Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 5 September 2012

Trend Terkini Awek-Awek Posing Secara Lucah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Nauzubillahiminzalik....mengucap panjang abg long ang ni ha bila terima emel bergambar yang di send seorang teman Garfield Jassmine ahli mahligai@group. Gambar menunjukkan ke main lagi orang pompuan ni duk posing. Abis skill modeling depa duk snap sana sini, last2 depa posing kan gaya aksi separuh lucah pula. Nak kata tak pi sekolah, abg long gerenti depa ni pernah pi sekolah coz ada gak gambaq yg disertakan tu pompuan2 yang pakai uniform sekolah. Yang tak pakai uniform sekolah tu pun abg long gerenti pernah pi sekolah. Pernah belajaq agama, sivik dan moral. Tapi, awat depa ni jadi lagu ni? Ada akai tapi serabai....Kalau abg long la, tak hingin aaaiihhh nak pilih buat jadi kak long ang. Buat malu mertua ja nanti.

Dah la cara posing tak cool, lepas tu upload pula kat muka buku, blog dan sebagainya. Jenuih abg long dok pikiaq, apa yang best sangat duk pulun bergambaq sambil tunjuk middle finger depa tu? Depa ingat depa sorang ja ada middle finger.....Waalaweh, abg long pun ada gak la. Tapi, abg long punya abg long guna untuk menaip kat keybord ni ja. Tak hingin la nak posing bagai tunjuk kat dunia dengan gaya tak cool cam gitu. Dah la angpa tak menutup aurat, angpa tunjuk pula jari lagu tu. Buruk perangai bebeno. Memalukan wanita seluruh dunia ja.


Angpa tu pompuan, kena la ada tuma'ninah. Tunjukkan kesopanan dan kesusilaan angpa sebagai sri kandi. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Kalau setakat nama ja solehah tapi perangai tak solehah ada baiknya jadi kukur kelapa, ada juga faedah. Kalau angpa nak taw, orang laki2 ni perangai buruk macam mana sekalipun depa tetap nak cari isteri yang comel akhlak dan comel fizikal. Kalau angpa peragai lagu ni sah2 la nama angpa bukan dalam list depa. Kalau pun ada dalam list, abg long berani potong kuku yang laki tu dengan angpa sama ja sespesis....ahaks..ahaks..ahaks...(gelak sopan sambil tutup mulut dengan telapak tangan)


Kalau angpa rasa middle finger angpa tu berhantu sangat, ni ha abg long nak habaq mai... middle finger abg long angpa ni lagi maha dewa berhantunya, kalau tercucuk tang mata angpa tu....Boleh bikin berjurai-jurai ayaq keluaq.

Tak comel pun angpa orang pompuan duk buat pesen lagu ni. Secara tidak langsung angpa dah merendahkan martabat kaum hawa. Abg long conteng benda alah ni bukan sebab abg long marah, tapi nasihat. 


Bukan abg long nak kondem kaum hawa, cuma abg long nak bagi peringatan bersama. Bukan takdak kaum abg long yang posing sedemikian rupa, cuma kalau orang pompuan buat lagu ni lagi la tak comel dipandang mata. Laki ka, pompuan ka, sama saja. Toksah la duk buat posing lagu ni na. 

Lain kali kalau nak lepas gian berposing angpa boleh la buat cara kucing tidoq, takpun macam siput sedut mengantuk. Abg long rasa itu lebih afdal dan berseni rasanya...Hi Hi Hi!!



NotaDiari:
Ini bukan masalah salahnya ajaran cikgu. Tapi diri sendiri yang alpa dan lupa.  Saja pilih nak jadi dunggu.

Tiada manusia yang sempurna, tapi tidak salah jika kita belajar dari kesalahan dan kesilapaan yang pernah kita lakukan. Kita kembali ke pangkal jalan, lepas tu kita teruskan perjalanan dengan nawaaitu mencari keredhaan Tuhan. 

____________________________
Sahabat mungkin juga suka baca:
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday, 3 September 2012

Engineer cun yang terlampau | Siapa Liyana Adnan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Abg long dok perati sejak dua menjak ni ramai betui yang rela bersengkang mata dan kebas jari jemari semata-mata nak tulis entri about seorang blogger yang bernama Lyana Adnan. Kat laman pesbuk, forum dan sesawang yang lain hot duk memperbincangkan Si Blogger Lyana Adnan ni. Siapa Lyana Adnan? Anak siapakah beliau? Angpa kenai ka dengan dia? Abg long tak kenai pun dengan beliau. Abg long nak la juga berkenalan dengan beliau. Abg long dengaq cite beliau ni asai blah2 utara, jiran sebelah dengan negeri tanah tumpah darah bonda abg long masa duk lahirkan abg long. Kalau leh jumpa dan kenai beliau, nak ja abg long suh dia tenyeh autograf. 

Awat tetiba nama bloggers Lyana Adnan ni jadi femes? Angpa tau ka pasai pa? Kalau angpa tak taw bermakna angpa ni sah2 rabun maklumat terkini lagi sensasi. Aduhaiiiiiiiiii....beliau kan femes satu laman maya dgn entri beliau yang bertajuk "Untung Laa Sape Jadi Cikgu" tu ha. Kefemesan dan keglemeran yang beliau dapat dalam masa singkat menyebabkan beliau mengalami masalah sesak nafas dan sakit otak yang kronik. Abg long dengaq cite beliau terpaksa pen-off blog beliau atas sebab tidak tahan dengan halusinasi yang beliau alami kini. Abg long dengaq khabar angin sepoi-sepoi tak berbahasa mengatakan dengan satu entri tu je, trafik blog beliau mencanak naik macam roket naik ke bulan. Pelbagai spesis makhluk Tuhan masuk terjah blog beliau yang comel, kiut, miut ala-ala tuan punya body. 

Sebetuinya abg long dah baca entri Lyana Adnan tu melalui blog seorang sahabat yang komen hasil contengan beliau tu ha, tapi masa tu abg long sibuk dengan serbuan ke majlis open house jadi terlupa la nak tumpang sejari dua untuk menghangatkan diskusi yang dibawa oleh blog beliau. Abg long bukan nak tumpang kutuk beliau taw, tidak..tidak...bukan itu keutamaan entri ini abg long conteng. Apatah lagi untuk abg long buat entri ni atas dasar nak tumpang kefemesan beliau. Tidak sama sekali! Tak hingin la abg long oiiiiiiiiiii..... Eeeeeeeiii tak kuasa!! 

Abg long cuma nak luas dan meriahkan lagi diskusi kita tentang entri "untung laa jadi cikgu" yg di garap oleh Lyana Adnan dan kerjaya sebagai cikgu itu sendiri. Sebelum ni dah banyak kali abg long dok perati dan dengar tentang bidang keguruan yang menjadi mangsa belasahan khalayak. Macam-macam salah anggap yang mereka lontarkan terhadap profesion keguruan ni. Cara depa duk mengata dan kondem bidang keguruan macam depa dari kecik sampai beso gedabak sikit pun tak pernah diajari oleh seorang cikgu. Langsung tiada jasa cikgu kat depa walaupun sebeso zarah cuma. Ibarat depa ni keluaq saja dari perut mak depa terus jadi cerdik pandai, boleh jadi engineer. Peeehhhhhh, macam bagus je kan?

Lihat sahaja masa PM kita umum nak naik gaji cikgu masa belajawan last year. Apa yang tak depa kata pada cikgu-cikgu. Macam-macam kata nista dan salah anggap mereka palitkan pada cikgu. Bila berlaku kenaikan gaji, semua orang merasa sama. Last-last yang dijanjikan pada cikgu-cikgu masa tu entah ke mana. Cikgu juga yang sengsara. Pi mai pi mai tang tu juga.....apa pun tak boleh, yang boleh hanya boleh blah...Ha Ha Ha...

Bila cikgu2 bagitau bidang tugas guru mula la kata cikgu2 merungut. Sedangkan cikgu-cikgu ni hanya nak jelaskan sahaja dan bagi pencerahan minda, nak 'explain' orang putih kata. Mereka nak jelaskan pada yang tak tahu supaya jadi tahu. 

Masa memula abg long baca entri hot tu kat blog beliau rasa nak marah pun ada. Sedih pun ada. Macam2 rasa ada kat dalam jiwa abg long ang ni ha. Sampai begitu sekali beliau sanggup mengata pada cikgu2 yang banyak berjasa. Walaupun...abg long ada waktunya pegang juga pada prinsip...blog aku..suka suki ati aku lah nak tulis. Tapi, cara beliau itu bagi abg long ibarat kacang lupakan kulit. Hanya manusia yang pendek akai sahaja yang mampu bertindak sejauh itu.

Kat bawah ni abg long tampal hasil contengan dari blog beliau berserta dengan komen dari beliau dan rakan seperjuangan beliau. Angpa nilai la sendiri. Walaupun beliau ada memohon maaf atas keterlanjuran beliau (di blog lain) namun beliau tetap menyalahkan orang lain atas apa yang beliau tulis. Macam biasa la, angpa klik ja tang gambaq tuh utk tumbesarannya  

1
2
3
4
5
6
Apa yang abg long boleh cakap kat beliau, syabas dan taniah dik kerana membuatkan trafik blog adik meningkat macam roket nek ke bulan....Nice entri UNTUNG LAA SAPE JADI CIKGU....tapi adik lagi untung sebab pernah diajari oleh insan bernama guru.

Memang untung pun dik siapa yang jadi cikgu. Lagi untung siapa yg diajari oleh seorang cikgu, dari tak tahu apa2 sehinggalah boleh membaca, menulis dan mengira. Hatta menjadi seorang engineer berjaya.

Adik Lyana Adnan yang abg long kasihi, abg long ada seorang kawan yang sebelum ni kerja dia adalah seorang engineer (tak pasti pula kawan abg long ni ada IR ke tak). Dia mohon masuk KPLI dan berjaya menjadi cikgu. Dia pernah mengeluh pada abg long ang ni ha, dia cakap,"kalaulah aku tahu kerja jadi cikgu ni tak mudah ada eloknya aku still dengan kerja lama aku. Kerja dulu lagi senang dan best, gaji pun besaq". 

Abg long cakap kat dia, "ang kena sabaq. ini satu cabang bekalan ang kat akhirat. menyampaikan ilmu yang bermanfaat. nak bersedekah kita bukan manusia berharta. jadi cikgu memang tak kaya. tapi cuba ang hitung anak2 murid ang yang ang boleh jadikan harta, mereka tu la bekalan untuk ang 'di sana'...itu ang jangan lupa"

Bangsa lain hormat pada guru, sanjung cikgu. Tapi, bangsa abg long sendiri duk kondem guru yang pernah memberi padanya ilmu. Sedih kan bila terjadinya sedemikian? Mengapa beliau harus menjadi Si Engineer cun yang terlampau dalam penulisan di blog? Alangkah sweet dan indahnya andai beliau menulis sesuatu yang bermanfaat buat semua.

Sesungguhnya apa yang kita tulis itu adalah siapa diri kita.

NotaDiari:
Maaf la sebab abg long tak boleh nak tampal link blog beliau kat sini. Abg long tak nak beliau menjadi bertambah femes dan lupa diri lagi. Abg long tak nak beliau dan orang lain yang menerjah blog beliau menambah dosa kering, basah dan sewaktu dengannya.

Ingat! guru adalah ibu bapa yang kedua buat kita sesudah ibu dan bapa kandung kita.

____________________________
Sahabat mungkin juga suka baca:
✿~Hari Guru | Pelik Tapi Benar
✿~Hari Guru | Aduhaiiiiiiii
✿~Menghargai Marahnya Seorang Guru
✿~Sekeping Kad Seribu Makna
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.