Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 30 December 2012

Kembali menyantuni tugasan hakiki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Siang tadi dah bermulanya waktu2 sibuk buat abg long dan rakan2 seperjuangan yang lain. Kepada sahabat2 seperjuangan dan sealiran selamat kembali bertugas dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Biar apa pun 'suara' diluar sana memperkatakan tentang kita. Usahlah gundah gulana. Kerana Dia tahu apa yang kita lakukan dan apa yang ada di dalam merah sekeping hati milik kita.

Pasak kan tekad....pacak kan azam, tidak akan luntur semangat juang kita dek kerana 'suara' yang tidak memahami dan mengerti. Biar kita di caci mereka, asal Dia tahu kebenaran yang ada. Biar kita hina di mata mereka, asal kita mulia disisi-Nya.

'Suara' yang sumbang itu biarkan sahaja ia berkumandang. Usahlah kita turut menari bersama irama yang sumbang. Biar tidak dihargai asal ada harga diri.

Memetik kata bicara seorang pujangga,
Sesuatu yang Baik, BELUM TENTU Benar.
Sesuatu yang Benar, BELUM TENTU Baik.
Sesuatu yang Bagus, BELUM TENTU Berharga.
Sesuatu yang Berharga/Berguna, BELUM TENTU Bagus.

FIKIRAN dan MULUT Merupakan Suatu Kombinasi.
Semakin Banyak kita Berbicara Tentang DIRI SENDIRI,
Semakin Banyak pula Kemungkinan Kita untuk BERBOHONG.
Jika kita Tidak Bisa menjadi Orang Pandai, JADILAH ORANG YANG BAIK
Alhamdulillah, siang tadi selamat bermesyuarat dan mengutip tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kini masa untuk kembali menyantuni tugasan hakiki.


Dua amanah yang diberikan siang tadi. Berpuluh2 bakal menyusul nanti...

Sejak enam bulan yang lalu telah bertukar menjadi orang akademik full time. Selamat tinggal sukan, selamat tinggal pusat ko-kurikulum, selamat tinggal masa bersantai dan selamat tinggal penderitaan...Ooopppsss, termasuk tajuk lagu kumpulan iklim pula....HaHaHa..

Apa pun, abg long harap mampu melakukan yang terbaik untuk tahun dua ribu tiga belas nanti. In Shaa Allah. Angpa pun doa2 kan la abg long angpa ni ye.

Esok pendaftaran student baru. Jadi, tak boleh nak bersantai lebih masa di blog. Lepaih ni kena bahagi masa sesweet mungkin, jika tidak bertandang la pening.

Barakallah fiikum.



Nota Diari:
Lewat naik meeting sebab masalah banjir ajaib yang melanda kemaman baru2 ini.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.