Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 23 July 2013

Harimau Malaya tak kalah, cuma Chelsea yang menang.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Photo ehsan lebai Google
Sedikit lewat untuk 'pukul' kepala bana yang me'raja'i bola sepak kat Malaya ni ekoran penangan terjahan maha dasat pada entri INI.

Dah lama tak ulas berkenaan bola sepak Malaya rasa kekok pula rasa. 

Sila senyum depan skrin komputer memasing sapa sini pi tengok bola Harimau Malaya (pilihan Malaysia) vs Chelsea dua malam lepas?...baguih.......bermakna angpa dah terlepas solat terawih satu malam......HaHaHa....

Well, berbalik kepada perkara pokok dan ranting serta dahan untuk entri ini.....nantikan melalut ke laut ada juga yang tak faham.....cakap berkias tak paham....cakap direct juga tak paham......mau je kasi pelempang.....HiHiHi...

Dalam games yang penuh dengan kaler blue malam tu, Harimau Malaya tak kalah cuma Chelsea sahaja yang memang layak menang. Harimau Malaya macam biasa la kan, akan bagi pihak lawan mengalahkan mereka.

Macam la angpa tak khatam lagi apa yang Rajagopal duk canang selama ni, "kemenangan dan ranking tak penting"......jadi, angpa toksah la duk berhiba bagai na...

Kepada Fan Chelsea, angpa jangan gumbira sangat dengan kemenangan tersebut.....team angpa main dibawah pengaruh alkohol tahap yang sebenar. Tak sepatutnya team angpa menang dengan 4-1 malam tu, patutnya lebih dari itu.....Kenapa? Tak percaya? Walaupun abg long tak tengok live tapi berdasarkan tayangan ulangan di youtube memang team angpa patut 'kenduri' bola gol keeper malam tu.....biar gagap Rajabola Rajagopal dan berdarah idung 'orang kuat' FAM yang konon2 maha tahu segala tentang bola sepak yang sepatutnya makan penyepak dengan peminat yang berhabis masa, tenaga dan wang ringgit semata nak tengok pasukan Harimau Malaya menjadi mangsa2 belasahan pihak lawan.

Tapi kini ternyata Rajagopal antara juruletih jurulatih yang paling banyak koleksi alasan dan ayat bela diri setiap kali pasukan Harimau Malaya kendalian beliau tidak dimenangkan oleh pihak lawan. Terbaru beliau menyalahkan pemain pula setelah berkoyan2 eksperimen beliau tidak menjadi. Ternyata kelekaan pemain menyebabkan mimpi beliau untuk menjadi jurulatih pertama dari benua nusantara mengalahkan pasukan Chelsea ranap macam runtuhan stadium Sultan Mizan di Terengganu. Taniah buat pemain kerana anda telah dikambing hitamkan oleh Rajabola a.k.a Rajagopal.

Menurut beliau, "mana-mana jurulatih akan berasa kecewa seandainya pemain melepas kan gol mudah seperti itu."

“Pemain gagal memberikan konsentrasi sepenuhnya. Kami melepaskan gol seawal minit kelima disusuli kegagalan mengawal pemain nombor 15 (Kevin De Bruyne) yang meledak gol kedua."

“Kita cuba bangkit mencipta beberapa peluang sebelum melepaskan gol sekali lagi pada penghujung babak pertama,” katanya selepas perlawanan malam kelmarin.

Nak tahu lebih lanjut komen rajabola a.k.a Rajagopal angpa boleh baca SINI.

Sebelum beliau bersuara, para peminat dan utras Harimau Malaya sudah lama bersuara.... namun beliau seakan mengalami sindrom lambakan taik telinga atau masalah pendengaran kronik tahap dewa.....penyakit yang sama juga berjangkit terhadap 'orang-orang kuat' FAM yang berada disinggahsana.

Kalau la begini percaturan untuk Harimau Malaya maka rasanya ramai nanti peminat Harimau Malaya yang akan mengalami masalah barah hati setiap kali menontot game yang melibatkan Harimau Malaya baik di stadium mahupun di kaca tv.

Angpa rasa Harimau Malaya boleh dikalahkan ka bila lawan Barcelona nanti? Sejujurnya selagi FAM tak ditransformasi, Harimau Malaya (pasukan berstatus negara) akan tersungkur dan luka lagi.

Zaman sekarang orang duk sembang about transformasi, jadi FAM bila lagi??

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.