Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 31 December 2012

Apa dah jadi dengan ex-fiancee Apek?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi adalah tuan empunya blog Jejari Runcing. Dan, beliau adalag blogger yang penah menjadi tunangan kepada penjaga gol no.1 negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. (perhhhh...ayat skema buku teks tahun 2 baq ang).

Sebelum ni (beberapa bulan yang kebelakang) kecoh geng2 mak jemah mengatakan yang si Elia ni akan melangsungkan perkahwinan setelah beliau buat entri kat blog Jejari Runcing beliau about 'Type-Less Thursday' di mana beliau telah membuat ujian HIV. Makanya, heboh la satu tanah melayu tentang beliau yang konon2 bakal bernikah akibat kecewa putus tunang dengan Apek.

Namun, cerita sensasi tersebut basi begitu sahaja tanpa ada kesahihan dari tuan empunya diri. Terzip la sekejap jejari blogger yang buat kisah tak betul tu demi mencari trafik yang gilos babis.

Dah lama tiada perkhabaran tentang Elia. Apek dan pasangan pilihan mata dan hatinya telah pun selamat berlayar ke alam kenikmatan rumah tangga. Tapi, apa cerita si Elia? Apa dah jadi dengan ex-fiancee Apek? Bagaimana kehidupan beliau sekarang?

Setelah singgah BW kat blog beliau jejariruncing.blogspot.com dapat la abg long sedikit gambaran kisah kehidupan beliau pasca tidak bersama Apek. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian beliau dalam jurusan diploma accounting. Dan, beliau baru sahaja gradute. Dikhabarkan lagi yang beliau akan melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat ijazah pula.

Elok la begitu, lagipun Elia masih muda. Masih jauh lagi perjalanan buat beliau belajar tentang hidup yang dipinjamkan ini. Lihat pada catatan di blog beliau, seperti beliau telah berjaya keluar dari kemelut yang ada. Namun, siapa abg long untuk menilai jauh ke dalam lubuk hati beliau. Cuma abg long harap, keceriaan itu adalah gembira yang nyata. Abg long tahu, sebagai seorang gadis yang berpelajaran, beliau tahu untuk berfikir secara rasional dan redha atas apa yang telah terjadi sebelum ini.

Abg long harap Elia akan berjaya dalam hidupnya. Berjaya mengapai cita dan mendakap cinta sepertimana yang didamba. In Shaa Allah.

Abg long teringat pada pesan seorang ibu tua pada seuatu ketika, "Abg....kenapa harus berduka sedangkan abg juga berhak untuk hidup bahagia." Semoga pesanan ibu tua ini bermanfaat untuk semua.

Jadi, buat sahabat2 abg long semua. Walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita, sama ada kesulitan, kesempitan, kesukaran, kegembiraan, kebahagiaan serta kesenangan.....usahlah kita lupa kepada DIA. Ingatlah DIA sama ada di masa susah mahupun masa senang kita. Kita ingat DIA, DIA ingat kita. In Shaa Allah.

Kepada angpa yang tertinggal keretapi boleh la layari blog Aimie Harmelia Mohd Hashumi untuk membaca kisah hidup beliau dan melihat perkembangan kehidupan beliau sekarang.


Barakallah fiikum.



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.