Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 4 July 2013

Petua | Mengubati Demam Panas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Demam panas ni berlaku disebabkan suhu badan yang naik mendadak, macam mana kenaikkan yang mendadak ni angpa boleh rujuk SINI

Abg long cuma nak kongsi macam mana angpa boleh control dan tangani permasalahan demam ini sekiranya ia terjadi pada angpa, anak2 angpa...mahupun famili kesayangan angpa. Jika boss angpa kena demam panas pun angpa boleh try test guna petua dan amalan orang lama2 ni.

Mujarab atau tidak itu bergantung pada keberkatan dan kuasa Allah yang Maha Esa. Dia pemberi penyakit dan Dia sebaik2 penyembuh penyakit. Petua ini hanyalah ikhtiar kita sebagai manusia semata. Selebihnya kita serah pada Allah Yang Maha esa....betul tak?

Okies, macam mana nak mengubati demam panas ni? Ni abg long nak kongsi mongsi dengan angpa semua berkenaan sejenis pokok yang boleh digunakan untuk mengubati demam panas. Nama pokok ni pokok Bidara Upas. Korang taw macam mana rupa kehenseman pokok Bidara Upas ni? Kalau tak taw angpa skodeng gambaq kat bawah ni.


Pokok Bidara Upas
Well, angpa penah tengok kan? Siapa yang asai kampung macam abg long ni dijamin oleh sirim penah tengok spesis pokok ni yang tumbuh melata sekitar kampung.

Zaman serba serbi mahai, caj itu ini....cukai sana sini.....minyak petrol naik rega tak reti nak turun2 lagi.....kos kehidupan yang makin tinggi.....ada eloknya angpa cuba try test cara perubatan tradisi ini. Mana la taw kan.....dengan usaha, doa dan tawakal kaedah ini boleh jadi mujarab. Kita tak tahu....tapi Dia memang tahu. 

Macam mana nak guna pokok Bidara Upas ni untuk mengubati demam panas? Senang sahaja....angpa ikut je step kat bawah dengan berhemah.

  1. Petik lima atau enam helai daun Bidara Upas. Kemudian, basuh sehingga bersih.
  2. Ambil tiga cawan air dan panaskan sehingga mendidih.
  3. Setelah air mendidih, masukan daun Bidara Upas yang telah di bersihkan tadi ke dalam periuk. Biarkan daun Bidara Upas tadi lemas dalam air yang mendidih sehingga air jerangan tadi bertukar kaler. *Sempat lagi buat lawak kampung.....HiHiHi.....
  4. Biarkan air jerangan tadi berada dalam kuantiti segelas. Sekiranya air rebusan tadi dah kering dan daun Bidara Upas tadi dah lunyai kelemasan boleh la dimatikan api. 
  5. Tuang air rebusan tadi ke dalam cawan. Jangan gelojoh, panas2 angpa terus telan nanti dapat penyakit lain pula. Lagi pun nabi tak galakan kita hembus makanan atau minuman yang panas....Biarkan ia sejuk secara semula jadi. Sabaq itu cantik...HaHaHa...
  6. Setelah air rebusan tadi sejuk, boleh la diminum secara beransur-ansur pada waktu pagi dan petang. Tapi sebelum minum angpa jangan lupa baca bismillah dan doa sebelum makan. Jika kita ingat Dia, Dia akan ingat kita......betul tak? HiHiHi
Ulangi langkah 1-6 sehingga deman panas beransur turun atau pulih sepenuhnya. Jika tak turun2 juga suhu deman panas tu abg long nasihat angpa cepat2 la cari nurse dan doktor.

Okies la, rasanya angpa paham kot macam mana nak guna petua mengubati demam panas ni kan? Kacang dal sahaja kan? Mayb yang buat jadi payah tang nak cari pokok Bidara Upas tu je. Tapi angpa jangan gundah gulana, kita masih ada Dia. Mengadu dan mintaklah pertolongan dari Dia agar dipermudahkan urusan yang kita ada.

Share dan kongsi la dengan sahabat2 kita. Mungkin ia amat berguna buat semua. 

Jazakallah.


Credit photo: Lebai google
Sumber: Sinar Harian
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. Selalu Masuk Kebun Tp Tak Tau Pulak Pokok Tu Boleh Buat Ubat :)

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/07/masih-setia-dengan-kekasih-lama.html

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.