaisuri, Penarik, di sini.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.36 pagi tadi ketika Khairi Said, 27, melintas di sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerja di Kampung Bari dekat sini.
Pada mulanya beliau memberanikan diri menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 meredah banjir di kawasan yang ketika itu air limpahannya mencecah sedalam 0.5 meter.
“Saya cuba melintas laluan itu kerana itu merupakan laluan utama saya untuk ke tempat kerja namun saya tergelincir dan gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh ke dalam air banjir.““Tempat yang saya lalui ketika itu rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik dan tergelincir sebelum dibawa arus ke sawah padi berhampiran yang airnya sedalam 1.5 meter," katanya semasa menceritakan detik cemas itu kepada pemberita di sini.Bagaimanapun, pemuda yang berasal dari Kampung Pak Kancil, dekat sini bernasib baik apabila beliau sempat berpaut pada sebatang pokok besar di kawasan berhampiran sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian. -BERNAMA
Kekadang kita rasa ajal kita dah tiba, tapi dengan kehendak-Nya kita betah terselamat dari petaka. Namun, jangan sesekali kita lalai. Itu mungkin pesanan dan peringatan dari Dia buat kita. Agar kita perbaiki kurang yang duk ada. Supaya kita tidak leka dan alpa untuk mengingati Dia. Allah kan Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Setiap apa yang dititipkan buat kita sudah tentu ada comelnya.
Tak kan nak tunggu dan menanti? Rasa2 la kan, mana lagi berat.....antara timbang belah kanan dengan timbang belah kiri? Masing2 punya buku, masing2 kena la amik tahu....Wassalam.
Barakallah fiikum.
Tak kan nak tunggu dan menanti? Rasa2 la kan, mana lagi berat.....antara timbang belah kanan dengan timbang belah kiri? Masing2 punya buku, masing2 kena la amik tahu....Wassalam.
Barakallah fiikum.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
peringatan kan :) ambil iktibar
ReplyDeletebanjir sekarang dah makin berleluasa.. masyaAllah.. betul tu.. Ajal dan jodoh ni rahsia Allah
ReplyDeleteIts closeeeeee. Really close. Nasib baik Allah masih panjangkan usia dia
ReplyDelete