AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 3 May 2012

ABANG LONG la pulak!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hai semua...apa habaq? harap teteman sahabat sihat2 always serta senantiasa berada dalam rahmatNYA. ABANG LONG (gila gedik bahasa panggilan diri aku kali ni....pe pun harap2 u all cool...(◕‿◕)☆™) nak mohon beriban kontena kesorian dari semua kerana hampir tujuh hari tujuh malam abg long mensunyikan diri dari merapu-meraban-meroyan kat blog yang semakin cumey ini (kalau sendiri tak memuji siapa lagi...betul tak dik non??...ahaks3). Sebetuinya abg long tak berapa sihat last week, masa pi jumpa doktor petang khamis tuh, tetibe dapat 'rezeki terduduk'.....sebab memang rezeki ni abg long dapat masa abg long tengah duduk di kerusi....doktor check  dan mengesahkan abg long mengalami high blood pressure dan kelesuan fizikal serta mental akibat pulun kerja kaw2 tahap atomen daia hahaha....sebetuinya tak cukup rest sebab berblog sama-dah jadi makan ruji plak aktiviti memblog ni...kuikuikui...Maka dengan itu dapat la sehelai medical cutisakit untuk hari berikutnya.

Saki baki cuti rehat khas yang ada abg long belasah sama hingga ke cuti hari pekerja. Cuti hari pekerja juga antara penyebab abg long off update kat blog ni, sebagai tanda solidariti terhadap pekerja2 di seluruh dunia....ahaks3....lagipun, bukan ke blogger juga merupakan satu cabang kerjaya?? tak gitu? So, kena la cuti sama...hihihi....Serebrum ni pun nak juga dibelai manja dengan keasyikkan hutan rimba ciptaan Yang Maha Esa. Baru fresh and cool bebeh ilham yang terjah datang....(◕‿◕)☆™

Abg long lunyaikan masa cuti semahunya kat negeri penyu menangis. Hajat hati abg long yang merah gitu2 ni nak ke Tasik Kenyir, tapi tak rezeki pula tak ada time abg long dah sampai ke sana. Walau begitu, semasa kat sana dapat la juga abg long langsaikan urusan2 tertangguh yang dahulu kala....nanti abg long posting entri lain tentang ini.

Sebetuinya banyak benda nak abg long conteng untuk tatapan u all punya kornea dan minda, kisah kasut abg long....cerita tentang parking kereta abg long dan macam2 lagi la yang abg long rasa nak menconteng....tapi otak ni rasa semput lagi. Semacam tak berdaya nak memecut selaju pergerakkan cahaya. InsyaAllah, nanti2 abg long punya serebrum dah tak goyang abg long sembang lagi kat sini. Itu pun jikalau u all sudi nak penatkan otak dan ketatkan mata baca entri abg long yang ntahapaapantah kat sini.

Hari ni abg long dah start berkerja semula.  Walaupun penat drive selama lima jam tiga puluh minit empat puluh dua saat dari negeri penyu menangis sedikit pun tidak memberi kesan samping terhadap kelancaran peredaran darah manis abg long untuk bekerja dengan satu perasaan yang sedap hari ni. Semangat bekerja luar biasa, berkobar2 tahap gunung berapi karakatua tengah terbersin je rasa hari ni. Nak2 pula bila mendapat perkhabaran dari si akak kerani bahawa tunggakkan pergerakkan gaji tahunan sebanyak lima bulan gaji akan masuk hujung bulan nanti.....hahaha...Ini bukan lagi rezeki terduduk, ini namanya durian runtuh bersekali dengan dahan dia....pakcik kayo!! pakcik kayo!! dalam kepala tengah setting + - x /.....marbeless...marbelessssssss... 

- Makanan ruji ahli persatuan bujang2 sedunia
Ok kot untuk siaran kali ini. Abg long nak turun bawah, nak merancau kat dapur. Perut ni dah macam2 bunyi dah. Malam ni abg long mau bikin menu paling yummy + murah + cepat....menu apa lagi kalau bukan mee maggi....cepat dimasak sedap dimakan. terbaekkkkkkkkk!!!... hikhikhik!!


Jom ke dapur semua...zasssss!!!



1 comment:

  1. hai makanan yang cepat di masak dan murah???....taik idung masin btol abg long ni aka haji bakhil...aka kedaung....atau kedekootttttt...

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.