Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 28 December 2012

Digital Raudhah Photography

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Abg long ada terima beberapa buah fikiran (idea) dari sahabat-sahabat pembaca blog abg long berkenaan photo yang abg long shoot dan tampal dalam blog Amir Aiman Akashah ni. Depa tanya kenapa abg long tak buka atau buat satu lagi blog baru khusus untuk tepek photo2 yang abg long shoot. Supaya gambaq yang konon2 comei dan ohsem itu dapat dihayati dengan lebih ummmppphh lagi. Jadi, tak payah dah nak tepek kat Diari Photog.

Abg long bukan tak mahu buat, cuma abg long tak reti nak buat blog. Wujudnya blog Amir Aiman Akashah ini pun atas ehsan Kak Amira Anaz, dia yang tolong create blog ni sejak awal dulu. Selebihnya abg long godek2 blog tutorial dik non Lyssa Faizureen serta blog2 tutorial sahabat2 blogger yang len bagi menambahkan perisa sehingga seperti apa yang ada sekarang ni. Lagi pun, abg long tak berapa 'berahi' jika sekadar tepek gambaq tanpa ada apa2 ayat pasif mahupun ayat aktif melatari hasil lensa dslr abg long. Kalau wordless tu ok la kot jika sekadar tepek gambaq ja.

Namun, setelah abg long tambah (+), tolak (-), kali (x) dan bahagi (/) saranan sahabat2 yang baik hati berkongsi idea maka abg long mengambil pendekatan untuk menyahut seruan sahabat2 tadi, yakni membina satu blog lagi untuk berkongsi hasil bidikkan lensa dslr abg long. Walaupun abg long bukan masta mahupun lengems dalam berphotog, namun abg long akan berusaha untuk menjadi somebody dalam bidang yang kian mendapat tempat di merah hati lelaki ini. 

Untuk pengetahuan semua. Mulai detik ini gambaq2 dari lensa dslr abg long akan dimuat turun terus dari ladang ke blog terkini, terlates dan ternow abg long iaitu Digital Raudhah Photography. Walaupun begitu, kat blog Amir Aiman Akashah ini tetap akan abg long kongsi mongsi photo2 dari lensa dslr abg long nanti.

Harap angpa sudi singgah kat blog Digital Raudhah Photography. Mudah-mudahan angpa dapat sesuatu juga dari blog ini nanti.



Blog ini masih baru lagi. Baru lima (5) hari usia dia. Masih banyak penambahbaikkan yang perlu abg long lakukan ke atas nya. Blog Digital Raudhah Photography ini abg long guna templete dynamic views. Walapun terasa sedikit kejanggalan, namun terpaksa gak guna templete ni. Dah jenuh godek2 untuk taruk follwers tapi sampai lebam biji mata tak juga jumpa2. memang abg long ni buta warna la dalam bab2 IT nih...HaHaHa...

Kepada sahabat2 yang sudi membantu, kecik tapak tangan Stadium Sultan Mizan yang runtuh tu abg long tadahkan. Mungkin angpa ada idea yang sweet dan kiut bagi memarbeleskan lagi blog photog abg long ni. Boleh la kita kongsi2 ilmu yang bermanfaat, rasanya itu lagi sedap dan sweet dari kongsi ilmu yang ntahapaapantah......betui dak? HiHiHi...

Kenapa abg long pilih nama blog gitu? Digital mengambarkan dslr itu sendiri. Raudhah? Sebetuinya pemilihan nama Raudhah ini sebab abg long terasa amat dekat dengan nama tersebut. Lagipun, Raudhah itu sendiri memberi maksud Taman Syurga. Syurga kan cantik dan indah, jadi kena la dengan bidikkan lens dslr abg long....hanya meneropong yang indah dan cantik.....HiHiHi....Photography itu pula adalah lapangan atau bidang dia.....Angpa boleh caya dan faham dak penerangan panjang lebaq abg long ni? Kalau tak faham pun takpa, bukan masuk silibus untuk jawab pekse pun....HaHaHa..

Well, sudi2 la singgah nanti yer...Ada abg long tepek kat bawah blog ni. 

Jazakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.