AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 4 July 2013

Kita berukhuwah kerana apa?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alhamdulilah.....syukran. Ke penghujung bulan Syaaban dah kita sekarang. Minggu depan dah masuk bulan Ramadhan. Kalau ikut bulan masihi sudah hampir separuh kehidupan di tahun 2013 ini kita kayuhi. Namun begitu, masih jauh lagi dentinasi untuk kita akhiri. 

Dalam pada itu, cuba kita senarai dan renungi, apa yang telah kita peroleh dalam hidup berdasarkan hari2 yang telah kita lalui. Yang mana lagi banyak, best atau tak best.....sedap atau hampeh.....Bila kita bermuhasabah diri, senang la kita nak arrange semula life kita supaya nanti kita boleh tersenyum dan berasa lapang dipengakhiran.

Salah satu isunya ialah berkenaan ukhuwah kita. Adakah persaudaraan kita sesama makhluk Allah SWT itu sukses atau sebaliknya. Apakah kita banyak merosakkan atau kita lebih banyak mewarnakan persaudaraan. 

Ramadhan kian bertandang datang, selepas itu nanti Syawal pula akan mengunjungi.....Jadi, persiapkanlah diri. Buang segala 'hitam' yang mengotori dan melatari merah hati. Jadikan kedatangan Ramadhan ini untuk kita menyuci diri dari sifat2 mazmudah kepada sifat2 mahmumah (terpuji).

Ketatkan kembali ukhuwah yang longgar sebelum ni.....Ukhuwah yang rosak sebelum nikita perbaiki dan cantik kan kembali. Iri hati.....hasad dengki....adu domba.....dan sebagainya lagi yang kita anuti patut kita layarkan pergi.

Jika kita ukhuwah fillah inshaAllah ukhuwah itu akan senantiasa diberkati dan dirahmati. Kalau kita berukhuwah semata2 kerana berkepentingan peribadi maka sampai satu tahap ukhuwah itu dengan sendirinya akan terhenti.


Oleh sebab itu, lihat semula kita punya nawaitu......Andai niat kita comel maka comel juga la haluan kita menghala tujuan. 


"Friendship isn't how you forget, but how you forgive......Not how you listen, but how you understand. Not how you see, but how you feel.....Not how you let go, but how you hold on"


"Some people come into our lives and quickly go....some stay for while and leave foot prints on our hearts. And we are never ever the same"

Jadi, tak kira la di dunia maya atau dunia nyata.....try tanya diri kita......kita berukhuwah kerana apa?

Hmmmmmmm......angpa rasa lagu mana??

Jazakallah


Credit photo: Lebai google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. persahabatan yang terjalin dek kerana keikhlasan diri disaluti dengan kejujuran pasti akan kekal selamanya..walau jauh walau terpisah walau tak berhubung, pasti sentiasa kita ingati..dia takkan hilang..

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.