Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 29 July 2013

'Pecutan terakhir' ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah.....hari ini sedikit kuat berbanding semalam. Semalam tetiba di serang virus demam dan konco2 nye (sakit tekak+selsema+sengal2 badan). Serangan konco2 virus tersebut menyebabkan metabolisme badan tidak bermaya dan kayuhan dari tanah serambi mekah ke Padang Kubu tempat abg long menoreh mencari rezeki sesuap nasi tergendala. Felda Jerangau menjadi tempat abg long melelapkan mata dan melegakan lenguh yang ada.

Tadi siang, dengan kudrat yang seakan terkerat gagahkan diri juga kayuh ke toyota Kuala Terengganu......kasi settle urusan claim 'Black Warriors' abg long (kes claim dan urusan claim abg long akan cerita lain kali). Lepas settle urusan di sana kayuh pula ke tempat persemadiannya. Ambil barang2 yang boleh diguna pakai lagi untuk kereta lain kemudian hari.

Untuk hari ini sahaja banyak pecutan perlu dilakukan. Terpaksa kayuh dengan penuh iltizam.

Alhamdulillah.....hari ni juga dah masuk hari ke-19 abg long dan angpa berpuasa ramadhan dan malam ke-20 kita bersolat terawih. Bermakna dah tak lama lagi dah kita semua nak meraikan 'kemenangan' memasing. Ntah berkesempatan lagi ke idak tak tau la yer kita nak bertemu bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ni......Mudah-mudahan amal kita untuk Ramadhan ini dirahmati dan diberkati Ilahi. InshaAllah...

Hari ini bermakna kita semua dah masuk ke garisan 'pecutan terakhir' Ramadhan. Semoga 10 terakhir Ramadhan ini kita semua beroleh lebih keberuntungan. Mudah-mudahan dengan segala usaha dan kudrat kita semata untuk mendapatkan redha Dia sepanjang Ramadhan ini tegar membuatkan kita tersenyum dan bahagia di 'sana'.

Bagi abg long, malam 10 terakhir ini betul2 menguji keteguhan merah sekeping hati kita. 10 malam terakhir ini la penanda aras di mana kita akan berada, gagal atau berjaya.

Jadi, segalanya terletak pada diri kita memasing. Allah swt tidak pernah menipu cuma kita sahaja yang sering tertipu dengan nafsu. Kita sahaja yang leka....alpa dan lupa dengan segala janji-janji-NYA.

Biasanya kebanyakkan dari kita di 'pecutan terakhir' ini la sering kali tertewas dan tersungkur. Kita lebih suka berpusu-pusu dan bersesak ke pasaraya berbanding ke masjid dan surau2 berdekatan yang ada. Kita lebih senang mengejar sale pasaraya berbanding 'sale' yang DIA nak beri  cara mudah buat kita. Kita lebih ghairah menyediakan persiapan beraya berbanding persiapan kita bersenang2 di 'sana'.

Sejak abg long makin dimamah usia, abg long lihat budaya tak comei ni dah semakin membarah dalam masyarakat kita. Kita lebih terkejar2 sale pasaraya berbanding sale DIA.  

Abg long tak kata membuat persiapan raya 10 malam terakhir itu salah, cuma kita sepatutnya mendahulukan apa yang lebih utama. Kalau nak buat persiapan kenapa tak pilih bulan rejab atau bulan syaaban, bukankah bulan Ramadhan bulan untuk kita lebihkan beribadah. Betul ke sale time nak raya tu lebih murah harga dia berbanding sebelumnya?

Tapi kan, angpa penah pikiaq dak pasai pa depa (tokey pasaraya dan peniaga) time 10 malam terakhir tu la pakat2 nak buat sale gila2 sampai menjelang hari raya?

Kata Ustaz Saifulislam, "Membeli belah pada 10 malam terakhir bukan masalah kecil. Ia masalah sistem nilai. Hati kecil semua tahu setakat mana kita teringin Syurga."

Well, sudah sampai masanya kita biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba2NYA yang beruntungan. InshaAllah...



Pesan pada diri, pesan buat semua. Semoga coretan tak seberapa ini bermanfaat buat diri abg long dan juga sahabat2 yang abg long kasihi semua.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.