Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 17 May 2011

MENGHARGAI MARAHNYA SEORANG GURU


Tanggal 16 Mei seperti biasa diseluruh Malaysia ia akan diraikan. Baik kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun golongan tua. 16 Mei telah dipilih sebagai meraikan jasa guru yang banyak berjasa kepada kemajuan dan transformasi warganya. Dan aku juga tidak terkecuali untuk meraikannya kerana aku adalah sebahagian dari mereka (Guru Malaysia).

Sempena cuti Hari Pekerja yang lalu aku pulang ke kampung, secara kebetulan ketika berkujung ke pasar untuk untuk mrmbeli barangan yang di pesan oleh emak, aku terpandang seraut wajah dan sesosok badan yang pernah aku kenali dan penah hadir di zaman kanak-kanak ku. Aku amati sosok itu, maklumlah sudah agak lama tidak berjumpa. Badannya yang suatu ketika dahulu berisi kini sedikit kurus serta rambutnya yang hitam berkilat tersisir rapi suatu ketika dahulu kini ditumbuhi keputihan uban membuatkan aku hampir-hampir tidak mengenalinya. Setelah aku yakin dan pasti, ternyata dialah salah seorang guru aku yang mengajar matematik ketika aku berada di darjah lima dan enam dahulu.

Ketika itu juga, memori aku ligat memutar rakaman kenangan zaman aku masih di bangku sekolah rendah dahulu. Dia sememangnya guru yang cukup aku senangi dan geruni. Begitu juga dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Cara dia mengajar cukup bagus. Ketegasannya mendidik juga teringat sehingga kini. Waktu itu zaman 90-an, matapelajaran matematik diajar dalam bahasa ibunda, bahasa Melayu yang amat aku banggai. Jadi, ia lebih memudahkan para pelajar memahami apa yang diajar oleh guru.

Menyedari dirinya disapa, guru aku itu segera berpaling kearah ku. Setelah bertentang mata, aku menyalaminya. Kami lalu berbual. Untuk tidak melepaskan peluang atas pertemuan yang tidak dirancang itu aku menyantuni guru aku untuk membasahkan tekak digerai yang tidak jauh dari situ. Kami mencuri masa masing-masing yang ada untuk berbual mesra. Banyak perkara yang kami bualkan dan banyak juga nasihat yang dia beri untuk pandu arah hidup aku dihari-hari mendatang. Guru aku itu masih lagi seperti dahulu, tidak lokek dalam memberi nasihat dan ilmu yang berguna. Dalam perbualan aku dengannya, aku dimaklumkan bahawa beliau telah lama meninggalkan alam pendidikan (bersara wajib), namun atas kecintaan beliau dalam merenjis ilmu kepada anak bangsa maka beliau telah membuka sebuah pusat tuisyen. Untuk pelajar-pelajar cemerlang dari keluarga miskin, guru aku itu tidak mengambil sesen pun wang sebagai bayaran yuran, malah dia memberikan perkhidmatan secara sukarela dan percuma.

Menyedari saya bekerja sebagai pendidik sama sepertinya suatu ketika dahulu, diakhir pertemuan kami itu, Cikgu Sobri tidak lupa mengingatkan aku agar menjadi guru yang baik, bertanggungjawab dan berdedikasi. Dia mengatakan bahawa cabaran kerjaya sebagai pendidik sekarang maha hebat berbanding ketika dizamannya. Aku hanya akui semua butir bicaranya. Memang aku sedang melalui dan menghadapinya kini.

Ia memang mengingatkan aku terhadap guru-guru ketika aku dibangku sekolah dulu. Setiap kali aku ke sekolah, guru-guru memang cukup ditakuti. Walau senakal mana pun murid ketika itu, rasa takut memang berbekas dihati. Mungkin masa itu aku budak lagi.rasa takut dan hormat kepada guru cukup tinggi. Macam-macam denda yang pernah kena sewaktu belajar disekolah rendah dahulu. Tapi, bila dikenangkan kembali saat ‘kemanisan’ itu, semua hukuman dan denda itu bukan dibuat secara suka-suka dan mengkhinzir buta tetapi pengajaran yang hasilnya akan kita kutip dihari depan. Kalau cikgu-cikgu tidak tegur dan denda atas salah silap kita, kemungkinan kita tidak akan kenal diri kita, kita tidak tahu untuk membezakan antara salah dan betul, mungkin tanpa denda dan hukuman dari cikgu sampai dihujung nyawa kita akan menjadi insan yang sentiasa melakukan kejahatan dan kesilapan. Cukup garangnya cikgu-cikgu waktu itu. Terasa salahnya sedikit tetapi amarah cikgu bukan kepalang.

Namun, tiada ibu bapa waktu itu yang cuba mencabar tugas guru. Tak ada guru kena serang oleh ibu bapa.Tetapi kini bermacam-macam cerita yang kita dengar dan lihat berlaku. Namun yang tragisnya guru atau cikgu tetap akan dipersalahkan oleh masyarakat dan kementerian. Sudahlah tugasan mendidik telah dibebani dengan kerja-kerja perkeranian. Disibukkan dengan kerja bukan sebagai seorang guru. Kadangkala, macam budak pejabat sekolah. Tetapi, guru-guru tetap dipersalahkan dan dikambing hitamkan. Semacam pengorbanan guru-guru tiada harga dan nilai. Rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan merendahkan guru.

Guru dulu rotan di tangan. Sikit salah, terus ditangankan. Pelajar dulu merah telinga, padam muka seperti sudah biasa. Tetapi tidak bagi pelajar-pelajar sekarang, jentik pun tidak boleh itu sebabnya mereka menjadi besar kepala. Macam mana guru-guru nak mendisiplinkan mereka. Akibatnya masalah sosial berleluasa, lalu memberi masalah pula kepada negara. Tidak ada guru yang akan menganiaya anak-anak pelajarnya, malangnya masyarakat suka dan cepat melihat keburukan daripada kebaikan dengan memberi tumpuan kepada kejadian yang dilaporkan media mengenai keburukan dan menghukum dengan pandangan serong serta prasangka, khususnya ibu bapa. Keadaan ini membimbangkan kerana kerap berlaku ibu bapa tanpa usul periksa hanya mendengar sebelah pihak dan menyerang guru dengan mengambil tindakan yang menjejaskan kewibawaan mereka.

Semasa aku bersekolah dulu, abah sanggup ke sekolah berjumpa dengan guru semata-mata nak bagi lampu hijau untuk guru merotan aku dan mendenda aku sekiranya aku malas belajar dan membuat salah. Sampai begitu sekali abah ingin mendidik aku. Cuma abah minta cikgu yang mendenda dan menghukum aku tidak mematah riukkan anaknya. Sebab itu, kalau aku didenda atau dihukum oleh cikgu aku takut untuk suarakan kepada kedua ibu bapa aku bila tiba dirumah, takut dihukum pula oleh abah yang sememangnya tegas dengan disiplin tenteranya. Pendek kata, cikgu-cikgu memang tidak ada masalah untuk mendenda dan menghukum aku kiranya aku memang bersalah. Hukuman yang mereka beri pun bukan untuk suka-suka, tapi untuk mendidik aku menjadi manusia.

Namun, bila aku fikir-fikirkan lagi itulah peranan guru. Mereka bersungguh-sungguh dalam membentuk peribadi pelajarnya. Tiada perkataan jemu dan berputus asa dalam kamus hidup serta kerjaya mereka. Sampai sekarang aku masih ingat guru-guru yang mengajar disekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Aku tidak pasti relajar-pelajar sekarang masih boleh mengingati dan menghormati guru-guru mereka atau sebaliknya.

Ketika sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang, kata-kata penutup bicara Cikgu Sobri tergiang-giang ditelinga. “Dalam hidup ini jangan sekali-kali lupa kepada Allah. Apa pun yang kita lakukan dan kerjakan mestilah dengan kerana Allah. Niat itu pula mestilah selari dengan akhlak dan amalan-amalan kita sendiri yang semestinya berpijak atas landasan-Nya. Keikhlasan itu paling utama, dengan itu barulah hidup kita diberkati-Nya dunia akhirat”. Aku masih ingat, ketika aku menjadi pelajarnya dulu, kata-kata seperti itulah juga yang selalu diucapkan kepada kami di dalam kelas. ”Sebagai pelajar, kita mestilah belajar dengan kerana Allah. Dengan itu barulah ada keberkatannya”. Itulah antara kata biacaranya dahulu. Walaupun dia cikgu matematik, tetapi kadang-kala dia juga menjadi ustaz yang sering menyerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri kami pelajarnya. Kini setelah bersara, ternyata sikapnya tetap juga tidak berubah, pesanan baik-baik itu tetap tidak dilupakannya untuk diperdengarkan kembali ke telinga aku atau anak-anak bekas pelajarnya. Jika sudah guru, guru jugalah dia walaupun telah bersara.

Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu
“Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Oleh itu, amatlah wajar sekali kita mengembalikan rasa hormat kepada guru dalam apa cara sekalipun untuk mengenang jasa mereka kepada kita.”Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara guru adalah penyebab hidup yang kekal. Jika tiada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan orang tua, akan celaka selamanya”. -Iman Ghazali-

Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan “
Selamat Hari Guru” kepada Guru Malaysia. Jazakumullahu khairan kathiran buat semua guru formal dan informal. Terima kasih guru-guru yang pernah mengajar aku di sekolah rendah SK Kg. Chengal, disekolah menengah SMK Ketereh & SMK Vokasional Wakaf Tembusu, pensyarah-pensyarah di Universiti Sains Malaysia serta pensyarah-penyarah di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar, Negeri Sembilan. GURU….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku sentiasa berdoa…Semoga kalian BAHAGIA dan diRAHMATI Allah SWT senantiasa. Semoga kalian beroleh SyurgaNya!

Tanpamu guru, siapalah saya??? Terima kasih cikgu!


p/s: 
Entri ni aku xleh nk pos kat blogs aku sblom ni, jd aku dh pos kn kat wall facebook aku. Aku x tahu mengapa aku tak boleh postingkan kat blogs aku, mayb blogs aku majuk dengan aku sbb dh lama x update dan mjenguknya........so, agak tlewat la entri ni aku lepakkan kat cni. Tapi x kisah la kan, janji kita masih lagi boleh membaca dan menggali makna darinya. 
-selamat beramal-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.