بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Balik je dari kerja terus buka dan mengadap laptop. Konon-konon ada entri best yang nak chegita kan, ada kisah cool yang hendak di kongsi sebarkan....Tapi, sampai sekarang hampeh....no idea (sambil buat2 tongkat dagu).
Tadi punya la excited tahap tenuk nak berblog. Perut yang bergangnam style, berdangdut, berdikir barat, berdongdang sayang dan beriban-riban 'ber' lagi tak sedikit pun dihiraukan. Yang utama dalam kepala, "apa la yang aku nak merapu-meraban-meroyan kat blog pujaan".
Hujan yang lebat sedari tadi kat luar sana sedikit pun tak mengcoolkan serembrum. Letih dan penat seakan mengambil tempat mengisi ruang-ruang dalam rongga diri. Ketaklaratan. Perjalanan jauh yang ditempoh semalam seakan menyahnitrat nafsu untuk berblog. Dua hari bercuti juga bagai suiz mematikan semangat perjuangan harmoni. Ah! dugaan betul.
Memula tadi macam2 yang nak ditaip....macam2 yang nak dichegitakan. Tapi apakan daya, idea pula hilang ntah ke mana. Bila ada sahaja benda perkara nak di conteng, masa pula tak ada. Bila idea dan masa ada, line internet pula tak ada. Bentuk apakah kegilaan ini?
Rintik-rintik hujan masih lagi berebut turun membasahi seisi bumi. Tapi sayang, abg long yang kat dalam rumah ni sedikit pun tak dibasahi.....OMG....ayat apakah ini? Rasanya, inilah monolog dalaman paling gampang penah abg long taip kat blog ni (sambil buat2 muka terkezut itik).
Angpa pernah lalui tak apa yang abg long ang rasa ni...
Ada IDEA tapi takdak MASA.
Ada MASA tapi takdak IDEA.
Ada IDEA dan MASA tapi INTERNET takdak pula.
Sentap jiwa bukan? sekarang ni abg long ada MASA dan ada INTERNET tapi abg long takdak IDEA pula. Jadi, untuk memujuk jiwa kudus ini dari mengalami keketatan ada baiknya abg long belanja diri abg long rehat (*baca tidur) yang best. Lagi pun, siang2 cengini best juga layan rehat2 kan badan sambil ditemani bunyi2an rintik hujan. Mana la tahu, lepas rehat ini nanti berkontena idea bertandang datang.
Jadi, untuk dapat idea tulis entri kat blog apa kata tidoq dulu. Kalau duk mengadap skrin lelama pun buang masa gak kalau melopong sesaja tapi idea takdak. Jadi, tidoq la dulu na....Tidoq berjemaah pun ok gak kot....Hi Hi Hi!
Barakallah fiikum
Jadi, untuk dapat idea tulis entri kat blog apa kata tidoq dulu. Kalau duk mengadap skrin lelama pun buang masa gak kalau melopong sesaja tapi idea takdak. Jadi, tidoq la dulu na....Tidoq berjemaah pun ok gak kot....Hi Hi Hi!
Barakallah fiikum
"Sahaja aku niat tidur kerana Allah ta'ala" |
NotaDiari:
Dalam2 ketat otak cari idea nak menconteng last2 siap juga satu entri yang tak disengajakan ini. Well, rahmat Allah SWT itu melata dan kekadang kita sebagai hambanya sahaja yang tidak menyedari.
Dalam2 ketat otak cari idea nak menconteng last2 siap juga satu entri yang tak disengajakan ini. Well, rahmat Allah SWT itu melata dan kekadang kita sebagai hambanya sahaja yang tidak menyedari.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.