AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 20 January 2013

Bila Sultan berjiwa hamba


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

meremang bulu roma abg long bila baca komen2 kat pages muka buku yang satu ni. Sampai nak menitis airmata pun ada. Rasa terharu, hiba dan syukur duk berlegar2 kat dalam dada. Kalau lah semua pemimpin kita yang bangsa melayu-islam sikap dan sifatnya sebegini sudah pasti hidup penuh kemakmuran di bumi tercinta ini.

Angpa kenai gambaq sapa kat bawah ni? Angpa tau kan zuhud dan wasatiahnya baginda dalam melatari hidup sehari-hari? Biaq sahaja gambaq baginda berbicara.....semoga sultan2 negeri lain yang melebalkan diri mereka sebagai ketua agama mencontohi baik yang ada pada sultan ini. 

Al- Sultan Muhammad V gelar diberi
Sultan berjiwa hamba dan berpekerti tinggi
Indah ugama di dalam diri
Selamanya rakyat kan menyanjungi



Catatan pada gambar ini:- 
Tuanku Sultan membuat kejutan kepada ahli qariah Masjid Mukim Gunong dengan Tuanku Sultan memandu sendiri ke masjid pada waktu Solat Asar yang kebetulan Tuanku Sultan lalu di Kampung Gunong dari Bachok, Tuanku Sultan tidak memberitahu kepada mana-mana pegawai dan imam masjid tentang kehadirannya untuk solat di masjid tersebut. Imam hanya sedar bila Tuanku Sultan bergegas pergi mengambil wudu' dan pada waktu itu kelihatan pegawai-pegawai Tuanku Sultan dan jawatankuasa masjid keresahan kerana tidak ada persediaan langsung bahkan tidak dihamparkan karpet kuning dan sejadah berwarna kuning kepadanya kerana tidak bersedia. Sungguh, sangat bersederhana Tuanku Sultan dan memahami raut wajah imam yang keresahan, Tuanku Sultan bersalam seolah-olah mahu menenangkan.

Teringat pada ungkapan Ustaz Nuruddin al-Banjari, "Jika pemimpin suka hiburan, rakyat juga begitu. Tetapi, jika pemimpin suka akan ilmu, terutama ilmu agama...rakyat juga in sha Allah begitu..."

Bertapa bertuahnya rakyat kelantan yang mempunyai seorang sultan berjiwa hamba. Bukan sahaja berjiwa hamba sesama rakyat jelata, tetapi yang utama berjiwa hamba buat Yang Maha Pencipta.

Walaupun abg long hanya menumpang dibumi Kelantan dan bukannya anak jati negeri Baginda Sultan, namun abg long berbangga kerana rakyat Kelantan punyai seorang sultan berperibadi tinggi sebegini. Sesungguhnya, rakyat Kelantan banyak beruntungan. Kalau la sultan di negeri tanah tumpah darah abg long juga sebegini tentu lagi comei dan sweet. 

Jika semua sultan yang ada dan semua PEMIMPIN melayu berjiwa hamba seperti baginda tentu rakyat bertambah sejahtera dan sudah tentu redha DIA tetap bersama untuk selamanya.

Angpa boleh baca lanjut kisah ini dan komen2 rakyat jelata seluruhnya buat baginda di SINI. SHARE la untuk renungan dan kebaikan kita bersama. Semoga ugama, kesederhanaan serta rendah diri baginda bisa terpalit buat semua. In shaa Allah

Jazakallah fiikum.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. Heeee proud to be Kelantanese. Sokmo jah Sultan turun pergi solat jemaah di masjid masjid kawasan Kelantan tanpa bagitahu siapa siapa. Memang nampak sangat dia jenis low profile.

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.