Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 30 December 2012

Tips banjir | Satu pengalaman yang berharga

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulilah, sudah tiga hari cuaca cerah dan sweet. Bermakna, keadaan kian bertambah pulih dari bencana banjir yang melanda seminggu yang lalu. Walaupun masih ada lagi kawasan2 yang ditakungi air dan ada mangsa2 banjir yang masih lepak kat pusat pemindahan namun ianya tidak seteruk beberapa hari sebelum sambutan hari krimas. 

Banjir tahun ni adalah banjir yang paling buruk penah abg long lalui sepanjang abg long bernafas kat planet bumi ini. Ada pengajaran yang abg long dapat dari apa yang Tuhan beri melalui banjir ini. Meh sini abg long nak story morry.

Hari Selasa, sebelum on the way dari KB ke Padang Kubu, Kemaman dah check kat portal banjir. Bermakna dah tahu mana jalan yang ditutup untuk dilalui dan jalan mana yang boleh dilalui hatta jalan alternatif. Namun, hampagas......masa dah nak sampai kat Kuala Berang terpaksa berpatah balik sebab jalan dekat dengan KIST dinaiki air. 

Punya la jauh perjalanan last2 terpaksa berpatah balik. Adoiiiiiiiiiiiii.....sengal betul rasa jiwa. Awat la depa tak hupdates benda alah banjir ni kat portal tersebut? Tak pasal2 dah menyusahkan abg long. Nak tak nak terpaksa melencong ikut laluan alternatif. Terpaksa la buat2 tahu walhal tak tahu pun. Ikut je kereta yang u-turn. Nasib baik jalan yang dilalui boleh tembus kat jalan utama. Last sekali, sebab dah penat main kejar2 dengan air banjir bermalam kat Jerangau sebelum meneruskan perjalanan semula.

After solat isyak malam esoknya bersiap untuk meneruskan perjalanan.....Abg long ni memang suka drive memalam sebetulnya. Hujan masih turun walaupun dah tak selebat sebelum ni. 

Sampai je dekat Kampung Dendang, Jerangau Sungai, Dungun air dah melimpah atas jalan. Adooiiiiiiiiiiiii....sekali kena dajal dengan portal info banjir. Depa ni memang suka la tak hupdates website tu.....Sekali lagi terpaksa berhadapan dengan air banjir atas jalan. Bezanya, sebelum ni waktu siang, kali ni diwaktu malam. 

Dalam hati time mengadap air banjir tu duk kali (x), bahagi (/), tambah (+) dan tolak (-) sama ada nak redah atau berpatah balik......Bak kata cerdik pandai, "Alang-alang dah sampai biar jadi kapal selam"......"Tak akan mengalah sebelum berjuang"....Alaaaa....bukan apa pun, just air je kat depan tu.

Dengan penuh poyo abg long tekan pedal minyak dan Black Warrior abg long pun membelah air banjir yang menakluk seluruh jalan. Sampai di pertengahan perjalanan air naik sampai bonet. Cuak kemain dah tang dada ni. Ngedap kat luar tingkap, mak nenek......punya la laju air kat luar mengalir. Kecut segala yang ada dalam perut tika tu. Hanya mampu berdoa dan tawakal pada Allah tika tu. Di buatnya kereta mampus tengah2 jalan di dalm air malam tu memang jadi kapal selam la Black Warrior abg long.

Alhamdulillah, Tuhan dengar doa abg long dalam hati. *Thanks you Allah*....Lepas je lega dari rasa cuak, lebih kurang 200 meter lebih di hadapan, segerombolan air banjir saujana mata memandang duk melepak. Punya la break emergency sampai berasap segala. Punya la nerbes time tuh hanya Tuhan yang tahu. Tapi abg long buat2 cool, supaya geng yang len tak gelabah mak nenek..  Adoiiiiiiiiiiiii......depan-belakang dah depa kepung. 

Lama juga duk menung sambil pegang stereng. Duk pikiaq sama ada nak redah ke tidak. Tak tahu kat depan sana airnya dalam tahap mana. *jem pale hotak tetibe*....Tetiba nampak cahaya kenderaan dari arah seberang sana. Seketul motosikal tengah terkedek2 mengharung air banjir tersebut. Dalam hati, "motosikal boleh redah tak kan Black Warrior tak boleh. Bikin malu la kalau tak boleh"....HaHaHa....poyo tetap ada dalam merah hati.

Lepaih ja depa mai dekat dengan kenderaan abg long, dengan kesopanan dan kesusilaan (bese la kan, pengamal prinsip ke-5 rukunegara la katakan), abg long menyapa depa. Tanya air kat depan tu melimpah jauh mana dan jalan Bukit Besi dah boleh dilalui atau tidak. tau depa cakap apa? Dah tentu la angpa tak tahu kan....HaHaHa.....meh sini abg long nak baq ang.

"Jalan Bukit Besi dah boleh lalu bang. Tapi kat depan sana dah tak boleh lalu la bang. Air depan ni abg boleh redah tapi kat depan sekolah dan masjid Dendang dah naik sampai paras paha. Air pun laju." Dengan penuh berinfomasi dua jejaka bermotor tersebut bercerita.

"Habis, macam mana saya nak balik Padang Kubu sekarang?" Soalan bodoh lagi banggang terkeluar dari mulut munggil abg long.

"Tak tahu la bang. tapi kat depan memang dah dalam. Ada eloknya abg patah balik. Lalu jalan lain. Mungkin abg boleh guna haiway Ajil-Bukit Besi. Bukit Besi dah boleh lalu". Jawab yang tukang membonceng motor pada abg long.

Setelah dibuat pertimbangan sewajarnya abg long pun u-turn semula Black Warrior. Sekali lagi terpaksa redah air yang abg long redah memula tadi. Namun abg long dah tak berani nak redah sebab air dah semakin naik. Baru sahaja abg long lalui dia, cepat betul naiknya. Tak kan nak lepak dan tunggu situ sampai air surut.....Kena dibuatnya tak surut dan semakin naik tak ke naya......Sekali lagi rasa cuak menghuni relung hati.....mampus dah la kali ni.....

Secara tidak sengaja, mai la seketul lori angkut buat sawit kat belakang kenderaan abg long. Masa tu abg long best duk amik gambaq air kat depan. Sekali lagi Tuhan seakan menghantar penyelamat buat abg long and geng.

"Nak lalu ke? Kalau nak ikut belakang lori ni" tanya kelindan lori tersebut pada abg long.

"Boleh juga. Ok, saya ikut". Jawab abg long sambil terkedek2 berlari masuk ke dalam kereta semula.

"Guna gear rendah. Ikut rapat sikit", kata kelindan lori tersebut pada abg long sambil tangan dia duk suluh jalan dengan tochlight.

Alhamdulillah, akhirannya berjaya gak redah air banjir yang bermaharajalela atas jalan tu. Syukur pada Tuhan sangat2. Selepas degup jantung dah kembali normal dan peredaran darah lancar semula, abg long teruskan perjalanan. 

Malam tu sekali lagi berpatah balik tidur di Jerangau. Esok pagi akan meneruskan kayuhan ke Padang Kubu semula. Tak berani dah nak teruskan perjalanan diwaktu malam di musim banjir dan hujan lebat. Takut banana fruit two times (Speaking London ang).....Naya.....HaHaHa...

Yang sebelum ni lagi teruk. Tahun ni dah dua kali Black Warrior masuk air banjir disebabkan tahap penglihatan yang terhad tika drive di waktu malam dan time hujan lebat.  










Mohon maaf, visual amat menyakitkan kornea. Amik ni pun tengah gabra gilos babas. Adik2 bermotosikal yang abg long cerita kat atas tadi tengah checking paras air banjir yang menakluk jalan b4 abg long redah untuk berpatah balik.

Dengar khabar tak berapa gumbira, banjir akan kembali semula utk pusingan ke-2. Walaupun ini hanyalah ramalan dan kuasa Tuhan juga yang betah menentukan namun kita haruslah sentiasa untuk berwaspada. Betul tak?

Kat bawah ni ada beberapa tips untuk sahabat2 ketika ingin memulakan perjalanan ketika musim banjir. Rasa boleh pakai amik je, abg long kasi percuma kat angpa. Kalau rasa ntahapaapa boleh la abaikan dia....HiHiHi...Ingat, air ketika kecik boleh kita buat kawan, bila dia dah besaq dia melawan.

TIPS PERJALANAN KETIKA MUSIM BANJIR.
  1. Rujuk sumber terkini tentang info banjir. Jangan berpandukan kepada satu sumber sahaja. Contoh, jangan rujuk Portal Banjir yang tak dan lambat hupdates....Buang karan.
  2. Telefon balai polis berhampiran dengan jalan2 yang kita hendak lalui nanti.
  3. Telefon sedara mara, rakan atau sesiapa sahaja yang berada di kawasan yang dilanda banjir untuk info terkini jalan yang boleh dilalui.
  4. Pastikan telefon punyai kredit atau pun bil tidak di potong. Kalau tak macam mana nak calling2.
  5. Elakkan bergerak ketika waktu malam dan ketika hujan lebat kerana tahap penglihatan akan menjadi terhad.
  6. Jika ada banyak air atas jalan jangan gatai2 nak redah...
  7. Sediakan tochlight sebiji dalam kenderaan
  8. Elak jadi poyo....HaHaHa...
Harap pengalaman abg long dan tips tak seberapa ini bermanfaat untuk semua. Yang baik itu datang dari Allah SWT, yang sengal dan hodoh itu datang dari kelemahan abg long sendiri.

Barakalllah fiikum.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.