Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 22 July 2013

Ibu arwahyarhamah adik Nawal Iris kemungkinan didakwa kerana cuai?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bukan cuai la akak oiiiiiiiiii.....banyak benda yang cikgu-cikgi sekarang nak kena pikiaq.....terkejaq ke sana sini.....buat itu ini....tekanan kerja toksah cite, bukan ada yang faham depa....akak pun 2x5 5x2 je dengan sesetengah 'pengomen' yang komen bagai depa tu malaikat...macam depa ja sempurna tiada cacat cela...

Tragedi ini baru secebis sahaja dari cerita para 'pendeta'......Kalau nak coret satu persatu banyaknya tak terkira....Kalau abg long yang setahun jagung ni coret nanti ada pula 'suara-suara sumbang' yang mengata yang depa ni 'pendidik manja', tak pasai2 yang mengata dapat free2 dosa...yang dikata sakit hati terluka....

Ada dikalangan 'pendeta' ni yang buat kerja sukarela, bawa anak murid sertai pertandingan dimana2......tetibe kemalangan berlaku secara tak sengaja, mereka sikit pun tak dibela.....disalahkan lagi ada.....lumrah orang kita zaman dipenghujungnya....tiada respek pada guru dan juga ulama....

Sebelum ni saya ada tulis tentang tragedi ini di SINI. Berat mata akak melihat, berat lagi kesakitan...lelas hati dan luka perasaan yang ibu arwahyarhamah Nawal Iris ini alami.....Bukan beliau seorang sahaja rasa kehilangan tetapi seluruh jemaah keluarga beliau merasai sakit 'kehilangan'.

Sudah la jiwa beliau merana kerana kehilangan orang tersayang, sekarang akta yang ada   nak diguna pula atas suratan yang tak pernah beliau angan dan impikan. Oh......saya lupa, mungkin dengan cara itu sahaja kita mampu memperlihatkan rasa simpati.

Bukan abg long nak menyalahkan takdir Tuhan atas suratan yang telah berlaku terhadap arwahyarhamah adik Nawal Iris dan keluarganya, cuma abg long nak tanya....betul ke kerana cuai? Sebelum nak kata cuai, ada baiknya selidik dulu faktor luaran dan dalaman terjadinya tragedi ini......Cu cite kat abg long ni ha.....Ada tak sesape yang tengah baca celoteh abg long ni yang mahu orang kesayangan mati secara tragis? 

Banyak benda yang perlu difikirkan oleh ibu arwahyarhamah Nawal Iris dan rakan2 seangkatan dengannya..... mesyuarat.... pbs...... kssr.... e-operasi.... eslpg..... bla...bla...bla.... tugasan dan tekanan  tak pernah memberi mereka peluang untuk berdada lapang....

Tahun berganti tahun.....PRU berganti PRU......Menteri silih berganti.......pengarah datang dan pergi.......namun kemaslahatan para 'pendeta' seperti ibu arwahyarhamah Nawa Iris tetap tang tu juga.....

Dah lama cerita ceriti ceritu konon-kononya 'orang-orang' disinggahsana sana nak buat pembaikan dan memartabatkan profesion keguruan ni......dah berbuih mulut 'orang itu' 'orang ini' duk canang sana sini.....Tapi, pi mai pi mai tang juga.....'orang itu' 'orang ini' silih berganti tapi habuk pun tarak nampak lagi......makin kusut ada..

Yang ada kini, para 'pendeta' makin terbeban dengan tugas yang bukan hakiki......siapkan failing dah macam tugas rasmi, kerja kerani pun dibantainya sekali.....Macam2 kerja dan tugas ntahapaapantah memang dah sedia menanti......Tugas mendidik dah jadi sipi2....Pengeluaran 'modal insan' umpama bermimpi disiang hari.....Apa boleh buat bila 'orang-orang' disinggahsana masih tak sudi memijak bumi realiti.

Abg long cuma nak habaq, orang lama pernah pesan, "Hanya jauhari yang mengenal manikam."

Angpa yang singgah baca blog abg long ni boleh baca ulasan akak menteri Datuk Rohani berkenaan tragedi arwahyarhamah adik Nawal Iris kat SINI.

Teringat pesan ustaz suatu ketika dulu, "Agama menyarankan kita melapangkan urusan orang, bukan menyempitkan lagi ruang."

Fikir-fikirkan dan selamat beramal..

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

74 comments:

  1. tahniah buat saudara yang mempertahankan guru tersebut..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudara ash sudi singgah sini...

      bagi saya tidak adil jika kita menghukum atas takdir yg tak beliau angankn.

      cuba kita letak diri kita pada situasi beliau skrg...mampukah kita....itu yg cuba saya bawakan bt tatapan semua.

      Delete
  2. dh lama bg cdgn nk wujudkan nurseri tmpat keja, xjalan2 jgk. ada x akta yg blh dakwa menteri pmbangunan wanita, keluarga n msyrkt ni, sbb CUAI JAGA KEBAJIKAN IBU BEKERJA SHINGGA MNYEBABKAN KEMATIAN?

    baru dia tau langit tu tggi ke rndah... xde la nk wat keja xsenonoh mcm ni.. org dh dpt musibah nak tmbah lagi.. pemimpin hapakebenda mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa nama, baguih juga cadangan saudara tu utk mewujudkan nursery kat tempat kerja.....harap ada pertimbangan oleh pihak berwajib....itu pun kalau depa mai baca sini la....HiHiHi...

      Bab akta utk dakwa menteri pmbangunan wanita, keluarga n msyrkt, sbb CUAI JAGA KEBAJIKAN IBU BEKERJA SEHINGGA MNYEBABKAN KEMATIAN saya rasa tak payah kot, dia dah selesa duk kat kerusi empuk tu....biarkan je la....

      tapi ahli2 parlimen yg bijak dan pandai boleh fikir2 kan kot utk bentang perkara ni kat parlimen nnt...

      terima kasih saudara sudi berkongsi idea.

      Delete
  3. Berhentilah menuding jari. Ibu tersebut dah terlalu tertekan dengan apa yg terjadi. Kita insan sekeliling sepatutnye memberi sokongan moral kepadanya. Jangan sampai Ibu ini mengalami KEMURUNGAN MELAMPAU.
    Thanx pemilik blog.

    Forgotten baby syndrome
    It seems unthinkable - accidentally leaving your baby for hours, but lots of busy parents do it with devastating consequences

    http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2113440/Forgotten-baby-syndrome-It-unthinkable--accidentally-leaving-baby-hours-lots-busy-parents-devastating-consequences.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih eyzalee sudi singgah sini dan keprihatinan anda terhadap ibu arwahyarhamah adik Nawal Iris.

      Delete
  4. Betul tu..hanya guru2 saja yg tahu beban seorang guru....x der seorang ibu pun yg sggup membunuh anknyer sndiri...pikir2 kan la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul apa yg Tanpa Nama katakan,
      dalam entri diatas dan isu yg abg long nak smpaikan...bukan ibu beliau nak membunuh anak sendiri.

      Delete
  5. betul, sy sokong abang long!!
    usah dibebankan ibu & keluarga yang menanggung kesedihan, penyesalan. si ibu dengan susah payah mengandung 9 bulan, bertarung nyawa melahirkan lepas tu bila berlaku musibah tuding jari kepada ibu tu.. xda ibu yang normal akan sengaja membunuh anak yang lahir dr rahimnya sendiri..*sedih dengan mentaliti yang mental*..good job abang long! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sour n sweet sokong aje.....HiHiHi....pe pun terima kasih sudi singgah sini.

      abg long pun tumpang sedih dengan sesetengah pengomen mentaliti yang mental.

      depa tak faham situasi, cakap ikut sedap hati

      Delete
  6. Sy pon seorg guru..mmg..pernah bwk ank g kem...krn tkde org nk jg...sehingga ank kna sampuk...ya Allah..nk bsama dgn ank pon kna curi2 ms...kja yg ada bkn stkt dskola shj..mlh dbw ke rmh...hnya mereka yg terlibt dlm bidang ini je fhm...n org yg xfhm...xpyh komen yg -ve krn anda tdk brada dsituasi ki

    ReplyDelete
  7. Saudara,

    Kecuaian adalah kecuaian, tidak ira siapa sahaja, sama ada guru, tentera, staf pentadbiran dan sebagainya. Jangan dikaitkan dengan kerjaya. Jika saudara menyatakan beratnya tugas guru, saudara ada fikir beratnya tugas pekerja lain? Staf pentafbiran, anggota keselamatan dan sebagainya. Jangan lupa, bukan hanya guru yang ada mesyuarat dan sebagainya, pekerja lain tidak ada mesyuarat dan sistem yang melemaskan? Saban 'saat' saya mendengar guru mengeluh itu dan ini, yang banyak saya jumpa guru tidak bertanggung jawab. Cuti sekolah banyak, bila dipanggil untuk mesyuarat mula merungut. Bila ditugaskan menjaga peperiksaan, juga merungut, padahal ada elaun disertakan. Saya perhatikan, guru sekarang tidak seperti duhulu. Guru dahulu walaupun gaji kecil (sudah pasti ada mesyuarat dan sistemnya yang tersendiri), sangat berdedikasi dengan tugas dan tidak banyak merungut. Sekarang ini, dengan pelbagai kemudahan, kuat sungguh merungut? Kalau ada sistem yang tidak kena, bawalah berbincang dalam korpus keguruan, ini seluruh angkasa raya maklum. Kalau saya, saya akan rasa malu. Kerja guru ikut skema (buku teks) yang tersedia, para pekerja lain yang sering kali 'skema' berubah-ubah tidak pula sebising guru. Mungkin pekerja lain tidak bekerja?... Ikhlaskan niat, jangan asyik mengeluh, malu pada anak murid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jd cg dulu bru tahu...

      Delete
    2. sangat setuju dengan pendapat ni...

      Delete
    3. malulah pada diri sendiri kalau xtau tugas guru sekarang sangat berbeza dengan guru dahulu.. inilah adalah takdir.. dan jika ini berlaku pada diri sendiri.. kita nak mnghadapi.. sama2 kita doakan kesejahteraan pd kluarga tersebut dan seluruh umat..

      Delete
    4. Mungkin Cg Murni kena jadi polis dahulu atau tentera dahulu atau kerani dahulu baru tahu bukan hanya guru yang sibuk atau terbeban.

      Ya, malulah pada sendiri, semua sistem pekerjaan turut berubah berbanding dahulu, dan bukan hanya guru sahaja.

      Delete
    5. my husbnd polis.. polis lg sng dr kerja guru.. xperlu kne saman xperlu diburu oleh parents.. hav a lot time with family.. be a teacher first u may know our burden.. n that why my husbnd always complaint why im so bz.. even at home im doin a work.. kick in data, marking .. paperwork.. police are much better than being a teacher..

      Delete
    6. Tugas guru dahulu dengan sekarang SANGAT BERBEZA ! jangan bandingkan cikgu dulu dengan sekarang sebab pelajar dulu pon berbeza dengan pelajar sekarang ! dulu pelajar kena rotan sampai luka2, xde pon saman cikgu ..tapi sekarang, menjeling pelajar pon tak boleh sebab menjatuhkan maruah pelajar tersebut ! mohon empati kepada ibu malang tersebut..itu adalah kemalangan ! tiada ibu sanggup bunuh anak sendiri

      Delete
    7. Saya setuju dengan pendapat "Tanpa Nama 23 Julai 2013 9:26 PG". saya setuju yang ramai guru mengeluh.. Saya pun guru. Saya pun mengeluh.. Memang saya tidak ikhlas buat kerja.. Memang tugas kami untuk mengajar sahaja... Bukannya untuk kelolai hari sukan, buat kertas kerja, bentang pelan keselamatan untuk kawalan murid bagi setiap program, masukkan data Pentaksiran Berasaskan Sekolah (peperiksaan yang perlu dibuat setiap hari/namanya formative assessment OK!), tak termasuk lagi sekarang ni segala kurusus perlu dihadiri selain daripada waktu mengajar atas alasan MMI (menjawa waktu pembelajaran dang pengajaran murid)...

      Ya, memang kami ada elaun pun untuk datang malam, siang dipenuhi dengan waktu mengajar dan sediakan alat bantu mengajar... Maaf ye cik, kami merungut atas kerja kami dan beban yang kami pikul... Tapi kami tak pernah kisah kalau kerani, PT, PTD dan semua yang lain nak merungut atas beban kerja mereka.. APa kami bukan manusia? Siapa tahu stress kami? Tak sempat pun untuk bermain dengan anak. Siang malam ke sekolah. Tapi adakah kami merungut sampai berdemonstrasi? Rungutan kami dengan niat nak bagi ibu bapa faham yang tugas kami berat dan jangan diingat yang kami menjaga anak anda seorang sahaja. Itu sahaja yang kami nak fahamkan..

      Sekarang zaman 'self-monitoring learning". Kami nak ajar anak-anak anda jadi mentor untuk diri sendiri dan pantau pembelajran sendiri. Jadi jika ada yang gagal. Kenapa kami disalahkan? Kenapa bukan bebanan tugas kami diperhalusi dan difahami?

      Sorry, I have to say this.. I did my research and phd in Australia... Then I come back to school for the sake of trying to understand current teachers' issue from the grass root. But my findings (along with my overseas researcher) found that Malaysian teachers' workload has hit the threshold due to several indicators:

      1) Instructional workload (meh saya tolong translate: beban kerja mengajar) in ratio to the students quantity in the classroom has increased. The Gov actually need more teacher to fulfil 25 person/ class and MAXIMUM 20 hours per week. However,

      2) Workload of teaching preparation encompasses the teaching aids, worksheet and lesson plans. Thus, those are count as HOURS OF WORKING regardless of time and place they are completed.

      3) Workload of clerical and managerial issues (which should totally be left for assistant teacher in many developed country) because data-teachers-in-charge are only responsible for general data/reports, for they have their timetable of teaching as well but a little bit less than others.

      Those are only three. Research was done based on quantitative and qualitative approach. ANOVA and MANOVA scale cannot be discussed here.

      If you are lazy to find reading, there are some facts from an academic-related research. I bring it up to you. So, please read. Government is on their way to proof this. They are much more smarter now. Having their planning and research before taking actions. But sadly, nobody appears to back teachers up. Until come the new Minister of Education recently. It was her background that led her to consider all those issues into parliament.

      ~~In before, teachers in Australia are allowed to behave like normal humans and it is accepted to the norms to react like humans. Because they appreciate teaching as a profession and carrier not as a "character" which can be very subjective to be discussed. So, please enjoy my normal human-being reaction to your opinion~~

      "Damn, you are so retarded!"
      -Dr. Abqar-

      Delete
    8. Jika inilah cara cikgu berfikir, saya amat kecewa. Seolah-olah hanya profesyen guru yang esklusif dan berubah. Bukankah perubahan ini turut dirasa semua profesyen? Anak berubah, ibubapa berubah, itu adalah realiti, maka cikgu perlu akur dengan perubahan. Bukannya asyik mengeluh. Perlu jenguk juga profesyen lain. Namun yang lebih penting, patut dicadangkan pada KPM mengambil guru yang mempunyai daya tahan dan tidak banyak mengeluh. Terimalah 'nature' profesyen guru kini.

      Semua orang bersimpati dan berempati pada ibu tersebut, tapi janganlah dikaitkan dengan profesyen keguruan semata. Semua orang boleh lakukan kecuaian, tidak kira apa profesyennya.

      Delete
    9. jgn bercakap psl gaji.. sbb gaji kmi utk plajar kami.. korg xjadii guru jgn ckp

      Delete
    10. saya setuju dengan anda...kes ni terjadi bukan disebabkan dengan kerjaya seorang guru.Ini dah suratan takdir..Allah dah tentukan mcm tu jadi kita kena redho. ianya tiada kaitan langsung dengan kerjaya sbg seorg guru.kami yg tidak bekerja sbg guru ni sama jugak bebannya. .terpaksa jgk bwk blk keje ke rumah. keje ofis 9pg - 6ptg.itupun kalo yg beruntung 5 hari seminggu. ada lg yg keje 6 ari seminggu.cuti cuma sehari dan itulah masa nak diluangkan dgn family. kerje swasta sthn plg byk cuti 14 hari,tp cuti cikgu dah berbulan2...jeles jgk kami ni.saya hargai jasa guru saya,tanpa mereka siapalah kita.cumanya jgnlah memperlekehkan tugas selain drpd guru.

      Delete
    11. 1. berbalik kepada entry ini. kecuaian memang kecuaian saudara. tapi kena lihat dari segi situasi juga. ibu mangsa sudah la kehilangan anak.sanggup ke kita sebagai manusia ini tambahkan lagi beban dia dengan cara mendakwa. sory la.dalam dunia ni xda ibu yg rasional nak anak dia mati setelah 9 bulan penat mengandung. patut pihak terlibat bg sokongan kalau x nak pon bg jln supaya selesaikn mslah.
      2. cikgu sekarang memang tak sama macam dulu. lihat la keja sekarang sama ke sama dengan dahulu?gaji pon tak sama. dulu ada ka segala sistem yg mcm sekarang ini?
      3. cuma semak dulu brapa kes sektor awak yg bnyk mengalami masalah jiwa?
      4. alahai senang cakap. orang takkan memahami selagi dia belom mengalami :)

      Delete
    12. secara kesimpulannya semua kerjaya ada masalah masing2...setiap org akan mempertahankan kerjaya masing2.....tapi setiap kata2 boleh menghiris perasaan individu masing2....janganlah dengki mendengki dengan sesiapa kerana semua kerjaya di alaf sekarang sgt mencabar....

      Delete
    13. Dr. Abqar

      PhD bukan kemuncak ilmu, tetapi lesen untuk meneroka ilmu berasaskan kepakaran. PhD juga bukan petanda hebat kawalan emosional seseorang, belum lagi sentuh tentang kesarjanaan. Terima kasih untuk maklumat. Lagipula ANOVA atau MANOVA sudah ketinggalan, kenapa Dr Abqar tidak guna SEM, lebih mendalam penjelasannya. Baik jika Dr Abqar bandingkan juga beban kerja profesyen lain (dari sudut psikologi, sosial, ekonomi dan sebagainya), baru nampak betapa luasnya masalah dan betapa banyak ilmu yang perlu kita peljari lagi.

      Delete
    14. boleh rujuk maklum balas saya berkenaan pengomen "Tanpa Nama 23 Julai 2013 9:26 PG" pada link bawah ini.

      http://amiraimanakashah.blogspot.com/2013/07/kes-ibu-arwahyarhamah-adik-nawal-iris.html

      Delete
    15. Saudar,jgn ckp mcm anda tahu tgas seorang guru..anda xperlu jdi guru,tp sy mnjmput anda dtg ke sekolah sy yg mjriti pljarnya join kongsi gelap...sllu je kes tetak mnetak yg brlku tp xmsuk pun paper..sbgai guru,kami bkn hnya mngjr,tp kami juga perlu pastikan pljr kami slmt..tiap2 hri kami akn mnuggu dpgar sklh shgga smua pljr pulang krmh tnpa gnguan wlaupun kami thu nyawa kami dlm bhya skrnya dserang...jgn pula ble awk dtg,ad pnyerang awk nk mnyorok blkg kami cikgu2 d sini plak yer...ingt,nk brckp,kajila dhulu tntg krja kami..

      Delete
  8. sy setuju dgn saudara..xde ibu didlm dunia ini inginkan perkara sebegini berlaku..sudah la ibu arwah sedang bersedih dgn kehilangan dpt pula berita yg beliau bakal didakwa bagaimana ianya dpt memulihkan hati si ibu?seperti sudah jatuh ditimpa tangga.sy bersimpati dgn ibu malang tersebut.Cuba letakkan diri kita di situasi beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mira Suhani atas empati anda....

      yang dimaklumkan kepada saya, beliau berkurung dalam bilik dan enggan bjumpa dgn sesiapa....mgkn terganggu jiwa dan perasaan dgn tragedi yg berlaku

      moga2 ibu arwahyarhamah adik Nawal Iris tabah dan kuat slps ini.

      Delete
  9. sy setuju dgn saudara..xde ibu didlm dunia ini inginkan perkara sebegini berlaku..sudah la ibu arwah sedang bersedih dgn kehilangan dpt pula berita yg beliau bakal didakwa bagaimana ianya dpt memulihkan hati si ibu?seperti sudah jatuh ditimpa tangga.sy bersimpati dgn ibu malang tersebut.Cuba letakkan diri kita di situasi beliau

    ReplyDelete
  10. betul...hanya jauhari mengenal manikam...hanya guru yg tahu tugas guru...org lain boleh bercakap dan komen apa sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg terjadi sudah suratan takbir..kecuaian adalah sebab musababnye saje..tidak ada seorang ibu pun yg sanggup atau rela anaknye pergi dlm keadaan begitu..walaupun bukan terjadi pd diri saya tp saya amat memahami hati seorang ibu..jgn ditambah kesedihan dan kekesalan yg dialami oleh ibu ini..apa yg pasti ibu ini amat tertekan..kita doakan semoga ibu ini redha dan tabah menghadapi dugaan ini..

      Delete
    2. ada ke yang faham apa itu HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM.....tapi abg long rasa dah sesuai dan kena dengan ayat yang abg long utarakan dalam entri, harap semua faham la yer...HiHiHi

      Delete
  11. sebelum nie banyak jer kes yg berlaku di malaysia berkenaan budak lemas dalam kereta...tp disebabkan mak ayah arwah nie bukan golongan guru, so isu nie tidak menjadi besar....puan boleh google sendiri sejarah2 kes yang pernah berlaku...sekadar ingatan...jgn sempitkan pemikiran kita...sy juga turut simpati atas kejadian yg menimpa...wallahua'lam...

    ReplyDelete
  12. Saya juga guru...
    Saya juga mudah lupa...
    Seorang ibu memang ada sedikit sifat pelupa lantaran menyusu dan melahirkan
    mmmm.... semoga Allah mudahkan guru tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu sudi singgah lepak sini...jazakallah

      Delete
  13. Thanks fhmi tgs guru.... baik sek men @ ren beban keja ttp sama

    ReplyDelete
  14. betol tu...tak boleh salahkan cgu tu 100%....siapa yang bukan dalam bidang perguruan tidak akan tahu bahawa bidang ini sgt mencabar dari segi mental dan fizikal...bukan mcam dulu2 punyerr..
    dahlah sudah kehilangan anak yang tercinta ni pula kena tindakan pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi cikgu mahu???
      HaHaHa......mgkn itu yang depa tu mahu tahu....Y(^__^)Y

      Delete
  15. semoga arwah menjadi penunggu syurga buat ibunya..menanti disana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah saudara Along Hisham......terima kasih sudi singgah

      Delete
  16. Cg dahulu dgn skrg berbeza saudara...cg dahulu lbh kpd mngjr..mana ada pbs,eoperasi,mmi,esplg,ldp dan mcm lg...hanya jauhari yg mngenal manikam..jd guru dulu baru boleh tahu mcmmane..xpyh lama..3 bln kerja dah mengeluh..dr data srndiri ke murid2..smua guru yg lksanakn..kerani dan guru..bkn mngeluh..tapi mmbetulkn prnyataan individu yg mnyalahkn cikgu...

    ReplyDelete
  17. Setuju tu.. walaupun saya bukan seorg guru namun saya faham dn turut bersimpati dgn nasib keluarga arwah.. ibu bapa mana yg tk sayangkan anak depa..ingat!! tak da sorang pun yng perfect dlm dunia ni!!!!

    >> feel free to visit my blog (mompreciouscloset.blogspot.com),LIKE our fan page (https://www.facebook.com/MomPreciousCloset) & add us on FB (Mom's Precious Closet).. tq!! <<

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mummy Ayra atas simpati anda pada keluarga beliau

      Delete
  18. Kerja guru je la yang sibuk kat dunia...emmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom sertai bidang ini dlu baru boleh nak berbicara....=)

      Delete
  19. X nk anak mati dlm keta, x pyh jd cikgu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat setiap yang berlaku itu sudah ketentuannya....kalu jadik apa sekalipun kalu Allah berkehendakan begitu...maka jadilahh...bila nak berbicara biar fikir 40x dlu ye

      Delete
  20. Saya sangat simpati dengan nasib si ibu, saya doakan si ibu mendapat ketabahan dan ketenangan.

    Walaubagaimanapun, saya kurang setuju dengan komen mengenai kerjaya guru yang dikatakan sangat membebankan..

    Bagi saya kerjaya guru adalah BUKAN KERJAYA YANG MUDAH tetapi juga BUKANLAH KERJAYA YG SANGAT MEMBEBANKAN. Beban kerjaya guru adalah setimpal dengan gaji yang diterima. Jika dikatakan tidak adil untuk dibandingkan dengan polis atau tentera yang tiada degree, saya akan buat perbandingan dengan jurutera. Berdasarkan pengalaman, gaji keseluruhan seorang jurutera lepasan universiti adalah 2000, dan tiada elaun tambahan yang lain. Pergi kerja 8 pagi, 7 mlm belum tentu sampai di rumah. Tidak termasuk dengan beban kerja yang tinggi,kejar dateline, meeting dengan client, lawatan ke tapak di tengah panas, dll. Kalau bertuah, dapat company besar, adalah kenaikan gaji. Orang terapat dengan saya, tiada kenaikan gaji selama 2 tahun. Kalau ada kenaikan gaji pun kurang daripada RM100, berbanding kenaikan gaji guru sekarang iaitu RM200++. Cuti tahunan 14 hari, itulah cuti nak raya, nak bawak mak ayah sakit. Tak termasuk lagi perlu bekerja di musim cuti perayaaan. Bonus takde. Sama ada percaya atau tak, tapi itulah hakikat yang terjadi kepada kenalan rapat saya, seorang jurutera

    Jadi, cikgu-cikgu bersyukurlah.. Sesungguhnya, nasib korang lagi baik dan terbela daripada insan lain.

    ReplyDelete
  21. setuju dgn pendapat bloger... tugas guru bukan senang,..kdg2 nak makan pon x sempat..x pasal-pasal dapat gastrik...

    semua orang ada kerja memasing n kerjaya memasing...memasing sibuk dan memasing terbeban dengan tanggungjawab...mungkin ini takdir si ibu.anak pergi di tangan si ibu..tp bukan kehendak dia kan...

    pertimbangkanlah semula dakwaan kelalaian kepada si ibu itu

    ReplyDelete
  22. Setiap kerja ada bebanannya.... cuma saya berpendapat tugas guru mesti diberikan perhatian yg lebih berbanding yg lain kerana .... pada bahu mereka lah terletaknya tanggungjawab untuk membentuk generasi kita pada masa depan... itu lah sebabnya profesion ini diberikan tumpuan utama.. Pekerjaan yg lain pun penting, tapi kalau melibatkan pembentukkan manusia ni jgn di pandang mudah... silap gaya , rosak binasa... siapa anak2 kita juga.... BERBEZA KALAU BUAT KUIH, TAK SEDAP BOLEH BUAT LAGI, SALAH ISI BORANG BOLEH ISI LAGI... SALAH HANTAR SURAT BOLEH PULANGKAN... TP KALAU SALAH ACUAN , MANUSIA AKAN JD HAIWAN... FIKIR2 KANLAH ORG YG BUKAN GURU NI... JGN LAH ASYIK NAK CEMBURU DGN CIKGU... ESK BILA U DAH ADA ANAK2, BARU LAH HANGPA TAU...

    ReplyDelete
  23. saya juga seorang guru, macam2 jawatan saya pegang...macam2 mesyuarat, kursus yang saya perlu hadiri tapi sehingga hari ini saya tidak pernah merungut akan beban kerja kerana gaji saya mencecah rm4k sebulan. setiap tahun gaji saya meningkat dan setiap tahun juga saya berusaha meningkatkan prestasi saya. kalau ikut penat, saya sarankan berhenti menjadi guru dan carilah kerja yang tidak memenatkan. Jika kaum wanita rasa terbeban dengan urusan anak, suami dan kerja, berhenti kerja dan jadilah surirumah yang baik. jangan disalahkan beban kerja atas kejadian yang menimpa adik Nawal....ajal maut di tangan Allah dan meninggal dunia kerana lama terkurung dalam kereta adalah penyebab dan alasan kematian itu. Saya tidak setuju tindakan undang2 diambil kerana cuai dan saya juga tidak setuju dengan pelbagai alasan beban kerja...beban kerja...gaji meningkat tiap2 tahun tapi kalau beban kerja masih di takuk lama, tidak perlu diadakan kenaikan gaji...berhentilah merungut atas kerja yang kita sendiri pilih,,,andai ada yang mengatakan terpaksa menjadi guru, sedarlah itu adalah jalan terbaik oleh Allah untuk anda....buat yang terbaik tanpa merungut kerana kerja mendidik itu satu ibadah, kerja perkeranian itu setimpal dengan gaji yang kita perolehi

    ReplyDelete
  24. X mau komen pasal tugas. Setiap kerjaya ada masalah yg tersendiri. Cuma nak sarankan jgn menghukum IBU arwah sebelum diadili. Jgn dituduh sblm diselidik. Berikan dia kegembiraan dahulu selepas kematian anaknya. Bg saya hukum dahulu jembalang2 yg jelas mend era n membunuh anak2 yg masih berkeliaran di luar sana..

    ReplyDelete
  25. semua dok salahkan siibu.. selidik dulu punca kejadian.. saya guru juga... faham beban kerja ni..orang luar profesion nampak cuti cikgu berbulan-bulan.. sebenarnya depa tak faham.. yang cuti tu murid saja. cikgu boleh kena panggil bertugas. cuti rehat guru sebenarnya 7 hari saja setahun. ulang semula.. 7 hari saja nak diguna sepanjang tahun....anak sakit, mak bapak sakit. suami isteri sakit pandai-pandailah..nak handle. panjang lagi kalau nak kena terang ni bab cuti saja.

    ReplyDelete
  26. dlm dunia serba mencabar ini...rasa simpati kian terhakis dlm jiwa manusia. kita sering bertengkar tentang perkara yg remeh. kita sering berbalah utk memastikan pendapat kita betul...kita lupa allah yg maha berkuasa. semua kerjaya ade kesibukan masing masing. sebagai manusia tidak salah sekiranya kita menjadi pendengar pd masalah org lain. jgnlah kita sibuk memberikan komen yg menyakitkan mana mana pihak. saya pernah bekerja di syk swasta...dan kini saya juga menjawat jawatan guru. sudah hampir 14 tahun. adalah betul guru banyak cuti, guru banyak rehat....itu semua utk guru yg tidak menjalankan amanah..sama juga di bidang kerjaya lain. yg malas memang ada dimana mana. dan selalunya org nampak golongan ini. saya adalah guru yg mengajar kelas peperiksaan. betul cuti banyak..kalau 10 hari cuti.....5hari utk kelas tambahan. cuti hujung minggu juga ada kelas tambahan. kadang kala ade kem, langsung tak cuti...bulan puasapun ada kelas tambahan. raya puasa ni lama...sudah pasti kami korbankan cuti raya utk buat kelas tambahan memandangkan exam hampir tiba. belum lagi kelas malam. manalah masa utk anak. anak saya hampir hampir tewas dlm upsr akibat ibunya yg lebih byk memberikan A utk anak org lain. sehinggakan saya lupa saya juga ade anak yg perlu diajar.
    wahai rakan guru
    ingatlah....kita didik anak org lain dgn sebaiknya...insyaallah....allah akan jaga anak kita. ramai anak anak guru yg berjaya dlm hidup kerana keberkatan yg allah beri hasil kerja kita.
    pedulikan apa org lain nak kata.....
    sepatutnya. ...cuma ada satu kesatuan guru sahaja di malaysia. barulah kita boleh bersatu dan menjadi lebih kuat.....demi utk menjaga hak hak kita yg selama ini terabai...

    ReplyDelete
  27. Ambilah iktibar dan pandanglah dari sudut positif...
    Ketika insan lain menuding jari terhadap ibu ini, Allah Taala ingin mengangkat darjat ibu ini dengan menurunkan dugaan yang maha berat terhadapnya di bulan yg penuh kemuliaan ini...Masha Allah!
    Ibu itu bukan ibu malang tapi beliau adalah insan yg terpilih. Terpilih diberi dugaan besar dlm bulan Ramadhan dan terpilih memiliki seorang anak yang kini ahli Jannah... Subhanallah!
    Anak comel itu kini bahagia di sisi Penciptanya dan ditemani bidadari2 syurga di sana..insyaAllah anak itu jugalah yg akan menjamin ibunya di akhirat nanti.
    Siapalah kita di dunia ini mahu mengkritik qada' & qadar Illahi??????

    ReplyDelete
  28. Bila ada kes mcm ni pandai pula mereka nak hukum tanpa memikirkan perasaan si ibu...
    Tapu knp yg terang2 mendera tu xdicucuh semula dgn api rokok atau simbahkan ibu bapa yg mendera anak itu dgn air panas???

    ReplyDelete
  29. Terima kasih kpd Encek Blogger atas entri yang sangat memahami guru. Saya amat menghargainya.

    Mmg kami banyak mengeluh atas bebanan yg kami terima. Bukan kami ini manja tetapi mmg tersangat beban sehingga selalu hilang fokus. Bukan kami tak pernah suarakan perkara ini, tetapi suara kami bagaikan tidak didengari. Penubuhan Jawatankuasa Kajian Beban Guru oleh pihak kementerian hanyalah bagaikan satu alat sahaja utk meredakan kepanasan isu beban guru. Setiap tahun saya menjawab borang survey kajian tersebut, sudah 4 tahun berturut-turut, tetapi sehingga kini tiada langsung hasil kajian dikeluarkan. Yang ada hanyalah penambahan beban lagi seperti menjalankan Kurikulum Standard SRendah dan SMenengah. Apapun, kami hanya mampu mengeluh dan hanya meneruskannya sejauh mana yg kami mampu.

    Tak perlulah sibuk menyuruh kami menjadi polis, tentera, kerani dan sebagainya kerana kami tidak pernah mempertikaikan kerja orang lain. Kami tahu apa kerja kami. Sebab itu kami mengeluh, bukan untuk mengada-ngada, tetapi untuk kebaikan sistem pendidikan pada masa akan datang juga. Kami tahu apa keperluan yang sepatutnya, tetapi sayang, yang membuat dasar pendidikan adalah mereka yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan sekolah. Mereka tidak jelas tentang situasi sebenar di sekolah pada masa kini kerana mereka membuat dasar tanpa mengambil kira pendapat kami yang berada di bawah. Bukannya idea mereka tidak bagus. Bagus sebenarnya tetapi bagus untuk 10 tahun lepas. Sekolah 10 tahun dahulu sudah tidak sama dengan sekarang dan 10 tahun akan datang.

    Kepada yang suka berkata "Guru Banyak Cuti", sudahkah anda mengira jumlah hari cuti persekolahan kami + Cuti Rehat Khas - jumlah hari cuti yang kami dipanggil untuk bertugas disekolah ? Hanya nombor yang tepat boleh menjelaskan segalanya. Jika dijumlahkan, kami hanya ada kelebihan sebanyak satu minggu sahaja. Kekurangan sistem cuti kami ialah cuti sekolah adalah peak hours dimana harga hotel, flight dan sebagainya melambung tinggi, kami bercuti bersama kos yang tinggi. Jika ingin cuti di hari lain, kami hanya ada CRK berjumlah 7 hari setahun yang perlu diuruskan sebaik mungkin kerana dalam setahun pelbagai perkara boleh berlaku spt ahli keluarga yang sakit atau meninggal. Jika CRK kami sudah habis, kami tidak boleh ambil cuti lagi pada hari bekerja. Seperkara lagi, CRK kami hanyalah kemudahan, bukannya hak. Jika mohon, belum tentu mudah utk diluluskan. Bgmanapun, kami tetap bersyukur dengan cuti sekolah yg ade.

    Satu lagi, ade juga pihak selalu berkata "Cikgu Tengahari Dah Balik". Seperti biasa, mainlah dengan sistem nombor. Jumlah jam bekerja kami dalam seminggu (termasuk koku dan sukan), anda akan dapati secara puratanya kami bekerja minima 9 - 10 jam sehari. Jika lebih pun, kami tiada OT walaupun hadir ke sekolah pada hari sabtu dan ahad, wpun program sekolah dijalankan hingga ke malam.

    Dan oleh kerana suara kami bagaikan tidak didengari walaupun menggunakan saluran yang betul dalam menyampaikan aduan, apa yg kami mampu hanyalah meneruskan sejauh mana kudrat kami boleh pergi. Bagi saya sendiri pula, ketika saya terlalu penat di sekolah, saya akan memandang wajah anak-anak didik saya. Hanya mereka sahajalah yang mampu menghilangkan penat saya dan terus membangkitkan semangat saya untuk terus bekerja sebagai guru... =)

    ReplyDelete
  30. Mengikut kiraan komen.majoriti guru meluahkan bebanan kerja yg tak terpikul...ini bermakna majoriti guru dimalaysia dlm keadaan tertekan..menunjukkan bukan sesuatu yang diadakan..so kajian yg mendalam harus dilaksanakan demi masa depan anak2 kita..dgn membuat tuduhan guru adalah manja suatu tuduhan yg tidak matang..kerana jumlah yg banyak ini mustahil utk mereka berpakat..bg yg tdk puas hati saya syorkan anda mohon utk sukarela jadi guru selama 6 bln utk merasai sendiri tugas sbgai guru..mungkin anda akn dpt jwpn yg lebih tepat emosi seorg guru..kalau tidak ianya tdk lebih dari perasaan cemburu..maklumla guru cutinya byk..

    ReplyDelete
  31. Saya pernah bkerja sebagai engineer yang cuti hnya 1 hari stgh utk 1mggu..tp sangat jrg dpt sbb bos slalu bg alasan kilang problem..OT? Mana pernah ada..sya pernah kerja 3bulan tanpa off day..pg raya kilang masih beroperasi..tiap bulan travel tak kurang 5000km.. biasa jer masuk keje pg ni tgh mlm esok br blk rumah.. notis pindah kilang plg lama 14ari.. TAPI TIDAK ADA PERNAH YANG MENGATAKAN BEBAN KAMI NI TERUK.. i'm just typical people yg nk katakan kerja saya 'hebat'.. pdhal gaji saya hnya rm2000++ jer..

    ReplyDelete
  32. Nak tulis juga lah..saya berlatarbelakang kerja pejabat kerajaan, kerja swasta, kerja sendiri guru dan sekarang kerja balik di pejabat, akan datang saya bercadang nak kerja sendiri balik. Dalam banyak2 kerja yg saya buat kerja guru paling sukar. nak tahu kenapa sebab saya tak minat tapi tak de kerja saya nak cuba. Susah sebab saya sukar nak berdepan dengan kerenah murid2, masa di universiti cita-cita saya nak jadi pengurus bank. semasa di sekolah saya suka buat kerja2 pejabat, saya tak suka sangat jika masuk kelas, kerenah pelajar dan ibu bapa membuatkan saya stress dan masalah ini terbawa-bawa dalam tidur dan menyebabkan hubungan keluarga agak terganggu. Perbualan harian saya sentiasa berkisar tentang masalah disekolah. Rupanya baru saya sedar nak jadi pendidik agak sukar, jika kita tidak tahan dan tidak berupaya mengawal bilik darjah, tidak bersedia untuk menjadi dan memahami hati murid, tidak berupaya turunkan ego kita..kita tidak mampu jadi pendidik...agakya masa belajar pedagogi saya tak memahami sepenuhnya. Kini saya bekerja di pejabat, semua rutin pejabat amat memenatkan dengan melayan pelanggan, mesyuarat di luar dan terpaksa tinggalkan keluarga. Bila difikirkan kerja2 pejabat masa disekolah jauh langit dengan bumi. Cukup memenatkan, keluarga terabai, tetapi saya dapat lakukan dengan gembira sebab saya MINAT dan suka kerja pejabat, Saya juga nak cabar cikgu yang minat kerja pejabat untuk ambil alih tempat saya. Nescaya kalau kena kerja luar tinggalkan keluarga mereka ramainya akan minta balik sekolah dan bertobat tak nak masuk kerja pejabat. Belum cuba belum tahu. Apa yang penting buat apa pun carilah keberkatan bekerja. Kerja sedikit kalau selalu merungut, curi tulang, tidak iklhas akan jadi susah n hilang berkatnya. Kerja banyak kalau dibuat dengan ikhlas akan jadi senang dan ada berkatnya. Kerja cikgu sepatutnya mengajar je bukan buat kerja2 perkrranian. Kerajaan dah lantik pentadbir sekolah, rata2 mereka kurang kecekapan sebab mereka adalah guru, bila tak cekap kerja2 akan di sub kepada guru-guru yang lurus bendul. Kerajaan dahulunya ada mengkaji nak masukkan PTD untuk urus sekolah, korang tak kasi takut guru-guru tidak berpeluang nak jadi pengetua. Kesatuan guru pun tak kuat untuk membela nasib, yang ada pun tukang ampu je. Setelah mengkaji saya bukan sesuai jadi pendidik, daripada hari2 stress, muka masam, ngajar pun tak lalu, budak2 makin nakal..saya bakal berundur dengan sukarelanya daripada kerjaya ini..guru2 yg tak minat kat luar ada berani ikut jejak saya..

    ReplyDelete
  33. ni la mnusia skrg..ap yg mreka thu hnya nk dkwa,nk sman je..nk duit sgt jgnla smpi wat cmni...tgok org jgkla...xde ibu yg wras sggup mlht anknya mnggl...bla korang krja dlm tkanan,bnyk bnda korg akn trlupa scra xsngja...jgnlah tmbh lg ksdhan mreka dgn kta2 yg mnunjukkn kamu bkn mnteri yg berakal,tp hnya berotak...

    ReplyDelete
  34. GURU OH GURU....org luar tak tau apa yg terkandung dlm dunia perguruan sebenarnya...tak yah kita pergi jauh, cuba lihat statistik siapa yg paling ramai menghuni rumah/hospital sakit jiwa sekarang ni? lihat dan kaji kenapa jadi begitu? emmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea... betul. Org luar hanya tahu menyalahkan guru itu...guru ini sahaja... Kerja jam 7.30 balik 2.30ptg tp menghadiri mesyuarat berbagainya sampai jam 5.30ptg. Bukan seminggu sekali...selalunya sampai setiap hari. Lepas itu hari sabtu cikgu2 dikerah ke sekolah dengan berbagai aktiiviti...LADAP...dan macam2 lagi.

      Delete
  35. Salam... Saya amat simpati ke atas penderitaan cikgu tersebut. Saya mmg sokong 100% dengan kata-kata en. Amir Aiman Akashah. Di sini tidak dapat terucap dengan kata-kata yg amat terharu dan simpati saya. Lebih kejam lagi sekiranya pihak tertentu/kerajaan ingin menyalahkan kecuaian ibu itu sendiri. Fikir2kan lah bebanan para pendeta yg terlalu banyak dengan berbagai sehingga membakar diri sendiri dan keluarga. Pendeta bukan untuk buat kerja2 pengkeranian yg berbagai. Pendeta mendidik anak murid dan anak2 sendiri. Setakat ini yg mampu diucapkan. selebihnya org ramai telah memberi komen.

    ReplyDelete
  36. yaaaa.....kerajaan haruslah memandang serius perkara ini...jgn main ikut perasaan dan pikiran yang terlintas jer di kepala...kalau nak betul2 hukum, hukumlah yang betol2 bersalah mcam amah yang mendera budak ker...ni seorang ibuuu....ibu mana yang sanggup melihat anaknya jadik begitu....nyamuk nak gigit pun dimaki hamun nyamok itu..inikan pula yang melibatkan kematian...jadi pikir2lah...ibu arwah tidak bersalah dan jika betol dikenankan hukuman...tolonglah cari jalan utk membelanya..kepada ibu dan keluarga arwah...takziah diucapkan dan banyakkan bersabar..insyaALLAH dengan berkat bulan yang mulia ini anda akan mendapat pembelaan yang sewajarnya...
    kepada kawan2 semua yang lain...sabarlah mana2 kerja ada dugaan dan kepayahannya...setiap org sudah ditakdirkan untuk menjawat jawatan masing2....kalau semua jadi guru...sapa nak jadik kerani....kalau semua nak jadi kerani sapa pula nak jadi cleaner....setiap kejadiaan itu dudah ditentukan dengan qada dan qadar...janganlah kita semua mempertikaikan....buatlah keje dengan ikhlas dan betolkan niat kita supaya kita buat keje tak sia2.....janganlah kita dengki mendengki.....kalu dengki dengan guru belajarlah sampai jadi guru...kalau dengki dengan kerani...belajarlah sampai jadi kerani....

    ReplyDelete
  37. Moga cikgu Zatusy kuat semangat dalam menghadapi tekanan dan ujian dariNYA.

    ReplyDelete
  38. Manusia bila x kene pd diri sndr, mmg pandai menunding jari sanasini dan menjatuhkan hukum. Berfikirlah cara matang, sapa nk org tersayang 'pergi' dgn cara yg tragis sebegitu? Sudahlah tu. Kasihan si ibu yg menanggung kesedihan kehilangan permata hati dan menanggung rasa bersalah yg x terhingga. Si ibu perlukan sokongan moral dr kita smua. Bayangkan jika ia berlaku pd diri kita @ keluarga kita. Jgn takbur menghukum dan menuduh. Tuhan itu maha kaya

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.