Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 23 July 2013

Di 'kencing' penjual online

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Korang pernah berurus niaga dengan penjual online alam maya tak? 

Seumur hidup abg long mengenali apa itu internet dan perniagaan online baru sekali abg long berurusan. Itu pun urusan beli novel perihal kisah hidup blogger remaja yang meninggal dunia Yasmin J Hunwick , yang di tulis oleh seorang anak muda yang besaq jiwanya Syimir Yanusi. *harap maklum, ini adalah ayat pengiklanan...ahaks3....(^_^)

Yang lain belum lagi nak mencuba godek2 beli secara online. Bukan apa, abg long sedikit kurang yakin......semua ni bertitik tolak dari dasar 'percaya'.....jika tak percaya memang susah abg long nak berurusan waima meleleh ayaq liuq dah time tu nak ke barang yang terpampang depa kornea.

Baru2 ni ada la sorang sobat photoq (nama dirahsiakan) yang telah dikencing oleh seorang peniaga online, banyak juga la modal dia lesap begitu sahaja. Barang kumira yang diorder tak juga kunjung tiba, sedang duit dah selamat belayar menuju destinasinya.

Selalunya kes2 penipuan ni banyak berlaku di premis perniagaan muka buku dan mudahJika berlaku kes2 'kencing' macam gini siapa yang harus disalahkan? Undang2 yang ada pun tak cukup kuat, kaki kencing ini tetap akan terus melakukan agenda penipuannya dari satu mangsa ke mangsa yang lain.

Manusia sekarang ni macam2 cara menipunya. Sesuai dengan kecanggihan teknologi yang ada. Jadi kepada angpa semua berhati2 la berurus niaga. Elok sekiranya angpa COD (cash on delivery), terutamanya yang melibatkan jumlah RM yang banyak.

Jika maklum pada pihak bank pun belum tentu pihak bank dapat membantu. Report polis? setakat report je la kot.....jadi, beringat sebelum kena. Teringat pesan orang lama, "Jangan dah terhantuk baru nak mengadah". Waspada la sentiasa....jadikan ia amalan hidup kita.

Angpa pernah kena 'kencing' tak dengan perniaga online? Jika ada macam mana angpa kasi settle yer? Boleh share kot ruang komen untuk peringatan dan pengkongsian bersama.

Sharing is caring.

Angpa boleh terjah SINI untuk semak spesis2 kaki kencing yang berurus niaga secara online. Tolong sebarkan untuk pengetahuan semua. Supaya kaki kencing online itu ketandusan mangsanya.

Jazakallah
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.