AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 6 May 2012

Tips | Cinta Dalam Islam - bercouple itu HARAM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

- Gambar Hiasan
Dewasa ini kita seringkali di sajikan dengan cerita-cerita keruntuhan akhlak dan merosotan moral dikalangan muda-mudi harapan agama. Budaya bercouple seakan menjadi satu fenomena dan merupakan perkara WAJIB bagi anak-anak remaja kita. Ada yang bercouple kerana mengikut trend semasa dan ada juga semata-mata untuk menunjukkan kepada rakan atau orang disekeliling bahawa mereka juga ada dan berpunya. Sedangkan mereka tidak tahu tujuan sebenar bercouple untuk apa, apa yang mereka fikirkan adalah keseronokan semata.

Bercinta tidak salah, kerana cinta itu sendiri adalah anugerah. Cuma yang salah adalah cara bagaimana kita mengendalikan anugerah itu, adakah kita membawa cinta yang Allah anugerahi itu melalui denai syariat atau sebaliknya. Namun begitu, pada usia yang setahun jagung sudah pasti anak-anak remaja kita akan dan sering tertewas dengan godaan syaitan sehinggakan kesucian cinta itu seringkali dinodai dan dicemari dengan kotoran hawa nafsu serakah. Mereka akan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan, akhirnya membawa mereka ke lembah kemusnahan dan kehancuran. 

Budaya bercouple ini juga semacam menjadi satu kebiasaan bukan sahaja kepada anak-anak remaja kita tetapi juga kepada ibu bapa. Ibu bapa seperti merestui budaya ini tanpa mengambil langkah-langkah membendung yang sewajarnya. Malah ada ibu bapa yang turut berbangga bilamana anak-anak remaja mereka mempunyai pasangan dan khayal dalam dunia percintaan. Alasan ibu bapa ialah anak-anak mereka hanya berkawan dan tidak salah jika mereka berkawan. Memang la tidak salah berkawan andai ia berlandaskan syariat. Tetapi jikalau kita lihat muktahir ini, pergaulan yang dikatakan 'hanya kawan' itu sudah melampaui batas kesopanan dan kesusilaan hukum agama. Sudah tiada lagi rasa segan silu . Sifat malu-malu orang melayu yang terkenal suatu ketika dahulu berterbangan bagai debu,  tiada lagi kesantunan Islam itu pada sosok seorang melayu. 

Sepatutnya sebagai ibu bapa  yang cakna mereka harus dan wajib memantau pergerakkan anak-anak mereka. Tanyakan dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, apa yang mereka lakukan diluar sana dengan rakan-rakan....Sebagai ibu bapa mesti memberi nasihat yang memperlihatkan indahnya Islam kepada anak-anak. Bukannya pot pet po pet membebel tak tentu haluan tujuan, last2 niat murni tersebut akan bertukar sebaliknya bilamana anak-anak pula memberontak bila mendengar bebelan kita. 

Ada juga ibu bapa yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak menentukan hala tuju. Sepatutnya sebagai orang dewasa mereka perlu membimbing anak-anak remaja mereka, memimpin anak-anak tersebut agar mereka tidak tergelincir dari landasan hidup berteraskan agama. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa lah pencoraknya. Kalau salah corak....lu pikir la sendiri. 

Ada juga ibu bapa yang menganggap budaya bercouple ini sebgai trend semasa, konon-konon zaman sudah berubah. Tapi mereka lupa yang Allah SWT tidak pernah sesekali merubah hukumnya yang termaktub dalam Al-quran dari dahulu sehinggalah dunia kiamat. Ia akan tetap kekal sebegitu. 

Well, abg long cuma nak u all semua tahu yang... bila u all ada anak perempuan nanti, kena la pantau dia elok-elok. Dengan siapa dia keluar, siapa pak we dia dan apa yang dia buat. Bukan anak perempuan je. Anak lelaki pun sama. Tiada pengecualian. Sekarang ni baik lelaki mahupun perempuan sama-sama naik tocang. Tapi utamakan anak perempuan sebab dia adalah selemah-lemah makhluk. Pula tu tengok-tengokkan lah cara dia berpakaian. 

Memang zaman sudah berubah. Cara didikan anak-anak juga berubah. Itu memang abg long tak nafikan. Tapi bagi abg long la kan, cara orang-orang lama mendidik anak adalah yang terbaik. Kenapa terbaik? Kerana dalam didikan mereka ada teras keagamaan dan ketuhanan. Zaman sekarang bukan tidak baik cara didikan, cuma hal-hal keagamaan dan ketuhanan itu seperti sedikit terabai dalam mendidik dan menasihat. 

Memang kita tidak boleh ajar dan didik anak seperti mana parents kita ajar dan didik kita. Sebab generasi dah berubah. Dunia dah berubah. Manusia berevolusi. Kalau zaman dulu, ayah rotan anak, anak makin patuh. Tapi zaman sekarang, ayah rotan anak, anak makin menjadi-jadi. Atas alasan itulah bagi abg long, mendidik anak-anak zaman teknologi canggih ni 'ibarat menarik rambut dalam tepung'.....dan, dalam sayang ada ketegasan. Paling utama, dalam setiap butir bicara kita sebagai ibu bapa terhadap anak-anak jangan ditinggal unsur-unsur keagamaan dan ketuhanan. 

Bagi abg long, budaya bercouple ni banyak buruk dari baiknya. Tengok saja sekarang ni, kes buang bayi saban hari terhidang di depan mata kita melalui media cetak mahupun media eloktronik. Seks bebas dah jadi perkara biasa untuk muda mudi kita. Bila terjadi benda-benda macam gini barulah pakat-pakat nak menyesal.  Masa ni penyesalan dah tak boleh mengubah apa-apa. 


Nauzubillah.....Bersamalah kita berdoa kepada Allah SWT agar di beri anak-anak yang soleh dan solehah. Agar mereka menjadi Sri Kandi dan Pejuang yang akan menzakatkan hidup dan mati mereka untuk agama Islam. InsyaAllah..... 

Sesungguhnya kita tidak mahu mengambil ikhtibar dan belajar dari apa yang berlaku. Sengaja membutakan mata, memekakkan telinga dan memandulkan minda. 

Pasti akan ada yang berkata, "bercouple sebab cinta. Cinta adalah fitrah. Cinta itu anugerah". Tapi, abg long nak la juga bertanya, adakah kita bercouple kerana Allah? adakah cinta kita itu kerana mencari redhanya Allah?. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Tiada beriman seorang di antara kamu sehinggalah ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yang lain". [HR: Al-bukhari dan Muslim].

Foto: credit for loveorange.net
So, bercouple itu haram? <---klik sini. 

Tentu ada yang tidak setuju dengan abg long, itu terpulang pada cara dan pendapat masing2 la kan. Kan abg long dah cakap sejak dulu, segala penulisan dan pendapat abg long bersifat subjektif dan bukan MANDATORI. 

Untuk mendapatkan info, tips serta bacaan seterusnya, u all boleh la terjah ----> Tips Cinta Dalam Islam
____________________________________________________________
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” 
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.