بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Guru...
Mendidik anak bangsa
Tanpa jemu
Kau tabur ilmu
Tanpa lelah
Kau semai cinta tak berbelah
Ilmu kau beri
Buat santapan rohani
Bekal difana dunia
Juga akhirat sana
Guru...
Kau waris para nabi
Dirimu pejuang suci
Walau onak Ribuannya menanti
Di sepanjang jalan juangmu
Tidak sedikit kau gentar hati
Mahu pun Kau mengalah pergi
Kerna bagimu...Perjuangan baru bermula.
Ilmu Kau renjis Tak kira siapa
Dialah guru,
Sanggup diri kepayahan
Asal insan lain Kecapi kesenangan.
Dialah guru, Memberi tak minta dibalas....
Memimpin ia penuh ikhlas
Dialah guru,
Bukan sahaja Ibarat lilin yang menerangi...
Serta kasturi Yang menabur wangi,
Tetapi... Ia utusan syurgawi
Buat memakmurkan
Seisi bumi....