بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Telah ku cuba
Menahan airmata dari membasahi
Namun ku wanita
Ku tak berdaya...
Menanggung rindu Mengalas pilu
Aku merindu Senyum ragamu
Aku merindu Belaian cintamu
Satu ketika Pernah semua itu
Menjadi milikku
Bintang malam ku sepiDia
Mentari siang ku sunyi
Aku tak berdaya lagi
Menghayun langkah hidup ini
Tanpa dirimu menemani...Oh kekasih...
Telah ku cuba tahani
Airmata wanita ku ini
Dari mengiringi dikau pergi
Namun hati ini menangisi
Cinta kita berakhir disini
Hanya kenangan Menjadi peneman
Kala hati dibungkus kesunyian
Tika diri diselimuti kesepian
Masih aku ingati
Pernah dirimu berjanji
Cintamu hingga nafas terhenti
Walaupun pahit untuk ku terima
Biar sulit bagi ku menghadapi segala
Namun redha ku atas ketentuanNYA
Kau pergi jua..
Ku utusi doa mewangi buatmu
Di atas sejadah rinduku
Pergi mu membawa cinta
Pergi mu untuk selamanya
NOTA:
puisi ni aku karang berdasarkan kisah seorang teman yg rindu dendam akan arwah tunangannya yang meninggal akibat penyakit misteri.....aku cuba letakkan segala kesedihan+kehibaan+kepayahan yang terpaksa di tanggung oleh seorang yg bergelar 'wanita'...hanya tinggal beberapa waktu sahaja beliau dan arwah akan menjejakkan kaki ke pelamin impian, namun takdir Tuhan mengatasi segala perancangan insan....Al-fatihah untuk arwah.....
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.