Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 5 April 2012

Petua | Pengenalan spesis2 ketiak


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Episod Pengenalan-Spesis2 Ketiak


AWAS!!
ANDA BERADA DALAM ZON ENTRI BERBAU

Aduiiiiiiiiyaaaaaaaaaa......mesti korang tepuk dahi kan bila baca tajuk entri aku kali ni. Semacam dah takde subjek lain yang boleh aku ketengahkan di awal pagi seperti ini. Tapi tak kisah la kan, aku punya blogspot.com jadi suka suki pankreas aku la kan nk posting whatever pun.....Aiman tak kisah tak kan korang nak amik kisah plak kan. walau bagaimanapun, aku suka la nasihatkan korang semua, kalau nak teruskan bacaan untuk entri hal ketiak2 ini elok lak jangan mentekedarah sambil membaca. Aku bukan apa, kesian kat makanan tu je...takut nanti diorang berlumba-lumba lari keluar dari anak tekak korang....hihihi.......ahaks3..Laughing

Untuk pengetahuan am (info ni sikit pun takde perkaitan dengan subjek pengajian am) korang, bau ketiak suami dapat mereleasekan tension si isteri.......Jangan la gelak wei....Pernah ada orang kaji wooo....Siapa yang kaji korang kena la ngaji lagi, aku hanya sebagai tukang war-war yang tak bergaji. Tapi, korang yang tak berlaki dan bersuami tu jangan pula pergi menyondol celah ketiak suami orang semata-mata nak mereleasekan tension, nanti tak pasal-pasal bersepai korang punya kepala.....Tak ke naya namanya.....Jadi, aku harap korang tidaklah taksub terlampau dengan keberhasilan kajian ini.....hihihihiLaughing

Ini info tentang betapa powernya bau ketiak orang laki-laki.
Bau ketiak orang pompuan apa pula ceritanya??? hahaha!!!
Rasanya korang dah boleh buat rumusan kepada persoalan aku kan....kikikiki
Sebenarnya ketiak ni banyak jenis spesisnya, kalau nak dihitung takde la sampai abis jejari tangan campur jejari kaki....Sebetulnya aku nak bercerita tetang jenis ketiak yang femes sahaja serta petua untuk penjagaannya....Aku rasa korang sendiri pun punya pengalaman kelat tentang ketiak bukan. jadi, elok la entri ni kita jadikan pedoman hidup bersama. Masalah ketiak yang haram jadah bau dia memang tak boleh tahan beb....pokok hidu pokok pun boleh layu.....apatah lagi kita sebagai manusia yang normal dan merdeka ini, boleh bikin termuntah darah hijau.....Tengok ketiak yang basah pun boleh bikin meloya tekak mengalahkan ibu muda mengandung anak sulong.....Ini kan pula terhidu bau ketiak yang tahap kolam kumbahan....tak gitu beb??? 

Namun begitu, aku yakini ginjal serta paru2 aku bahawa korang yang baca entri aku ni terdiri dari spesis yang suci ketiaknya....ahaks3....hihihi.....kalau sebaliknya pun ada aku kisah ke??? ketiak korang, sendirian berhad korang punya hal la ........kahkahkah...kuikuikui.....kui teaw!!Laughing

Spesis benda alah ni akan bertambah koloni dia mengikut peredaran zaman serta evolusi yang tercetus di planet bumi dari masa ke semasa. Setakat ini hanya tujuh spesis ketiak sahaja yang di kenal pasti dan popular.  kefemesan spesis-spesis ini boleh la kita andaikan sefemes Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Well, jom terjah minda korang bersama info menarik ini.


Jenis-jenis ketiak yang wujud dulu, kini dan selamanya: 

1) KETIAK MASAM
Ketiak yang sangat didambakan oleh sang isteri dan sangat senang untuk ditemui.. Tak perlu bersusah payah nak pergi cari ketiak jenis ini. Walau bagaimanapun, ketiak jenis ni diberitakan hampir pupus kerana wujudnya Rexona, Nivea dan kaum kerabat stick deodorant yang lain......Laughing

Lebih baik makan asam dari terhidu bau ketiak masam..ahaks3
2) KETIAK BASAH
Ketiak jenis ni tak berlaku ketika musim tengkujuh....walaupun dalam kategori basah..ia tak berlaku di musim banjir kilat atau semasa melakukan renangan gaya bebas atau kuak kupu-kupu.....Kejadian ini  berlaku semasa musim panas terik dan air-cond mati! Laughing

gambar hiasan... (^__^)
3) KETIAK PUTIH
Ketiak idaman wanita....ala, mcm iklan kat tv tu, kereta depa pancit tepi jalan pun takde hal coz ramai sangat yang akan berhenti membantu setelah di tunjuk ketiak yang putih melepak. Macam-macam petua la nak dapatkan ketiak jenis ni.....hikhikhik....law nk ag best, u all leh la tempel bedak sejuk banyak2 kat bawah ketiak, gerenti akan putih melepak....ahaks3...kahkahkah

Ketiak putih lagi suci murni
4)KETIAK BERBULU
Ini ketiak semulajadi. Sangat sesuai bagi mereka yang suka kehidupan yang penuh adventure.  Ketiak berbulu ini boleh di jadikan padang ragut. Atau pun ia boleh di jadikan sarang ternakan pepijat....hihihihihi

Walaupun muka cun dan unggul tetapi ketiak bagai ladang ragut, dirimu tetap PENGOTOR!!
-Gambar Hisan-
5)KETIAK WANGI
Inilah nikmat ketiak yang terbaik...... Definisi wangi ni berubah-ubah dari individu ke individu yang lain. Ade yang wangi baginya tetapi meloyakan bagi yang lain. Tapi bagi aku...sembur je perfume banyak-banyak...hahaha....law tak wangi gak bukan salah ketiak, tapi mungkin saluran hidung yang bermasalah....So, ada aku kesah??...ekekekekekeke.....

tagline KFC- "sehingga menjilat jari"
tagline untuk manusia yang berketiak wangi??....Lu pikir la sendiri!!...hihihi!
 
6)KETIAK HANGIT @ HITAM
Ketiak jenis ni dikategorikan pelik dan ganjil. ini kerana kehangitannya berlaku bukan kerana terlebih lama menggoreng....tetapi tetiba je berlaku. Seorang saintis NASA yg bernama Ahmad Sufian Bin Wak Rado (bukan nama sebenar) cuba mengkaji fenomena ajaib ini tetapi masih lagi menemui jalan mati. Mungkin kena try jalan yanag diredhai Tuhan kot baru jumpa penyelesaian...Laughing

orang kata hitam itu menawan.
ada juga bidalan, 

"hitam-hitam si tompok manggis,  walau  dipandang hitam tetap manis"
TETAPI...
kalau ketiak yang hitam apekejadahnye menawan dan manis??

7)KETIAK BERBAU
Ketiak jenis ni memang mencabar tahap keimanan. Silap-silap boleh goyah iman yang senipis bawang kat dada taw. Kejadian malang ni berkemungkinan akan kita lalui ketika sembahyang berjemaah atau bersesak-sesak dalam bas/LRT/komuter. Tuan punya ketiak tu pulak tinggi macam galah, kite tersepit di bawah ketiaknya. Kompem....sampai je umah, hilang selera makan!
Malang memang berbau!!

Nota:
Jadi, korang dalam kategori ketiak yang mana?? kalau korang cakap korang dalam kategori spesis ketiak yang wangi dan putih sah-sah korang menipu diri sendiri.....hahaha...kahkahkah.....kuikuikui......tepuk dada tanya selera. Opppsss.....silap  bidalan pula, sebetulnya sila tengok dan hidu ketiak sendiri ya.... 


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.