AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 12 May 2012

JPJ Oh JPJ

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Apa khabar semua? Ada waras ke? Entri ni Abg long nak kongsi sikit perihal pengalaman di tahan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) ketika sedang syok layan angin sepoi2 bahasa yang menerjah masuk melalui tingkap kereta. Biasa la kan kalau JPJ tahan, dah tentu diorang nak berkenalan dengan tuan kenderaan. InsyaAllah, jikalau hangpa bernasib baik diorang akan minta autograf hangpa. Pehhhh....memang rasa fopuler la masa tenyeh kat selai ketas tu kan?...ahaks3...Jangan salah faham ok....anggap sahaja itu cara asimilasi antara JPJ dengan hangpa. 

Sepanjang abg long merewang dengan kenderaan 'Black Warrior' abg long tu duk ulang alik balik pantai timur or utara, seingat abg long ada la berbelas kali abg long kena tahan dengan incik2 JPJ ni. Alhamdulillah, setiap kali kena tahan, sama ada atas jalan atau ketika diorang buat roadblock siang malam pagi petang tidak pernah sekali pun abg long terkantoi. Tapi, bak kata orang2 lama....'malang tidak berbau', kalau malang tu berbau macam kentut gerenti pada hari yang tak best tu abg long duk diam2 jer lam umah sambil ketip kuku kaki. Tapi nak buat macam mana kan, dah tertakdir hari itu merupakan hari tak best buat abg long.

Masa hari kejadian tak best tu abg long on the way nak ke pantai timur. Bercuti. Niat nak longgarkan keketatan mental dan merenggangkan urat-urat body, last2 bertambah semak pula jadinya. Masa tu jam dah dekat 10.42pm.  Sampai Jemaluang, Mersing kenderaan semua bergerak dalam kelajuan siput khinzir. Rupa2 nya kat depan ada JPJ buat roadblock. Abg long macam biasa la, cool and control macho. 

Dipendekkan cerita, masa kena tahan tu terjadilah dialog antara abg long dengan pegawai JPJ yang abg long kira sweet & sour tu.

"incik, mintak lesen", pinta beliau.

Abg long bagi la lesen dengan kad pengenalan biru abg long kat beliau.

"incik tahu tak kesalahan incik?", tanya beliau.

"Apa salah saya cik?", balas abg long. Biasa la kan, pertanyaan di jawab dengan persoalan. standart la tu...hihihi....

"Kereta incik ni gelap. Salah ni", ujar beliau.

Abg long pun buat2 terpingga, walhal lam kepala dah create ayat paling cun. "Memang kereta saya gelap cik, maklum la, kereta kaler hitam kata kan" (loyar buruk kan abg long?..hahaha)

"Cermin kereta incik ni gelap, tak lulus ni incik" kata beliau sambil menyuluh tochlight ke dalam Black Warrior abg long.

"Memang la gelap cik, sekarangkan malam....memang gelap la nampak", Aduhaiiiiiiii....macam takde ayat lain yang sudi bertandang datang kat serembrum abg long tika itu.

Dipendekkan cerita lagi........Beliau pun suruh abg long park Black Warrior kat bahu jalan. Abg long pun gunalah segala ayat pemujukkan (rasuah2 tak main yer) dengan harapan cik JPJ tersebut boleh gunakan budi bicara beliau. Tapi hampa, last2 dapat gak selai kertas dari dia. Abg long rasa dia dah jatuh hati pada abg long, sebab tu dia bagi kertas untuk abg long autograf (ayat sengal tak boleh blah kan?)......hahaha......jom gelak reramai.

Tapi hangpa jangan salah anggap, kertas tu bukan kertas saman tau. Surat tu suruh abg long pi check Black Warrior abg long kat mana2 pejabat diorang. Maksudnya diorang nak berorientasi lagi la tu dengan abg long.

Lagi2 dipendekkan cerita........Tiga hari lepas abg long telah terkedek2 bawa Black Warrior abg long tu ke pejabat JPJ. Lepas diorang check, diorang suh abg long tanggalkan tinted yang abg long tampal pada cermin Black Warrior abg long tu. Yang peliknya, cermin belakang dia tak pula suruh abg long tanggalkan, sedangkan sama mak bapak jer dengan cermin yang depan. 

Dalam keriuhan hujan yang turun abg long pun tanggal kan je la seperti yang disarankan. Lenjun satu badan. (Dalam kepala abg long, kenapa la incik JPJ tu tak suh abg long datang kendian hari....punya la hujan lebat gila babas time tu....sadis je rasa pankreas ni)

Abg long ada juga usya2 kenderaan kat parking staff diorang masa tu. Alahai......Cermin kereta diorang punya lagi gelap dari abg long. (Bukan diorang saja, kereta kawan2 polis abg long yang lain pun sama.....kalau tak percaya, cu pergi kuarters diorang hangpa tengok sendiri kat parking)

Kat sini abg long nak kongsi sikit ilmu jikalau hangpa kena tahan dengan JPJ atau badan2 beruniform yang sewaktu dengannya. Jikalau diorang nak saman sebab kenderaan hangpa bercermin gelap hangpa minta dengan diorang surat inspection yang mengesahkan atau mengatakan cermin kenderaan hangpa tu gelap. Kalau diorang nak toreh or koyak kan tinted time2 kena tahan, hangpa cakap je mana surat inspection. Minta surat inspection time tu gak. Bila hangpa minta surat inspection itu menandakan hangpa tahu undang2 dan hak2 hangpa. Pesan abg long, bila dah balik rumah lepas tu pandai2 la buka tinted tu ye. Kalau betul hangpa salah la. Kurang2 hangpa tak kerugian dua kali. Tinted kena koyak, saman pun dapat...hihihi......(Elakkan diri hangpa dari memberi rasuah kepada diorang kerana perbuatan tersebut tidak bermoral. Lagipun kesian juga kat diorang nanti, duk beri makan minum anak-isteri dan ibu bapa diorang dengan wang haram). 
_________________
Nota:
Weekend depan abg long nak ke Kota Tinggi. Pasang Tinted & make up Black Warrior abg long. Ada sesiapa yang nak follow  tak? Hihihi....

3 comments:

  1. nak ikut boleh tapi dgn syarat dik non banje abg long tinted keta abg long dgn 4 biji sportrim yg cun....ada bran??..ahaks3

    ReplyDelete
  2. cehhhhhh...giler punya syarat!ingat lanje aiskrim yang harge 20 sen tu jer..

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.